Zasss! Ukhwah itu buah iman

*Abu Bakr ibn Abdullah al-Muzaniyy menyatakan bahawa
“jika anda mendapati sahabat anda tidak melayan anda sebagaimana biasa, maka itu adalah disebabkan dosa yang telah anda lakukan. Maka anda hendaklah bertaubat kepada Allah.
Tetapi jika anda dapati sahabat anda memberikan kasih sayang yang lebih daripada biasa, maka itu adalah kerana ketaatan yang anda lakukan. Maka anda hendaklah bersyukur kepada Allah.”

seriusly baris ayat di atas menakutkan saya. menggetarkan seluruh urat saraf. The 1st part. Ya Allah Ya Rabb. Sungguh Engkau bersifat Maha Adil, dan segala yang berlaku adalah sebab musabab diriku sendiri, dan bukan yang lain. Bukan secara fisiknya, tapi secara internalnya. Aku akur aku banyak melupakanmu, sehingga terzahir kesannya melalui lemahnya ukhwah ku. Ya Allah, ampunkan hamba yang lemah lagi hina ini.

Bukan hakku untuk menuding jari kepada yang lain; temanku sahabatku, kesayangan ku. Kerana pada masa yang sama, empat jari yang lain terarah 'straight' kepada diriku. memanah tepat ke jantungku. Kerana hakikat yang lemah pada ketika itu adalah imanku.

Benarlah janjimu, Hablum minallah, Hablumminanas. Awasi hubunganmu dengan Allah, nescaya akan terjaga hubungan mu sesama manusia. Kali ini puisi Salim A. FIllah pula yang bermain diminda. bukan persolan dia yang menjauhi dirimu, tapi diriku yang menjauhi Allah. Kerana ukhwah itu buah iman didalam dada. Bukankah hakikat iman itu diukur melalui amal.

Duhai diri, apa khabar imanmu hari ini??

Bulatan Gembira

Agh serius rinduuu bangatt~

think differently


Video ini amat menarik perhatian saya. Kalau tak salah, kali pertama menonton, dalam program ISK 4 tahun yang lalu. Tapi setiap kali lihat, refleksinya pasti berbeza. Mungkin dengan meningkatnya kefahaman dan ilmu kita. Mungkin.

Sekarang saya sedang membaca buku karangan penulis fevret saya, Salim A. Fillah bertajuk Jalan Cinta Para Pejuang. Agh lambat jugak nak dapatkan tempo buku ini, dah baca bulan lepas, tapi akhirnya give up and stop sekejap. Tapi baru sahaja menghabiskan buku BBMD nukilan penulis yang sama, cuma versi Bahasa, agh terkulat-kulat jugak saya membacanya. Rasa nya seolah2 setelah hilang apabila telah dialih bahasa. Mungkin perasaan saya sahaja. Tapi kini bila membaca JCPP versi indonesia, gagh rasanya lebih bagus hehhehe:)

Ok itu bukan motif utama saya menulis, kali ini saya ingin kongsikan sesuatu dari buku tersebut. Berkenaan dengan mimpi. Beliau menggunakan video yang sebijik sama seperti yang saya paste di atas. Tak sangka video jepun ini yang menjadi ulasan penulis Indonesia, but why bother kita sekarang kan di zaman dunia yang tiada sempadan, no borders~

kadang-kadang sukar menjadi luar biasa. Bilamana kita katakan, Islam itu pasti akan mencapai Ustaziyatul Alam, bilamana seluruh isi dunia ini akan tunduk kepada Islam. Ramai yang akan berkata, "Ekh betul ke? x tengok ke kelaparan sana sini, Islam dipanggil terrorist, negara yang miskin itu negara islam, malah jika tengok politik tanah arab pun kan sedang bergolak. manakan mungkin islam itu akan menjadi World Order. Tak cukup dengan itu, tak perlu tengok negara orang, tengoklah gejala sosial hari ini, yang menjadi mamat motornya dan kes buang anak semua, bukankah orang-orang 'kita' semuanya. Heeiii, mana boleh islam boleh take over America yang bapak hebat tuh" etc etc

Ya begitulah rata riti orang katakan, apatah lagi bila kita join dakwah, sibuk berusrah tiap-tiap minggu, berprogram sana-sini, meeting sampai lewat malam. Orang akan hairan dengan kita, apa yang cuba kita dapat ni? Bekerja siang malam ingin mengejar title UA yang seolah-olah masih jauh. Tanpa mereka sedari, kita sedang menghidupkan hati rijal-rijal islam, memberi kesadarn akan keindahan islam yang sebenar, Insya Allah. Memang sukar menjadi pelik, bagaikan adik comel dalam video ini, hinggakan psikiatrist dipanggil untuk mengenal pasti apa masalahnya. Ibu ayah pun runsing melihat anak mereka tidak seperti orang lain. Pakaiannya, bahan bacaannya, sensitivitinya juga telah berbeza. Diajak movie tidak mahu, untuk membeli Mc Donald yang super best itu pun ditolaknya. Sibuk bertudung litup sedangkan fesyen shawl Yuna dan Najwa Latif makin hangat diperkatakan. Ya, begitulah kita hari ini. Menjadi lain dari yang lain.

Insya Allah, kejayaan Islam itu pasti. Lihat sahaja kebangkitan negara Arab yang telah lama memendam rasa. Kini mereka bangkit menegakkan politik Islam. Dengan 'musibah' 9/11 juga, makin ramai yang aware akan agama Islam ini. Dan jika lihat tanah air kita sendiri, 'sindrom' usrah ini bukans sahaja melanda IPT, malah dunia hiburan tanah air. Semuanya sedang bekerja dalam bidang kepakaran masing-masing. Dan bila masanya telah tiba, Insya Allah kita semua akan bersatu memperjuangkan al-Haq yang satu ini. Insya Allah, Insya Allah. Sama-sama kita doakan. Bak kata Imam Shahid Hassan al-Banna, mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok:)

Mungkin itulah risiko berpikiran besar. Dikata orang dan dipandang serong. disalahfahami. Tapi lama kelamaan, akan dikagumi, Insya Allah~

*&^%!@#$%^&



I gezz the statement is absolutely right. There are ups and downs. Sadness and happiness. Smiling or Crying. Positive vs Negative. with every pertemuan there always be perpisahan. Things wont always go like what we wish for. sebab manusia memang tamakkan, segala yang kita mahu adalah untuk diri kita semata.

Pernah saya terfikir tentang kematian, kenapa mesti mati sekarang, kenapa tak tunggu, kejap jek lagik. Paling tak pun biarlah sempat aku tatap wajahnya buat kali terakhir. Tapi hakikatnya pada waktu itu aku sedang tamak. Lupa untuk menilai, mungkin dia sedang sakit menanggung
kesakitan itu, dan bukankah lebih baik kesakitan itu dihentikan, dan siapa yang lebih mengetahui akan ajal melainkan pemilik roh itu sendiri.

Even dalam sebuah persahabatan pun, kita semestinya inginkan untuk bersama selamanya. Ingin menikmati indahnya all the moments, share those sweet memories selamanya kalau bisa. tanpa sedar, pasti akan ada perpisahan dihadapan. dan seboleh mungkin tak nak lepaskan bukan?Siapa inginkan perkara yang menyakitkan. Sekali lagu aku lupa bahawa pengaturnya pastilah Allah yang satu, sahabat yang kusangka milikku ini pastilah milik Dia. Itu pun DIA telah pinjamkan kehadirannya dalam hidupku yang sementara untuk memberri warna dalam hidup yang suram ini, untuk kupelajari banyak hal dari dirinya.


Ya Allah, sukarnya bila kubicara tentang sebuah persahabatan. Do I think about her too much, and draw my own conclusion eventho I hardly know whats going on in her life. Itulah silapnya kebanyakan orang. Membuat keputusan tanpa mengambil tahu apa yang berlaku sebenarnya. Mungkin dia itu, mungkin dia ini. lalallal~ awalnya ingin menjadi considerate, tapi mungkin kini kita telah menjadi orang yang bersangka.
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. " [ Al-Hujurat:12-13]

Pada hakikatnya, Allah yang Maha Pengasih tahu bahawa kita tak lepas dari bersangka-sangka. Sebab itulah, Allah menyeru kita agar menjauhi prasangka. Bila ia berlaku, right away, pushed them away. Pernah mendengar sarana seseorang, "Untuk menyalahkan orang lain or bersangka dengan orang lain, cari 70 alasan untuk kita berbuat demikian" Insane bukan. Mana
mungkin boleh mencari alasan untuk membenci sebanyak itu. Untuk mencukupkan jari sendiri pn belum tentu boleh.

Sometimes bila hal begini terjadi, saya selalu mengingatkan diri, "Mesti aku sayang sangat orang ni sampai aku boleh berfikir sebigini jauh. Mana mungkin tanpa sayang, aku begitu care tentang dia. Fikir all this kind of things". Tapi sekali lagi, people make mistake. We thought that we did our best to protect someone, to make someone happy, or to please anybody (well who wont right. Its only because we think that it is the best decision, so thats why we did it that way, ryte) Sometimes its better to ask than to ponder. Because sometimes ponder wont make it any better. Why bother, just ask, that would make things easier.

But Allah has a better solution. BUkankah salah satu dari tanda taqwa itu memaafkan orang lain.

"(yaitu) Orang-orang yang berinfaq (karena Allah SWT), baik diwaktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mereka yang pemaaf terhadap (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan." [3:134]

What a standard He set us. Bukanlah meminta maaf itu dituntut, tapi memberi maaf itu lebih tinggi darjatnya. Benar, bukan mudah memberi maaf. Mungkin mulut berkata, aku dah maafkan, tapi hati masih berat untuk bertemu dia, bibir masih berat mengatur bicara bila
bertemu, hati resah tak menentu. Astaghfirullah Astaghfirullah. Kan Taqwa itu tinggi darjatnya, maka wajarlah standard memaafkan itu diletakkan.

Maka duhai diri, belajarlah untuk berbaik sangka, belajarlah untuk memaafkan. Kerana kita tak pernah tahu apa yang dialami oleh orang lain. Apa yang mereka rasai, unless mereka ceritakan (well, itu pun masih bukan semuanya). Duhai diri, kerana aku sayang dia, aku berfikir sedemikian rupa, tapi sometimes we never know that it would hurt the other party. And for that, I am TRULY DEEPLY sorry. Because I am just me, the ordinary me, who make always make mistake. And seriusly, I am sorry. Never meant to hurt anybody, and it includes you.

Because I love You, and thats why I make those mistakes~