IKHLAS dari kaca mareka yg hebat

Az-zumar:14-15
 "Katakanlah, "hanya Allah saja yg aku ibadahi dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agamaku.
 Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang musyrik) apa yang kamu kehendaki selain Dia. Katakanlah:"Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat". Ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata."

benar, dah berulang-ulang kali kita mendengar perkataan ikhlas kan. Tapi sungguh 5 huruf yg memberi-satu perkataan, ini BERAT benar untuk di-praktikal-kan. 

mari kita semak apa kata para tabi'in tentang maksud ikhlas. Kerana mereka telah berperang mati-matian dengan diri sendiri memaknai maksud ikhlas itu. Mungkin sebab kita belum bermujahadah untuk iman itu, kerana itu kita masih gagal memaknai sebuah kata ikhlas. sobs.

Imam Abu Hamid Al-Ghazali
"Telah tersingkap bagi para pendidik hati dengan sinar iman dan cahaya al-quran, bahawa mereka tidak meraih kebahagiaan kecuali dengan ilmu, amal dan ibadah. Semua orang akan celaka kecuali orang yang berilmu; orang-orang berilmu akan celaka kecuali mereka yang mengamalka ilmunya; mereka yang mengamalkan ilmunya juga celaka kecuali mereka yg ikhlas dalam beramal, dan mereka yg ikhlas juga terancam bahaya yang besar"

Al-Junaid
"Rahsia antara Allah dan hambaNya, tidak diketahui malaikat sehingga menulisnya, atau setan sehingga merusaknya, dan juga hawa nafsu sehingga menggangunya"

Ruaim bin Ahmad
"Ikhlas adalah engkau tidak menengok apa yg telah engkau kerjakan"

Ibnul Qayyim
"Iatu memurnikan amalan dari perhatian makhluk bahkan dari dirinya sendiri. Barangsiapa menganggap amalannya telah ikhlas maka keikhlasannya perlu keikhlasan lagi. Dikatakan pula bahawa ikhlas adalah melupakan perhatian makhluk dengan selalu mencari perhatian Sang Khalik.

Saya rasa cukuplah perumpaan ikhlas di atas. Itu pun dah cukup buat diri rasa hina, kerana sikitnya amal, dan apatah lagi yg ikhlas di sisi Allah. *sesak dada*
Usahkan berjuang untuk keikhlasan, malah berjuang untuk amal juga sudah perit rasanya kan.

Bersabarlah buat diri. Tangguhkan gusar mu dulu, kerana rahmat Allah itu jauh lebih besar. Allah kan Maha Pengasih dengan sekecil-kecil usahamu untuk mengecap redhaNya, Maha Penyabar dengan saking usaha mu beramal meskipun sedikit, Maha Pengampun dengan segala kesalahanmu yg menggunung banyaknya disebalik rahmat yang melimpah diberikan:')
 
Insya Allah, ikhlas takes a lifetime for you to learn. Insya Allah, sedikit-sedikit kita belajar. Tambahkan ilmu then only kita boleh beramal. Mungkin pertama kali cuba beramal, segalanya terasa bagaikan suatu paksaan. Tapi bukankah Rasulallah juga dipaksa untuk membaca meskipun baginda seorang ummi, buta huruf. Apatah lagi kita yg boleh membaca, dan sumber maklumat segalanya di hujung jari. Hanya kita yg beralasan atau mungkin bermalasan untuk mencari, bermalasan menolak diri untuk beramal. Urusan ikhlas itu biar Allah yg tentukan, yg penting mujahadah kita untuk menunaikan ketaatan kepada Al-Khaliq. Moga kesungguhan kita akan membuahkan amal yang ikhlas, yang diterima Allah. Wallahua'lam

.::iman yang sebenar tak akan mantap di hati,
kecuali setelah hati itu bermujahadah kerana iman itu::.
29:69      

  

...pendidik..

Mungkin diri perlukan lebih motivasi dalam menjadi pendidik..
Bila masuk kelas, anak harapan bangsa boleh pandang enteng dengan kerja yg diberi
Hanya mereka buat sendiri pun kurg dihargai, apatah lagi yg dberi free..
Bukan diminta hormat, tapi bila salam diberi acuh xacuh, harus ke marah yg diberikan sedang mereka x mengerti nilai salam,
Benar kata abah, kerana interest itu tidak ada
Bukan di situ..

sedih
kerana mereka anak yg pintar, yg terpilih antara yg terpilih, tapi mungkin mereka tak nampak potensi diri, tak tahu betapa bernilainya diri,
Sampai xada bezanya menjadi terpilih ataupun tidak

Dan aku
Mengeluh dalam diam
Mengumpul sisa kekuatan kesabaran
Hingga lupa menasihati diri sebagaimana yg spatutnya
Terdiam sendiri
Kesedihan di hati
Menggagahkan diri
ditemani air jernih yg meniti
posted from Bloggeroid

Ramadhan almost come to an end

tick tock, tick tock!!
sedar tak sedar ramadhan dah hampir tiba di penghujung
aku hanya mampu termenung mengenang kan hari-hari yang telah berlalu pergi,
sudahkah aku memaximumkan ramadhan ini sebaiknya?

jika ya, kenapa aku merasakan hari itu telah pergi,
gugur bak daun yg kekeringan
sudahkah keampunan Allah aku peroleh,
kerana sabda nabi, amatlah rugi jika pengampunan Allah tidak kita peroleh seberlalunya ramadhan
manakan tidak, pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk kita masuki,
kenapa tidak ditambah sahaja amalanya hingga layak setapak ke syurga?

Astaghfirullah al-azim
aku pohon keredhaan Mu ya Allah,
aku pohon keampunan Mu ya Allah
terimalah amalan ku biarpun ia kecil cuma
terimalah ya Allah,
kerna jika tidak Engka terima, maka aku akan tergolong dalam orang yang menzalimi diri,
kerna aku tahu, tapi tidak aku amalkan sebaik mungkin
dan kerana itu,
aku pohon keampunan dariMu
kerana Engkaulah yang Maha Pengampunan dan selayaknya memberi pengampunan

Susahnya lidah mengatur bicara

Daie itu adalah dari segenap sudut, setiap ketika. Dari cara dia makan, cara bergaul hinggah ke cara membeli belh sekalipun. Dakwah itu tidak terhad kepada dalam usrah semata, ketika menghadiri daurah dan ketika menjadi penyibuk program. Setiap saat dan ketika, kita sedang diperhtikan.orang sekeliling. "teacher nampak anak rambut, teacher kenapa.pakai baju.macm ni, teacher kenapa xboleh puasa hari sabtu, teacher dan teacher yg lain" mungkin kerana imej ustazah itu telah terpahat di kepala.mereka, jdi mudah mereka mengajukan.soalan, dan meminta pendapat. Tapi setiap langkah kita menjadi suatu perhatian mereka. Benarlah qudwah itu amat lah penting. Bila wujudnya qudwah, maka thiqah itu akn lahir.

Tapi ada masa dn ketika, sudah dipikirkan apa yg hendak.dikongsikan.bersama.anak2, tapi kenapa.sukar bemar mengatur bicara. Menanti saat tepat untuk masuk line, bukanlah.suatu perkara yang mudah. Untuk membuat mereka stay tune juga.sukar, kerana masih kanak2.

Wahai duat sekalian, mad'u kita buknlah terhad kepada usrati kita sahaja, tetapi kepada semua yg kita temui dalm.kehidupan.sehari-hari. Maka perkasakanlah socil.skill mu, kerana itulah pintu masuk ke hati manusia. Dengan.se-simple.senyuman. Jika dirimu masih sukar mengukir senyuman, maka praktis lah. Kerana dari mata akan turun hati. Pelajarilah sunnah itu, kerana.Rasulallah sendiri sangat murh dengan senyuman.

Tika lidah sukar mengatur bicara, beristighfarlah. Moga ALlah menghadirkan jalan keluar buat kita.
Wallahua'lam

posted from Bloggeroid