Angkara Lidah

Rasulallah saw bersabda dalam hadith masyhur yan diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal ra
"Mahukah kamu kutunjukkan kepada sesuatu yang meliputi semua perkara itu?"
Muadz menjawab, "Ya Tentu wahai Nabi Allah"
Maka Rasulallah saw mengambil lidahnya, lalu berkata "peliharalah lidahmu ini"
Mua'dz berkata "Wahai Rasulallah, semua kita akan diseksa kerana perkataan yan kita ucapkan?"
Beliau bersabda, "Ibumu akan kehilangan dirimu wahai Mua'd, bukankah manusia itu dijerumuskan kedalam api neraka di atas wajah atau hidung-hudung mereka, hanya kerana lidah mereka itu."
[HR Ahmad, Tarmidzi, dan Ibn Majah]

Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Kekadang jika difikirkan, apa sangtalah nilai seringgit yang kita hulurkan kepada insan yang rela mengetepikan maruah mereka demi sesuap nasi. Mungkin pada pandangan kasar ia hanya sekadar mampu membeli sebungkus air, namun dengan hati yang ikhlas dan demi mengharapkan redha Allah nilai seringgit itu merupakan nilai yang cukup besar disisiNya, seperti mana yang dinyatakan di haaman ke 44 surah Al-Baqarah:-
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya [261]
Namun kekadang, hati kecil ini berbisik, "agh baiknya aku, masih mampu menghulurkan wang kepada yang memerlukan" Nauzubillah, minta dijauhkan dari bisikan syaitan seperti itu. Tanpa kita sedari hal-hal remeh seperti itu bisa merosakkan amal kita. Dan hal ini telah ditegaskan dalam ayat ke 264. Semoga apa yang dilakukan tanan kanan ini, tidak diketahui oleh tangan kiri dan perasaan Ikhlas itu menjadi sebati dalam diri ameen.
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.[264]
Siapa orang-orang yan beriman? SAYA! Jadi ayat seterusnya ditujukan khas buat saya dan kita semua. Allah tidak menarahkan hambaNya untuk menginfakkan kesemua harta yang dimili, malah ALlah mengunakan istilah 'sebahagian' dan bukan separuh mahupun suku. Jika ianya ditetapkan, maka ianya akan memberatkan kita sebagai manusia. Namun Allah Maha Mengetahui akan kemampuan hambaNya, maka terserah kepada hambaNya. Tepuk dada tanya iman.
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.[267]
Namun sebagai insan yan lemah, pasti ada ketikanya, kita amat memerlukan wang. Dan terdengar-dengar bisikan halus dipelupuk telinga, "Ini je yang aku ada, kalau aku beri juga, apa aku nak makan", "Banyak lagi aku nak buat dengan duit ni, banyak benda lai yan tak beli lagi" dan bermacam-macam lagi. Hal ini biasa terjadi kerana syaitan hanya menjalankan tugasnya untuk memesongkan kita. Itu sudah ditetapkan sebagai pekerjaannya hingga kiamat terjadi, dan tugas kita pula menepis godaan itu, melawan nafsu. Allah telah memberikan peringatan menenai hal ini melalui ayat ke 268
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
[268]
Semoga hati kita sentiasa diringankan untuk menghulurkan sebahagian daripada apa yang kita miliki demi mengharapkan keredhaanNya. Semoga Allah menjauhkan hati kecil ini dari sifat riya dan sama'ah. Apa yang kita miliki hari ini juga bukanlah hak mutlak kita, malahan pinjaman dari yang Maha Kaya sebagai ujian buat kita untuk menguji siapa dianatara kita.
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani[Al-An'am:165]