Showing posts with label Rasulallah. Show all posts
Showing posts with label Rasulallah. Show all posts

Sweetnya DIA

Rasul bersabda,
" Allah lebih gembira menerima taubat hambaNYA daripada hamba yang berjalan di padang pasir, lalu kehilangan kenderaannya yang memuat makanan dan minumannya, lalu ia kehilangan kenderaannya yang memuat makanan dan minumannya. Ia menyangka akan mati, lalu ia menggali lubang, dan tidur di dalamnya sambil berkata, "aku akan tidur di lubang ini sampai kematian datang menjemput'.
Tiba-tiba kenderaan dan makanan yang ia bawa berada diatasnya - Adakah kebahagiaan yang lebih besar dari peristiwa itu? Kebahagiaan orang yang akan mati, lalu selamat? - sampai2 ia berkata, "Ya Allah Kau hambaku, dan aku tuhan-Mu" (Ia sampai salah bicara kerana bahagia) Maka Allah lebih gembira menerima taubat hambaNYA daripada kegembiraan hambanya tadi" (HR Bukhari dan Muslim)

-hati sebening mata air, Amru Khalid-

Cintaku kepada dia

Ibadah Baginda

Di petik dari sebuah buku bertajuk Tafsir dan Tarbiah dari Surah Yasin karangan Ust Aziz bin Ismail. Buku yang mempunyai 132 halaman ini banyak memberi perspektif yang baru kepada saya meskipun baru sebahagian yang saya cuba fahami kerana cara penyusunan ayat ini mungkin sedikit kompleks bagi saya yang baru ingin belajar merangkak ini. Dari ayat yang ke-7,
"Sesungguhnya perkataan (Allah) telah terbukti kebenarannya kepada kebanyakan mereka (namun) mereka (tetap) tidak beriman"[36:3]

Ustaz ada menyatakan, "Tujuan hidup manusia adalah untuk menghilangkan kebodohan. Pengetahuan telah ada padanya. Pengetahuan berasal dari sifat Allah Al-A'lim-Maha Mengetahui-. Sifat ini selalu ada, maka tugas manusia tinggallah melepaskan kebodohan. Pengetahuan Tuhan (Al-'ilm Al-laduni) telah ada pada kita, dan untuk sampai kepadanya, kita harus mempelajari ilmu syariat dan ilmu akhlak, yang kesemuanya didasarkan atas perilaku kenabian Nabi Muhammad.

Cara ibadah Nabi, seperti sujud, berasal dari sifat dasarnya (fitrah). Dengan mengikut jejaknya, kita ingin memusatkan diri pada usaha penyempurnaan fitrah untuk memperoleh pengetahuan Ilahi tersebut, kerananya kita meneladani perilaku lahiriah beliau sebaik mungkin. Perilaku lahiriah tersebut bukanlah tujuan; ia hanya diperlakukan untuk memperoleh tujuan batiniah, agar manusia dapat disatukan (antara aspek lahiriah dan aspek batiniyahnya). Jadi dari aspek batiniah ia memiliki kehidupan, cahaya dan kecintaan terhadap Nabi Muhammad, sedangkan dari segi lahiriah ia mengikuti perilaku (sunnah) Nabi."

Jika saya fikirkan kembali, benar juga kata penulis. Sebab dan tujuan kita meneladani sifat Rasulallah adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah sebagaimana cara yang dilakukan oleh kekasih Allah sendiri. dan siapakah yang lebih layak dari itu. Untuk mendekati atau lebih disayangi seseorang, salah satu daripadanya adalah dengan mengambil hati atau mendampingi kekasihnya terlebih dahulu dan dengan begitu mudahlah kita meraih cinta yang kita idamkan. Dan didalam konteks ini meneladani apa yang dilakukan oleh Rasulallah. Jadi apa yang kita amalkan bukanlah merangkumi aspek fizikal semata-mata, malah lebih kepada konsep rohaniah.

Wallahua'lam

Apa saat paling getir kita ya??

Jika ditanya, apakah saat paling getir yang pernah anda lewati? Pasti aku tercengang dan otakku terpaksa bekerja keras untuk mencari jawapan. ALhamdulillah hinga kini jalan hidup ku sentiasa dibantu olehNya; mengirimkan orang-oran yan sentiasa mengasihiku. Dan mungkin aku tidak mampu memberi jawapan yang terbaik. Apa sangatlah saat getir ku jika dibandingkan dengan insan yang jauh lebih berat ujiannya. Apatah lagi jika dibandingkan dengan diri baginda Rasulallah saw.

Pada tahun ke-10 kenabian di bulan Syawal, Baginda keluar ke Thaif bersama Zayd b Harithah yang jarak perjalanannya 60 batu. Apabila tiba di sana, bainda menemui 3 beradik dan menyeru mereka kepada agama Allah serta membantu aama Islam. Namuan seruan baginda ditolak mentah-mentah. Baginda tinggal di Thaif selama 10 hari dan dalam masa yang pendek itu baginda telah menemui semua kenamaan dan mengajak mereka kepada Islam. Tetapai mereka mengusir baginda. Malah mereka menghasut orang-orang bodoh supaya menyerang Nabi saw. Justeru semasa bainda hendak keluar baginda dimaki hamun dan akhirnya orang ramai berkumpul dan membentuk 2 barisan. Malah apa yang lebih menyayat hati adalah apabila mereka membaling batu ke arah tumit baginda sehina kasut bainda dibasahi darah. Zayd b Harithat cuba melindungi Bainda dengan menjadikan dirinya sebagai sasaran, hina berdarah kepalanya. Begitulah mereka meneruskan hinggalah mereka keluar 3 batu dan berteduh di sebuah kebun milik adik beradik anak lelaki rabi'ah.

Al-Bukhariy meriwayatkan secara terperinci kisah baginda ketika di Thaif-dengan sanadnya-daripada Urwah bin Al-Zubayr, bahawa Aisya ra menceritakan kepadanya: Kata AIsyah ra kepada NAbi saw: "Pernahkah kamu melalui satu hari yang lebih dasyat dari hari Peperangan Uhud?" Jawab baginda: "Aku pernah mengalami daripada kaummu apa yan aku alami, dan yang paling hebat pernah aku alami ialah semasa di al-A'qabah, iaitu ketika aku menawarkan diriku kepada Ibn 'Abd Yalil bin A'bd Kallal (dia adalah orang yang Rasulallah temui selepas tiba di Thaif untuk menyampaikan ajaran suci ini) Dia tidak menyahut ajakanku. Lalu aku pun beredar denan penuh kesedihan. Sedar-sedar aku sudah berada di Qarn al-Tha'lib. Lalu aku angkat kepalaku, dan tiba-tiba aku lihat seumpal awan yang menaungik. AKu perhatikan lai, tiba-tiba aku melihat Jibril, lantas dia menyeruku "Sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata kaummu terhadapmu serta tindak balas mereka terhadapmu. Dan ALlah mengutuskan kepadamu malaikat bukit supaya engkau arahkan dia apa yang engkau mahu lakukan terhadap mereka. Lalu malaikat bukit itu menyeruku serta memberi salam kepadaku, seraya berkata "Hai Muhammad, apa yan kamu mahu, kalau kamu mahu aku hempaskan ke atas mereka al-Akhshabayn nescaya aku lakukan (itu adalah dua buah bukit di Mekah iaitu bukit Abu Qubays dan bukit yang bertentangan dengannya iaitu Qa'ayqa'an) Nabi saw menjawab: "Maka aku mengharapkan agar Allah mengeluarkan dari sulbi mereka orang-orang yang menyembah Allah semata-mata tanpa mensyirikka-Nya dengan sesuatu"

Masya Allah besarnya hati baginda. Hingga dilakukan sebiitu rupa, baginda masih bisa berlapang dada dan mendoakan perkara yang baik kepada orang yang menyerangnya. Malah baginda tidak serik dan berputus asa dalam menyampaikan dakwahnya. Sungguh beliau lah sebaik-baik insan, kekasih Allah.
Jadi apalah sangat dengan diri kita yang hanya dibenci dan kurang disenani oleh sedikit orang? Apalah layak kita menyakitinya semula? Dan apalah sangat cubaan yan kita terima hingga kita sanggup berputus asa? Bukankah baginda sebaik-baik suri teladan dan sebaik-baik contoh. Bila ditimpa kesusahan, ingat ada mereka yang lebih teruk lagi dari kita, apabila motivasi itu berada dalam diri, insya Allah kita akan menjadi insan yang sering bersyukur dan sentiasa mampu untuk melihat kedepan, Insya Allah

Sejauh mana cinta kita kepada Kekasih Allah?

Seorang yang suci hatinya

Penghulu Istighfar