Begins with the end in mind 🌈 Hidup, harapnya bukan sekadar hidup 🌈
Angin Autumn
Happy Valentine 2012

Perkataan couple kini tidak asing lagi dikalangan anak muda masa kini. Terlalu normal hingga mereka yang dont have any dipandang sinis. Budaya ini telah meresap masuk perlahan-lahan melalui pelbagai cara.
Pasangan yang dianjurkan dari segi agama adalah perkahwinan yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Manakala pertunangan menurut syarak pula adalah tempoh mengenali pasangan itu sendiri. Jadi secara jelas dari segi agama hal ini adalah salah. Di mana perlunya kita meletakkan komitmen dalam hal-hal yang tidak diperlukan?
Hal ini terlaalu common dalam masyarakat masa kini. Hingga mereka yang tidak mempunyai pasangan dianggap pelik. 'Kenapa ko tak cari lagi?', 'High demand sangat lah ko ni'. Saya akui, perasaan dimanjai dan diberi perhatian amat indah. Amat seronok apabila kita mengetahui apabila ada orang yang mengambil berat akan keadaan semasa kita. sakit kita, makan minum kita. Namun anda tidak rasakah bahawa ini adalah tipu daya syaitan belaka sebagaimana yan telah dia janjikan sejak zaman nabi adam lagi.
Jika perhatian yang dicari, kenapa ia bukan dari ibu bapa kita sendiri, jika kasih sayang yang dimahukan, kena ia bukan dari adik beradik sendiri, jika mahu menunjukkan prihatin, kenapa tidak kepada sahabat handai, kenapa tidak disalurkan kepada yang memerlukan. Masih ramai yang memerlukan kasih sayang kita, masih ramai yang butuh perhatian dan belaian kita. Kenapa tidak disalurkan kepada yang hak semata. Bahkan dalam memberi sedekah juga kita dianjurkan untuk mendahulukan keluarga kita sendir, jadi apatah lagi kasih yang luhur itu.
Semoga ia hanya menjadi kisah lampau. Dan yakinlah akan janji Allah, dan Allah janji Allah itu adalah BENAR
Dan Allah akan permudahkan jalan jodohmu jika dia yang terbaik buatmu. Keep your stand firm, usah hanyut dalam pandangan masyarakat jika mereka mengatakan kamu pelik, kerana pandangan ALlah adalah yang UTAMA.
Indahnya menjadi orang beriman
kerana kita tahu semua yang terjadi adalah yang terbaik kepada diri kita,
Indahnya menjadi orang beriman,
kerana kita tahu segala yang terjadi itu telah tersurat di luh mahfuz,
dan perkataan kalau itu memang tidak pernah wujud bagi kita,
tanda syukur dipanjatkan padaNYA atas apa yang telah terjadi
Indahnya menjadi orang beriman,
apabila kita sekecil2 hal itu bisa membuatkan kita gembira,
apabila setiap detik yang berlalu kita gunakan untuk mengingati DIA,
apabila setiap apa yang kita lihat menjadikan kita insan yang lebih bererti
dan setiap kata yang terkeluar adalah kata-kataNYA
Alangkah indahnya hidup dalam naungan iman,
apabila kesakitan yang kita rasai adalah tanda ingatan DIA buat kita,
apabila kesakitan yang kita fikirkan negatif itu hakikatnya tanda kasihNYA pada kita,
apabila kesakitan itu membawa kita lebih dekat kepada sang Pencipta,
malah lebih hebat lagi, si DIA janjikan keampunan buat kita
Sabda Rasulullah s.a.w, “Tidaklah menimpa seseorang yang beriman itu mengalami rasa sakit yang berpanjangan, kepayahan, penyakit dan juga kesedihan, bahkan sehinggakan kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya.” (HR Muslim)
Masya Allah, siapakah Pencinta yang lebih hebat dari DIA?
Alangkah indahnya hidup sebagai hambaNYA,
tiada satu saat pun yang kita pantas kesalkan,
tiada satu peristiwa pun yang akan kita padamkan dari kehidupan yang lampau,
tiada satu pun detik yang akan kita ragui manfaatnya buat kita,
kerana DIAlah cinta yang teragung,
kerana DIAlah pencipta kita,
kerana tanda kasihNYAlah wujudnya kita hari ini
seorang insan yang diberi nama si polan dan si polan
yang jika tidak keranaNYA kita hanyalah setetes air mani yang tidak bernilai,
seorang insan yang tidak punya apa-apa, miskin, hina dina
Alhamdulillah dipilih olehNYA untuk merasai segala perasaan ini,
Alhamdulillah dipilih olehNYA untuk menilai kehidupan ini dari dimensi yang berbeza,
Alhamdulillah dipilih olehNYA untuk berada pada detik ini, di ketika ini
sebagai Nurul Fatihah Mohd Razali
berserta masa silamnya
berserta masa kini kerniaanNYA
dan masa hadapan yang masih kucari bagaimana penghujungnya
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
.::ya Muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala deenik, wa'ala to'aatik::.
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
teguhkan hati kami di atas agama-Mu
Kesibukan Anda, Alternatif Anda

Kesibukan ku,
kesibukan mu,
masing-masing hanyut dengan urusan masing2..
tapi tak semua boleh terus tsabat dalam perkara yang dibuatnya,
tika perasaan jemu itu datang,
apa yang kita lakukan??
kita manusia, bukan robot,
punya rasa, punya jiwa,
bila kebosanan itu datang apa yang terlintas difikiran kita yerr?
shopping kah??movie kah??chit chating kah??
sukar mempunyai jawapan yang exact
kerna setiap dari kita punya personaliti yang tersendiri..
Tapi sedarilah duhai diri,
bila rasa itu mendatang,
pilihan itulah menentukan siapa kita sebenarnya,
pilihan itulah yang menentukan pada siapa kita mencari ketenangan itu,
jika movie pilihan kita, mungkin pergantungan kita belum sepenuhnya kepada Allah,
jika shopping itu mententeramkan, mungkin berjumpa denganNYA masih belum menjadi kesukaan kita,
bila menalifon ibu yang difikirkan, mungkin kita belum cukup mengadu kepada DIA,
Benarlah kata itu, iman itu yazid wa yankuz
Ya! aku jua pernah seperti itu,
munkin pada ketika ini, masih ada saki baki itu,
tapi aku tak ingin mengalah,
aku ingin bermujahadah,
mengingatinya tiap masa,
tiap detik,
memikirkanNYA ditiap jantung berdetak,
Sukar! Benar!!!
tapi itulah mujahadah,
kerana syurga itu mahal harganya
Angin yang Bertiup
sejak dua menjak ini, begitulah keadaannya,
mungkin tentera Allah ini dihantar unutk menggugurkan daun2 yang tersisa,
memandangkan telah hampir tiba masa untuk winter menjelma,
begitulah lumrahnya, pergantian akan terus berlaku,
malam berganti siang,
autumn diganti winter,
hidup berakhirnya mati,
segalanya punya aturan yang tersendiri...
merasakan angin yang bertiup merupakan nikmat Allah sebenarnya,
tanda masih wujud Allah meskipun tidak dapat dilihat,
tapi boleh dirasakan kehadirannya,
merasakan cinta, meskipun kelibatnya tiada,
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

ahh perasaannya lebih indah lagi,
jika tadi hanya angin yang menyapa,
kini titisannya dirasai,setitik demi setitik,
rasa disentuh dan dibelai oleh Allah seketika,
sebelum hujan menyembah bumi,
ahhh indah sungguh gerimis ini,
kasih sayang yang halus,
ingatan yang tulus,
Bayangkan jika Allah menurunkan hujan itu seperti simbahan baldi,
benar hujan diturunkan menurut sukatan yang sesuai,
berpadanan dengan apa yang patut diperoleh oleh bumi yang tandus itu,
tapi tanda kasihNYA, dia kirimkan dalam bentuk hujan yang menitis,
subhanallah:)
Dialah Yang Maha Teliti,
Maha Pengasih,
Maha Penyayang,
segalanya telah tersedia indah buat KITA
gantilah sedikit demi sedikit
sementara menanti kuku baru tumbuh, kuku lama tidak terus tercabut, meskipun kuku baru masih sibuk memanjangkan diri, bergelut untuk terus penuhkan ruang kulit bagi menggantikan kuku lama yang mulai rosak. kadang-kadang, intai jugak di bawah kuku ni, ada ke x kuku baru, dah siap ke belum kuku ni? cuba digerak-gerakkan, alhamdulillah sedar tak sedar dia dah hampir siap
sebenarnya dalam hidup kita macam tu jugak. sometimes we want to get rid those nasty jahiliyah deep inside us. but we know its hard to forget, even harder to stop doing it. But who ask you to get rid 100% in 10 seconds? Thats even make it worst. Just like the kuku yang mula memburuk ditarik terus. Ouch! couldn't even imagine it. That's why Allah design it to change gradually as He is the best best planner.
We know the urgency to replace it, so take it slowly. bit by bit. Do two things at once. Replace and remove. Then without realizing it you actually almost get rid it successfully without hurting it, insya Allah.
“Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada, dan gantilah keburukan dengan kebaikan, niscaya dengan kebaikan akan menghapuskan keburukan dan bergaullah dengan manusia dengan ahlak baik”
(Hadist Riwayat Ahmad dan Tirmidzi).
Burung Kenek-Kenek
Hinggap di atas dahan
Pesan datuk nenek,
Sujudlah pada tuhan.
Burung kenek-kenek,
Hinggap di atas pagar,
Pesan datuk nenek,
Rajin-rajinlah belajar.
Burung kenek-kenek,
Hinggap tepi perigi,
Pesan datuk nenek,
Bangnlah pagi-pagi.
Burung kenek-kenek,
Higgap di pohon kelapa,
Pesan datuk nenek,
Patuh ibu bapa.
Wagh! hebat sungguh orang tua2 kita, mereka menggunakan segala method yang ada termasuklah pantun untuk menasihati kita; generasi yang masih muda ini..Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah unsur2 pantun yang diterapkan seperti ketuhanan, dan good attitude. Seperti yang terdapat dalam rangkap pertama, atuk nenek dah berpesan lama dah, bahawa kita sebagai insan ini kena patuh kepada Allah dalam apa sahaja yang kita ketahui. maksudnya, agama Islam ini telah tersebar lama di Tanah Melayu ini.
Pelbagai teori yang menyatakan asal usul agama Islam di Malaysia seperti dari pedagang China dan India, Perkahwinan campur dan l

Jadi tujuan mereka sebenarnya adalah menyebarkan agama Islam menggunakan perdagangan sebagai alat. Hal ini diperakui oleh fakta2 namun tidak kita pelajari di sekolah. Oleh sebab itulah kita dapat lihat terapan bahasa Arab dalam bahasa Melayu kita hari ini. Bahasa Melayu pada asalnya tidaklah kaya dengan vocabulary, namun setelah menerima terapan bahasa Arab, BM menjadi kaya dengan pelbagai istilah seperti nasihat, sabar, kitab, dan ilmu. Tanpa perkataan2 ini bagaimana mungkin kita menjelaskan sesetengah hal dengan terperinci. Begitu juga dengan huruf jawi yang kita pelajari di sekolah. Orang2 Arab yang datang ke tanah air, telah menmbahkan beberapa huruf tambahan walaupun huruf2 tersebut tidak digunakan di dalam al-Quran untuk membantu orang melayu mengeja beberapa perkataan. Jadi mereka tambahkan huruf 'cha', 'nga', 'pa', dan 'ga' agar perkataan seperti pagar dan cawan dapat dieja dalam bahasa jawi. Subhanallah. Jadi bagaimana mungkin mereka datang untuk berdagang semata-mata. Masa yang ada juga mereka gunakan untuk berdakwah kepada rakyat setempat. Oleh sebab itulah kita dapat lihat dari sejarah Melaka akan kisah sultan Alauddin Riayat Shah menyamar sebagai rakyat biasa di malam hari untuk menjaga keamanan rakyat seperti mana yang telah dilakukan oleh Khalifah agung Umar r.a Masya Allah.
Alhamdulillah alhamdulillah saya amat berbangga untuk menjadi sebahagian dari warisan agama ini. Terpilih olehNYA menjadi sebahagian dari penganut agama suci ini. Tanpa mereka, tidak mungkin saya dapat 'menyaksikan' agama luhur ini. Mereka telah menunaikan tanggungjawab SH mereka, sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 143 "Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia." [2:143]
dan mendengarkan ayat ke 140 membuatkan saya tertanya-tanya adakah saya sebahagian dari mereka? "......Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan. [2:140]
Semoga kita mencontohi mereka yang terdahulu, mereka yang bersusah payah menyebarkan islam hingga kita menjadi saksi akan kewujudan mereka, bagaimana pula dengan kita? Siapa yang akan menjadi saksi bahawa kita telah menyebarkan agama ini? Wallahua'lam
Rama rama indah
Refleksi demikian seharusnya dimiliki oleh setiap hamba pada setiap masa dan ketika. Setiap apa yang kita lihat, seharusnya menghubungkan kita terus kepada sang Pencipta. Macam orang yang sedang bercinta lah katakan. Bila dah sayang, setiap apa yang kita lihat, kita akan terkenang padanya. Setiap kata-kata yang kita dengar akan menjerumuskan ingatan kita padanya.
Kadang-kadang melihatkan kelakuan orang bercinta juga agak pelik. Ada yang sanggup menukar personaliti semata-mata inin kelihatan cantik dihadapan si dia. Jika si kekasih hati 'fanatic' kepada warna pink, se hero pula akan menolak kebencian kepada warna yang cukup feminin itu semata-mata untuk meraih perhatian si dia. Ada juga yang sanggup menghabiskan beribu ringgit untuk rawatan kecantikan agar dapat menambat hati kekasih hati.
Jika kita fikirkan sekali lagi, pengorbanan ini hanya akan terlahir jika kita benar-benar sayang kepadanya. Mari kita aplikasikan teori ini kepada skop yang lebih luas lagi. Kepada yang Maha Pencipta. Yang Telah menciptakan kita dari tiada apa-apa. Yang telah mengangkat martabat kita ke tempat yang tinggi sebagai insan.
Jika kita benar-benar menyayanginya, pasti kita sanggup mengorbankan apa yang kita suka untuk meraih cintaNYA. Jika kita seorang yang fanatic dengan korean drama, pasti kita sanggup mengorbankan masa menonton kita dengan hal yang lebih berfaedah lagi. Bukanlah saya bermaksud untuk mengatakan menonton drama ini 100% tidak O.K. Tapi mengingatkan hadith nabi s.a.w "diantara tanda kebaikan seorang muslim, adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya"
jadi sebaiknya jika kita meninggalkan hal-hal yang tidak menambahkan iman, kerana kelak kita akan dipertanggungjawabkan ke atasnya.
Jadi, sejauh mana kita rela mengorbankan apa yang kita suka untuk meraih kasih sayang NYA dan berkat dalam hidup yang singkat ini. Sejauh mana pula tahap kecintaan kita hingga mampu melihatnya dalam setiap apa yang kita buat. Adakah kita benar-benar telah mabuk cinta denganNYA?
GST is rising up by 2.5%
Since New Zealand Tax will officially rise up from 12.5% to 15% tomorrow, everyone act out of their normal behavior. Grab anything you wish before the price coming up. If the items was only on their wish list, then only yesterday the item officially become theirs.
maybe the same scenario would occur when we know the officially date and time of this earth will vanish forever and ever. Just like the customer behavior I've seen yesterday, they wont deeply think upon something and will do, grab anything that is beneficial to them. If they think that reading quran will safe them from the day of judgement, that is definitely what they will do. They will give up everything they have just to free themselves from the hellfire. All these will definitely happen, and 100% confident will occur. Allah himself has described it in the Quran,
Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),
[11]Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,
[12]Dan isteri serta saudaranya,
[13]Dan kaum kerabatnya yang melindunginya,
[14]Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi – kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.
[15]Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya,
[16](Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan,
It is Graduation again
here are some photos from the university website.
http://www.auckland.ac.nz/uoa/home/for/current-students/cs-academic-information/cs-graduation-information/cs-graduation-photos
Why people are looking forward for this special day I questioned myself.
Hmm maybe being a student is sooo haaarrdd that they put their best effort in attending classes, assignments, test, exam, lab reports, tutorial, etc etc etc.
OO maybe that is why graduation day is the perfect time to reward themselves and enjoy the greatest moment of their student life.
Emm maybe maybe, that is why each and every student looking forward for this day.
Everyone who struggle and strive for the best will be eager to trat themselves after they finish on their stuff. Isnt it similar to our life as a Muslim? As a student, we will avoid anything that could reduce our marks or lead us to fail in exam, which is the worst case scenario. And try to put it in a longer time frame. If are afraid to be throw in the Hell we will also try our best run away from everything that could lead us there. Waiyazubillah. Besides If we struggle fighting our 'nafsu', do everything that Allah ask us to, and give some portion of our belongings to others just to seek Allah's Blessed, then we should feel the same as well. We will look after to see HIM and prepare our best before receiving the 'Graduation Certificate'.
15. None shall enter it save the most wretched,
16. Who denies and turns away.
17. And Al-Muttaqun (the pious and righteous - see V.2:2) will be far removed from it (Hell).
18. He who spends his wealth for increase in self-purification,
19. And have in his mind no favour from anyone for which a reward is expected in return,
20. Except only the desire to seek the Countenance of his Lord, the Most High;
21. He surely will be pleased (when he will enter Paradise).
[Al-Lail, 92:14-21]
Dia, Kita dan Anjing
"Dan bacakanlah kepada mereka, berita orang yang telah Kami berikan ayat-ayat Kami kepadanya, kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh setan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang yang sesat"[Al-Araf:175]
Astaghfirullah Al-Azim. Mohon Allah melindungi kita semua dari termasuk golongan yang sesat. Jika pernah terlintas di hati kita unutk melakukan kebaikan, maka lakukanlah. Jika kita pernah melalui program yang mendekatkan diri kita kepada Pencipta kita, maka beristiqamahlah. Jika pernah berada di atas jalan dakwah ini, maka teruskanlah.
Godaan syaitan itu sesungguhnya makin kuat jika kita berada di atas jalan ini. Namun 'ayat-ayat Kami' disini jika dalam bahasa arab tidaklah terhad kepada Al-Quran semata-mata. Ia meliputi banyak segi termasuk bahan bacaan seperti artikel, majalah, tafsir dan blog. Jadi seorang muslim itu haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas; salah satu ciri individu muslim. Namun jika selepas dia mengetahuinya dia mengabaikannya maka Allah menyamakan darjatnya dengan seekor anjing.
"Dan sekiranya Kami menhendaki nescaya Kami tinggikan (darjatnya) dgn (ayat2) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (yang rendah), maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya. Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berpikir"[Al-A'raf:176]
Astaghfirullah Al-Azim. Adakah kita ingin disama ratakan dengan seekor anjing? Yang perbuatannya sama saja jika orang berlaku baik mahupun bertindak kasar kepada mereka. Mereka masih menjelirkan lidahnya. Begitulah halnya dengan manusia yan Allah gambarkan di sini. Seseorang yang pernah menerima peringatan namun masih meneruskan jahiliyah dalam dirinya maka samalh halnya dia dan anjing itu. Masih bertindak bodoh dan tidak tahu apa. Saya terbayangkan seekor anjing sedang terjelir dengan mata yang seolah-olah tidak bersalah. Masih mengharapkan belas meskipun sedang dihalau. Sama halnya dengan manusia yang berlagak innocent meskipun telah diperingatkan. A'uzubillah.
Syaitan sentiasa ternanti-nanti peluang untuk menggoda manusia.
"Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur"[Al-A'raf:17]
Bayangkan kita semua berada dalam sebuah rumah tarbiyah, dan seboleh mungkin kita ingin terus berada di dalamnya, namun ada masanya kita terasa penat dengan aktiviti yang tidak henti-henti. Merasa lelah dengan tugas berat ini dan akhirnya kita ingin berehat sebentar. Lupakan sekejap penat ini dan kemudian kembali semula. Namun ingatlah, syaitan telah bersumpah untuk menggoda manusia dan apabila kita membuka sahaja pintu tarbiyah itu, berderu-deru syaitan yang akan menyerbu kita. Mengambil peluang dari segenap arah; depan belakang kanan dan kiri.
Dan jika kita tidak cukup kuat untuk menangkisnya, samalah kita seperti seekor anjing. Ya Allah tsabatkanlah hati-hati kami. Peliharalah kami di atas jalan Mu ini Ya Allah, ameen.
Before I fall asleep
When the clock strike 11.30 my eyes automatically get sleepy. Maybe my body just get use to it, trying to put a stop to what I am doing. Closing all the books that I am working at and arranging it neatly at the corner of my desk, I hope to continue the unfinished business tomorrow, insya Allah.
Nak Jadi macam AIR
dah berjaya convert format video ni alhamdulillah
jadi boleh share sama-sama**winkwink**
saya sangat suka video ni:D
macam mana air yang mengalir tuh boleh membawa kehidupan kepada bumi yang mati
dan meskipun air itu cetek, sebenarnya pelbaai manfaat yang diperoleh oleh makhluk-makhluk di bawah sana
dan air tak memilih kemana dia harus pergi
senang saja die menyusupi setiap keadaan dan suasana
menarikkan air:D
Burung di udara
AGh payah sungguh nak memahami terms-term matematik ni. 'primitive element', 'generator', 'sub group', 'cardinality' etc etc. Baru tahun ini aku sedar betapa pentingnya penggunaan bahasa dalam matematik, does it make any sense? Jadi aku kembali melihat kosong lembaran kertas dihadapan ku. AGH aku menarik nafas panjang dan mengalih pandangan ke luar jendela. Kosong jua sebenarnya, namun ada sedikit ketenangan yang timbul. Melihat hidupan yang terus bergerak dibawah kasih dan cinta Nya. Tenang dirasai bila melihat burung-burung berterbangan bebas ke sana ke mari. Tanpa halangan jua sempadan.
Saya tertarik dengan satu video ini,
Subhanallah, indahnya ciptaan Yang Esa. Hebatnya sistem yang mereka gunakan. Perhatikan bagaimana mereka meluncur ke dalam air? It is the exact way penerjun melakukan lompatan. Straighten your body first supaya kurang air terpercik, Masya Allah. Kita banyak belajar dari alam sekeliling kerana ciptaan-Nya lah yang sempurna. Dan tiada kecacatan yang dapat dijumpai melainkan ianya adalah dari tangan manusia itu sendiri.
OK enough with rest:) Get back to work. Ya Allah luruskan niat hamba dan aku pohon agar aku mampu beribadah semata-mata kerana-Mu, ameen
Ingin Berlari Pulang
Senyum manis terukir disetiap wajah
Pelbagai perkara yang ingin dibicarakan
Bibir ringan menutur kata bersenda gurau
Ku terkenang
Ku rindu
Masya Allah, indah sungguh perasaan kasih sayang yang DIA kurniakan
dengan kasih, hati jadi senang
dengan cinta, taman hati sentiasa ditemani bunga-bunga indah
Namun alangkah ruginya jika cinta itu tidak disandarkan semata-mata kerana-NYA
Teringat kata-kata seseorang, "kenapa anda sayang ibu dan ayah anda?"
Mestilah sebab ibu ayah dah melahirkan dan membesarkan saya
dah jaga saya susah, beri saya kasih sayang etc etc etc
Kemudian soalan yang sama ditanya kepada Alex (for example)
Dia pun memberi jawapan yang seakan-akan dengannya
Hmm jadi apa bezanya seorang muslim menyayangi keluarganya dengan seorang non-muslim
sedangkan kita tahu seorang muslim itu lebih istimewa daripada yang lain?
Apa yang membezakan kita dan dia adalah kenapa kita melakukan perkara tersebut
Lebih molek dan indahnya kasih sayang itu jika kita sandarkan kepada Pencipta yang Satu
Kerana-Nya lah kita disini, dan kerana Nyalah kita dapat mengecapi kasih sayang itu,
kerana DIA lebih dahulu menyayangi kita
sebab itulah DIA meminjamkan keluarga yang kita amat sayang itu kepada kita
SWEETNYA ALLAH
Jadi kita menyayagi ibu ayah kita kerana Allah suruh kita taat kepada mereka
kerana mereka adalah Nikmat yang amat Indah dia berikan kepada kita
ALHAMDULILLAH
Dan kerana itu kita sayang sangat dan hormati mereka sangat sebab kita cintakanNya
“Orang-orang yang saling berkasih-sayang kerana keagunganku mereka mendapat minbar daripada cahaya yang mana para Nabi dan syuhada rasa cemburu dengan mereka." Hadis riwayat Tirmizi - sanad sahih.
Masya ALlah indahnya kasih sayang itu, apabila saya sedar bahawa Allah masih memberikan saya keluarga yang bahagia ini, saya amat mensyukurinya. Meskipun saya tidak berada di sana, saya tahu Allah masih hadirkan mereka dalam hidup saya, dan kami mash dikurniakan sifat kasih sayang itu, ALHAMDULILLAH
Jadi ku pujuk hati ini, tak apa fatihah:) Alhamdulillah Allah jaga mereka semua, jadi apa y saya perlu buat adalah lunaskan tanggungjawab saya disini. Sebab itupun amanah Allah, Insya Allah
What does it mean to be a failure
What does it mean by a failure I wonder? Is it when you got FAIL in your test, then are you will be categorized as a failure? Or is it when you didnt achieve your goal, then you will be call a loser? I believe neither one of them is correct.
Failure is when you decide yourself that you are a failure. When you stop running towards your dream then you should stop and ponder, What am I doing all this while? When you lose all your hope and stop trying, then you will be considered as a failure. Bukan di mata orang lain, tapi kegagalan terhadap diri sendiri. Cause you know yourself what you have been doing all this while.
I always belief that, no one has the right to hate. Who are we to hate others. Even His Creator love him so much and blessed him with Hislove all this while. So who are we to judge. but as a human, we can only hate the bad things or bad habits in him and pitty him for not being able to see like what we see.
And that is why we need a friend. To remind us that you are priceless and cant be compared to anything in this world. A good friend is like a reflection of you. He will tell you honestlty when you are wrong, caugh you when you fell and make yu strong when you are down. Even Prophet Musa needs Prohet Harun to accompany him when we spread his message of Islam. And Rasulallah once menton:-
The Holy Prophet (S.A.W.) defines a good friend in these words: "He is the one whose very sight makes you remember Allah, whose conversation increases your knowledge and whose deeds remind you of the world in the Hereafter"
(Biharul Anwar, Vol.XV, p.51)
Wallahua'lam. So dont hate yourself, always appreciate everything you have cause that is the best and it happen for reason. Failure is when you stop trying and remember
39:53 SAY: “[Thus speaks God:] ‘O you servants of Mine who have transgressed against your own selves! Despair not of God’s mercy: behold, God forgives all sins - for, verily, He alone is much-forgiving, a dispenser of grace!’ ”
And one more thing,
94:5 And, behold, with every hardship comes ease 94:6 verily, with every hardship comes ease!
Insya Allah. It is okay to be upset cause KITA ADALAH MANUSIA BIASA, just what make a different is when you decide to take another step. ~A reminder to me, myself and I~
Sydney White
Selepas menonton Sydney WHite, terimbas kembali zaman persekolahan dulu. Ada satu fenomena 'click', or some say 'pilih kawan'. Ada kumpulan pelajar yang cerdik pandai, dan ada pula kumpulan yang mempunyai minat yang sama. Seronok bila diimbas kembali zaman itu, saling berelak ketawa dan berkongsi minat dan citarasa yang sama. Itu merupakan satu fenomena yang agak biasa diperhatikan. Namun, jika dilihat sekali lagi, adakah kita pada waktu itu hanya cenderung untuk berkawan dengan orang-orang yang tertentu sahaja? Dan tidak berminat untuk bergaul dengan mereka yang lain dengan alasan kita berbeza. bukankah itu persaudaraan berasaskan material dan minat kita semata-mata?
Jika rupa paras yang menjadi pertaruhan pasti akan tiba masanya rupa itu menghasilkan kedut-kedut, jika populariti yang didambakan pasti suatu hari nanti dia akan berada dibawah dan jika kekayaan yang menjadi idaman, pasti manusia tidak akan pernah mengenal erti puas. Kerana semua material itu pasti akan berubah dan tidak bersifat statik. Dan jika persaudaraan itu yang kita jalinkan, dimanakah keikhlasan hati seorang insan? Apatah lagi bagi kita yang bergelar muslim. Kekadang bila hal ini terjadi, mungkin perkara yang boleh menyedarkan kita kembali adalah betapa diri kita punya seribu satu kelemahan untuk seorang insan lain bergelar seorang sahabat menyesuaikan diri. Dan motivasi terbesar adalah dengan merenung hadis Rasulallah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hamzah Anas bin Malik ra; "tidak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri"[HR Bukhari dan Muslim] Jika kita merenung hadith ini, insya-Allah kita akan mendapat suntikan rohani. Siapa lagi contoh ikutan terbaik jika bukan Baginda? Dan apakah hubungan yang terbaik dibina jika bukan kita bertemu dan berpisah hanya kerana mengharapkan redhaNya.
Jika didalam Sydney White, Witchburn hanya ingin berada ditangga teratas (popular) dan sesungguhnya itu tidak kekal lama dan akan tiba masanya populariti itu akan hilang dan sahabat yang dulu menyokong akan berpaling tadah kerana populariti itu bukan milik dirinya lagi. NauzubillahHow Do you take your TEST?
I was reading Quran after Zuhur, on Surah Yunus, the 10th surah in Quran and I am on the last verse before I go for Surah Hud. And the 3rd last verses really caught my eyes, He says:
قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَمَا أَنَا عَلَيْكُمْ بِوَكِيلٍ
FIREWORKS:The sparks is in our heart regardless being high in the sky
Baru jek lepas tengok bunga api trough out my window. Sempena Diwali Festival at Viaduct Harbour (cofus: I tot the celbration should be serentak around the world. Isnt ir?). Mesmerized as always. Everytime I look at it, no matter where I am whenever I am, I always like it. My jaw would suddenly open and whispering 'waaaa'. It doesnt seem to change regardless of my growing age. I wonder why? Does human, or maybe tobe morespecific; women is easily mesmerize by something beautiful and colorful like it? just like how women love flower; adoring their wonderful colors that would make their heart blooming right away. Might be the same case here.
Tragedi to Ponder
Another earthquakes had striked Padang, Indonesia last Thursday. The major strong attack hit at 17:16:10 local time on 30th September at Sumatera with moment magnitude of 7.9. The second earthquake which meaured at 6.6 struck Jambi a day after Sumatera tragic day at 8:52 local time. This tragedy had attract many of the NGO and non-NGO body to lend a hand and send their rescue members. They will recover insya Allah, they are survivor, just like how they survive Tsunami half decade ago, Insya Allah. Lets flip the quran and see what it say. Lets first open the quran based on the time occurance.
- Al-Isra:Verse:016
And when We decide to destroy a town (population), We (first) send a definite order (to obey Allâh and be righteous) to those among them or We (first) increase in number those of its population] who lead a life of luxury. Then, they transgress therein, and thus the word (of torment) is justified against it (them). Then We destroy it with complete destruction - Al-Anfal:Verse:052 (Their way is) as the way of Pharaoh's folk and those before them; they disbelieved the revelations of Allah, and Allah took them in their sins. Lo! Allah is Strong, severe in punishment.