Ingin Berlari Pulang

Apabila cuti menjelang seperti ini, hati meronta-ronta ingin terbang pulang. Terbayang-bayang hilai tawa satu persatu
Senyum manis terukir disetiap wajah
Pelbagai perkara yang ingin dibicarakan
Bibir ringan menutur kata bersenda gurau
Ku terkenang
Ku rindu
Masya Allah, indah sungguh perasaan kasih sayang yang DIA kurniakan
dengan kasih, hati jadi senang
dengan cinta, taman hati sentiasa ditemani bunga-bunga indah
Namun alangkah ruginya jika cinta itu tidak disandarkan semata-mata kerana-NYA

Teringat kata-kata seseorang, "kenapa anda sayang ibu dan ayah anda?"
Mestilah sebab ibu ayah dah melahirkan dan membesarkan saya
dah jaga saya susah, beri saya kasih sayang etc etc etc
Kemudian soalan yang sama ditanya kepada Alex (for example)
Dia pun memberi jawapan yang seakan-akan dengannya
Hmm jadi apa bezanya seorang muslim menyayangi keluarganya dengan seorang non-muslim
sedangkan kita tahu seorang muslim itu lebih istimewa daripada yang lain?
Apa yang membezakan kita dan dia adalah kenapa kita melakukan perkara tersebut

Lebih molek dan indahnya kasih sayang itu jika kita sandarkan kepada Pencipta yang Satu
Kerana-Nya lah kita disini, dan kerana Nyalah kita dapat mengecapi kasih sayang itu,
kerana DIA lebih dahulu menyayangi kita
sebab itulah DIA meminjamkan keluarga yang kita amat sayang itu kepada kita
SWEETNYA ALLAH
Jadi kita menyayagi ibu ayah kita kerana Allah suruh kita taat kepada mereka
kerana mereka adalah Nikmat yang amat Indah dia berikan kepada kita
ALHAMDULILLAH
Dan kerana itu kita sayang sangat dan hormati mereka sangat sebab kita cintakanNya

الْمُتَحَابَّوْنَ فِيْ جَلَالِيْ لَهُمْ مَنَابِرُ مِنْ نُوْرٍ ، يُغْبِطُهُمْ الْأَنْبِيَاءُ وَالشُّهَدَاءُ

“Orang-orang yang saling berkasih-sayang kerana keagunganku mereka mendapat minbar daripada cahaya yang mana para Nabi dan syuhada rasa cemburu dengan mereka." Hadis riwayat Tirmizi - sanad sahih.


Masya ALlah indahnya kasih sayang itu, apabila saya sedar bahawa Allah masih memberikan saya keluarga yang bahagia ini, saya amat mensyukurinya. Meskipun saya tidak berada di sana, saya tahu Allah masih hadirkan mereka dalam hidup saya, dan kami mash dikurniakan sifat kasih sayang itu, ALHAMDULILLAH
Jadi ku pujuk hati ini, tak apa fatihah:) Alhamdulillah Allah jaga mereka semua, jadi apa y saya perlu buat adalah lunaskan tanggungjawab saya disini. Sebab itupun amanah Allah, Insya Allah

No comments:

Post a Comment