AGh payah sungguh nak memahami terms-term matematik ni. 'primitive element', 'generator', 'sub group', 'cardinality' etc etc. Baru tahun ini aku sedar betapa pentingnya penggunaan bahasa dalam matematik, does it make any sense? Jadi aku kembali melihat kosong lembaran kertas dihadapan ku. AGH aku menarik nafas panjang dan mengalih pandangan ke luar jendela. Kosong jua sebenarnya, namun ada sedikit ketenangan yang timbul. Melihat hidupan yang terus bergerak dibawah kasih dan cinta Nya. Tenang dirasai bila melihat burung-burung berterbangan bebas ke sana ke mari. Tanpa halangan jua sempadan.
Dulu sewaktu kecil, kerap kali aku bermimpi menjadi burung, bisa kemana sahaja yang aku kehendaki melihat alam luas ini, bak burung hud-hud.Namun hanya satu yang aku hiraukan jika aku seekor burung, macam mana kalau ditembak pemburu? Hanya itu kerisauan yang dapat aku pikirkan. Pemikiran kanak-kanak, lagipun baru belajar mengenai kepupusan burung-burung:)
Namun kini, bila dilihat burung, pelbagai perkara menerjah fikiran. Bagaimana bisa mereka terbang dengan begitu indah? Tiada apa yang menampung mereka diudara, namun mereka masih bisa mengapungkan diri. Tidak penatkah mereka berterbangan sepanjang hari? etc etc etcSaya tertarik dengan satu video ini,
Subhanallah, indahnya ciptaan Yang Esa. Hebatnya sistem yang mereka gunakan. Perhatikan bagaimana mereka meluncur ke dalam air? It is the exact way penerjun melakukan lompatan. Straighten your body first supaya kurang air terpercik, Masya Allah. Kita banyak belajar dari alam sekeliling kerana ciptaan-Nya lah yang sempurna. Dan tiada kecacatan yang dapat dijumpai melainkan ianya adalah dari tangan manusia itu sendiri.
OK enough with rest:) Get back to work. Ya Allah luruskan niat hamba dan aku pohon agar aku mampu beribadah semata-mata kerana-Mu, ameen
No comments:
Post a Comment