Showing posts with label ukhwah. Show all posts
Showing posts with label ukhwah. Show all posts

Being Understanding just like Abu Bakar

Dalam sebuah persahabatan sebuah persefahaman lah yang paling utama. Kadang-kadang aku berfikir juga, sejauh mana persahabatan itu patut hadir? **hmm garu-garu kepala**

Masih sekitar tulisan Salim A.Fillah dalam JCPP, dan alhamdulillah aku menemui suatu pencerahan. Contoh dari seorang sahabat yang amat aku kagumi:) Jika ditanya, diantara 4 sahabat khulafa' Ar-Rasyidin, siapa yang paling aku mahu temui? dan tanpa ragu, akan ku katakan Saidina Abu Bakar r.a.

Begini ceritanta. [Kisah 1]

Pada suatu hari, saat Rasulallah saw menerima wahyu yang menggembirakan hati segenap mukmin pada ketika itu
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau lihat manusia asuk ke dalam agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Rabbmu dan mmohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Ia adalah Maha penerima Taubat”.
[An-Nash:1-3]
ya siapa tidak gembira menerima berita kemenangan bukan. Semua aku bayangkan bersorak gembira. Bayangkan selepas bertahun-tahun mereka ditindas, pemboikotan selama 3 tahun yang menguji keimanan mereka, peristiwa hijrah yang hampir meragut nyawa Rasulallah saw seluruh siri peperangan untuk menyebarkan Islam, akhirnya Allah menjanjikan kemenangan kepada kaum muslimi. Hoorayy!! Alhamdulillah, segala puji-pujian bagiNYA yang Maha Kuasa.

Tapi dicelah kegembiraan itu ada seorang sahabat yang menangis kesedihan. Merasai mesej disebalik wahyu itu. Merasakan itu adalah tanda-tanda akan perginya kekasih Allah, sahabat beliau sendiri. Tiba-tiba Abu Bakar menjerit lantang, "Ya Rasulallah, kutebus engkau dengan ibu-bapaku. Demi Allah kutebus engkau dengan ibu bapaku" dan beliau teru-terusan menagis teresak-esak. Sahabat-sahabat yang lain risau melihatkan keadaan Abu Bakar yang sentiasa berwajah tenang. Kenapa beliau menangis sedemikian rupa sedangkan yang Rasulallah sampaikan adalah berita kemenangan?

Rasulllah kekasih Allah menjawab, "seorang hamba diminta untuk memilih antara perhiasan dunia menurut kehendaknya, atau apa yang ada disisiNYA. dan dia memilih apa yang ada disisi Allah" :') Tangisan Abu Bakar semakin hebat.

Kita biarkan kisah itu disitu dan mari kita singkap kisah seterusnya

[kisah 2]

Anas b. Malik meriwayatkan, "tiada hari yang lebih bercahaya di Madinah drpd hari ketika Rasulallah saw datang kepada kami. Dan tidak ada hari yang lebih gelap dan muram dari saat beliau wafat"

Aku juga tak dapat nak bayangkan bagaimana keruhnya hari itu. Hari di mana kekasih Allah kembali ke pangkuan kekasihNYA semula. Air mata pasti membasahi pipi wajah-wajah yang menicntai baginda. Malah ada diantara mereka yang berteriak-teriak dan membuatkan suasana bertambah kalut. "Sesungguhnya beberapa orang Munafiq beranggapan bahawa Rasulallah saw telah wafat.. Sesungguhnya baginda tidak wafat!. Beliau tidak mati, beliau hanya pergi menghadap Rabb-Nya sebagaimana Musa as yang pergi dari kaumnya selama 40 hari, lalu kembali lagi kepada mereka setelah dikira mati. Demi Allah, Rasulallah saw pasti akan kembali. Maka tangan dan kaki siapapun yang mengatakan beliau telah meninggal dunia harus dipotong!"

Mata beliau berkaca merah. Pedang ditangan beliau dihayun. Pasti beliau sedih, dan emosi beliau merajai diri pada detik dan ketika itu. Dek kerana cinta yang teramat, beliau hampir hilang pertimbangan. Beliaulah Saidina Umar al-Khattab.

Tetapi di saat itu, hadirlah Abu Bakar menenangkan keadaan. "Duduklah duhai Umar" Dengan tenang beliau mengatur bicara, "Umar. "Barangsiapa menyembah Muhammad, maka sungguh Muhammad telah wafat. Tapi barangsiapa menyembah Allah,sesungguhnya Allah hidup kekal!" dan dengan tenang Abu Bakar membacakan bait-bait suci Al-Quran, 3:144

*****
Masya Allah. Di saat insan-insan lain merasakan bahawa baginda sedang menyampaikan mesej kemenangan, beliau berjaya menyingkap maksud disebaliknya. Dapat menyelami mesej disebalik "Its Ok", "Im Fine" (still struggling on that)

Understanding is really a big thing. Dengan taaruf sahaja belum mencukupi, ianya harus melangkaui tafahum itu sendiri. Dan Abu Bakar telah menunjukkan contoh yang terbaik.
Dan bagaimana di saat semua orang bersedih dengan pemergian baginda, S. Abu Bakar dapat menjadi orang yang paling tenang. Menyingkapi hikmah disebalik musibah. Masya Allah.

Untuk sampai ketahap itu, pasti ia memerlukan usaha yang panjang dan berterusan. Muayashah (hidup bersama) sekerap mungkin, setiap masa. Tapi membawa kita kepada Allah, mentarbiyah diri agar menjadi insan yang lebih baik lagi. Dan ukhwah itu harus didasarkan atas nikmat keimanan itu sendiri. dan sebagaimana besar pun kasih kita pada sahabat, pastinya tidak boleh melangkaui sayang kita kepada Allah swt, sebagaimana kata baginda,
“Andaikan aku boleh mengambil kekasih selain Rabbku, niscaya aku akan mengambil Abu Bakar sebagai Khaliilku. Tetapi ini adalah persaudaraan Islam dan kasih sayang. Semua pintu menuju ke masjid harus ditutup selain pintunya Abu Bakr”

Rasaku Rasamu

Bila diketepikan,
(mungkin bukan dalam erti kata sebenar)
diri cuba mencari kebaikan disebaliknya,
menilai2 mungkin ada sebab ia berlaku sedemikian rupa,
berfikir2 pasti punya alasan dia memilih jalan itu,
merenung jauh pasti kerana alasan yang kukuh dia memilih untuk berlaku sedemikian:)
mungkin itu
dan mungkin ini
segala alasan tersusun satu persatu

kita mampu mereka segala alasan,
menenangkan hati, meredakan rasa
demi menjaga sekeping hati,
menjaga sebuah persahabatan,
memelihara sebuah ukhwah yang sungguh2 kita katakan kerana Allah Azzawajalla
tapi bila diuji sedikit hati mula melenting,
*hmm benarkah itu ukhwah kerana Allah*

jika benar kita berukhwah keranaNYA
pasti kita bahagia dengan jalan yang telah dipihnya melalui bantuan DIA,
melihat dia tersenyum, seharusnya kita jua mengukirkan senyuman yang sama,
pasti kita masih mampu mengeluarkan buah bicara indah,
menyambut jegembiraan yang lahir dari hatinya:)
pasti kita mampu berlapang dada dalam segala hal sekali pun
kerana jika tidak,malulah duhai diri!!
kerana itulah serendah2 nilaian ukhwah *berlapang dada*

.::Carilah 70 alasan untuk membenci sesuatu,
nescaya anda akan menemui kebahagiaan dalam segala hal::.
*Insya Allah*

Nyatakan Kasih mu padanya

Dari Anas r.a bahawa ada seorang laki-laki berada dekat Rasulallah s.a.w, lalu ada seorang lelaki lewat di depannya. Orang itu (yang berada dekat dengan Rasulallah) berkata, "Ya Rasulallah, sungguh saya mencintai orang itu." Rasulallah bertanya, "Apakah kamu sudah memberitahunya?" Ia berkata, "Belum" Rasulallah saw, "Beritahukan kepadanya." Kemudia ia mendekati orang itu dan berkata, "Sungguh aku mencintaimu kerana Allah swt". Lelaki itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah-yang keranaNYA engkau mencintai aku- mencintaimu"

Ukhwah Snow Ice

Ukhwah merupakan unkapan yang sering kita dengar. ungkapan seperti 'ukhwah itu indah', 'berjumpa tak jemu, berpisah tak gelisah', 'ukhwah fillah abadan abada', semuanya menggambarkan manisnya sebuah ikatan pertemuan itu. Tapi hakikatnya, kata-kata itu tinggal kata2 sahaja seandainya tidak dirasai, tidak dialami sendiri. Well experience has always been the best teacher, ai.

Hakikatnya dari dulu saya mencari erti manisnya sebuah ukhwah. Apa yang membezakannya dengan sebuah persahabatan biasa? Apa yang sangat special? tahun demi tahun, alhamdulillah tahun ini Allah izinkan saya merasai secebis manisnya ukhwah itu. Pelbagai cara Allah tunjukkan, satu persatu yang membuatkan saya rasa 'flattered' dengan kasih sayang ini. *Ouch susah sebenarnya nak saya mengaku macam ni* tapi ini hakikatnya. Seperti seorang teman saya katakan, jangan pernah jemu memberi, kerana erti hidup pada memberi. dan sedikit demi sedikit saya cuba menyelami frasa itu. Tapi apa yang bestnya ukhwah, mungkin tak akan saya share sekarang, just a bit reflection of what we did this evening:)Sepetang ini saya sort of 'hang out' dengan insan2 istimewa. Memang membahagiakan bila melihat senyuman mereka, mendengar gelak tawa mereka, dan mengabadikan setiap ekspresi unik mereka (sekarang saya dah senyum2 teringat muka sorang2 huhu). And one of the thing we did was, enjoying our snow ice. It looks great at first; with all the garnishing; strawberry ice cream terletak elok ditengah dan dihiasi pula dengan whipped cream dan icing sugar, pastu ada pula snow ice yang sangat amat lembut dihiaskan dengan strawberry syrup, chocolate syrup etc etc. But since tunggu waffle yang lambat siap, snow ice melted. Dah jadi macam bukit yang hampir ranap. Tapi kan, bila makan the taste remain (maybe not 100% though); and anda masih akan tersenyum bila memakannya. huhu. maybe saya bias sebab saya mm suka ice cream:)

I was thinking, adakah ukhwah seperti ice cream itu? Selalu digambarkan dengan perkara2 yang indah, ukhwah itu best sebab kita akan berpesan2, ukhwah itu best sbb we will always be there for each other dan sebagainya. Tapi hakikatnya, keindahan itu kita tak akan hargai selagi kita tak merasainya sendiri. Ruang untuk bersahabat itu pasti telah disediakan Allah, kawan ada jek disekeliling kita, tapi jika kita tak hargainya, x cherish mereka, lama kelamaan ia akan cair, pudar. Hati mereka mungkin akan pudar juga. Lama kelamaan people around will notice that something is wrong with the ukhwah, and if you leave it lama2 ia akan cair lagik dan jika terlalu lama, mungkin akan kehabisan masa untuk merasai manisnya sebuah persahabatan itu. Tapi hakikatnya kan, no matter how kita rasa ukhwah sesama kita teruk, or hati kita susah nak terima kawan kita, percayalah bahawa sentiasa ada ruang untuk memperbaikinya. Ukhwah itu masih boleh diselamatkan, masih boleh dirasai manisnya. Macam snow ice tuh, nampak jek dah tak menarik, dah cair, tapi bila makan still sedap jek. As long as kita cepat bertindak dengan syaratnya. Manisnya ukhwah itu insya Allah tetap sama, dengan izinnya. Kerana DIA yang memegang hati2 kita. Seandainya kita infaqkan seluruh harta kita pun pasti kita tak dapat memikat hati manusia [8:63] Merujuk kepada snow ice tadik, walaupun dah hampir ranap, tapi bila kita sama-sama makan, sama-sama 'menyuap' each other, kita akan lupa dengan hakikat ianya sedang mencair. Terbuai dengan manisnya ukhwah itu. ~Wallahua'lam~

Hakikatnya, ukhwah itu indah. Dan akan bertambah indah jika kita sama2 memperbaikinya, kerana Allah ingin melihat sejauh mana kita ingin berusaha untuk menghadapinya. Seperti juga kisah Maryam ketika melahirkan Musa. Hakikatnya Allah boleh menjatuhkan buah kurma itu ke riba Maryam di saat dia sakit melahirkan, tapi Allah mewahyukan agar dia menggoncangkan pohon kurma itu; meski kita tahu akar pohon kurma sangat kuat. Jadi apa sangatlah kudrat seorang wanita yang sedang sarat untuk menggocangkan pohon itu untuk mendapatkan beberapa biji kurma tinggi di atas. Tapi itulah hakikatnya, usaha itu yang Allah akan nilai, usaha itu yang akan dikira. Jadi berusahalah dalam apa jua yang kita lakukan. Hatta seberapa susah sekali pun.

Ukhwah itu untuk kita rasai. Bukan sekadar baca dalam buku menjadi ilmu semata-mata. Carilah peluang untuk merasai manisnya ukhwah itu. Jangan biarkan ianya cair dan rasailah manisnya bersama-sama.
Tiba-tiba teringat sebuah hadith yang amat sangat best mengenai ukhwah, 'Hadith super saiya'

“ Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah.”. Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?”. Rasulullah menjawab.Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka adalah di atas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih. Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “ Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.”(10:62) ( Hadith Riwayat Ahmed)

.::Cintailah Allah, nescaya kamu akan dicintai manusia::.