Being Understanding just like Abu Bakar

Dalam sebuah persahabatan sebuah persefahaman lah yang paling utama. Kadang-kadang aku berfikir juga, sejauh mana persahabatan itu patut hadir? **hmm garu-garu kepala**

Masih sekitar tulisan Salim A.Fillah dalam JCPP, dan alhamdulillah aku menemui suatu pencerahan. Contoh dari seorang sahabat yang amat aku kagumi:) Jika ditanya, diantara 4 sahabat khulafa' Ar-Rasyidin, siapa yang paling aku mahu temui? dan tanpa ragu, akan ku katakan Saidina Abu Bakar r.a.

Begini ceritanta. [Kisah 1]

Pada suatu hari, saat Rasulallah saw menerima wahyu yang menggembirakan hati segenap mukmin pada ketika itu
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau lihat manusia asuk ke dalam agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Rabbmu dan mmohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Ia adalah Maha penerima Taubat”.
[An-Nash:1-3]
ya siapa tidak gembira menerima berita kemenangan bukan. Semua aku bayangkan bersorak gembira. Bayangkan selepas bertahun-tahun mereka ditindas, pemboikotan selama 3 tahun yang menguji keimanan mereka, peristiwa hijrah yang hampir meragut nyawa Rasulallah saw seluruh siri peperangan untuk menyebarkan Islam, akhirnya Allah menjanjikan kemenangan kepada kaum muslimi. Hoorayy!! Alhamdulillah, segala puji-pujian bagiNYA yang Maha Kuasa.

Tapi dicelah kegembiraan itu ada seorang sahabat yang menangis kesedihan. Merasai mesej disebalik wahyu itu. Merasakan itu adalah tanda-tanda akan perginya kekasih Allah, sahabat beliau sendiri. Tiba-tiba Abu Bakar menjerit lantang, "Ya Rasulallah, kutebus engkau dengan ibu-bapaku. Demi Allah kutebus engkau dengan ibu bapaku" dan beliau teru-terusan menagis teresak-esak. Sahabat-sahabat yang lain risau melihatkan keadaan Abu Bakar yang sentiasa berwajah tenang. Kenapa beliau menangis sedemikian rupa sedangkan yang Rasulallah sampaikan adalah berita kemenangan?

Rasulllah kekasih Allah menjawab, "seorang hamba diminta untuk memilih antara perhiasan dunia menurut kehendaknya, atau apa yang ada disisiNYA. dan dia memilih apa yang ada disisi Allah" :') Tangisan Abu Bakar semakin hebat.

Kita biarkan kisah itu disitu dan mari kita singkap kisah seterusnya

[kisah 2]

Anas b. Malik meriwayatkan, "tiada hari yang lebih bercahaya di Madinah drpd hari ketika Rasulallah saw datang kepada kami. Dan tidak ada hari yang lebih gelap dan muram dari saat beliau wafat"

Aku juga tak dapat nak bayangkan bagaimana keruhnya hari itu. Hari di mana kekasih Allah kembali ke pangkuan kekasihNYA semula. Air mata pasti membasahi pipi wajah-wajah yang menicntai baginda. Malah ada diantara mereka yang berteriak-teriak dan membuatkan suasana bertambah kalut. "Sesungguhnya beberapa orang Munafiq beranggapan bahawa Rasulallah saw telah wafat.. Sesungguhnya baginda tidak wafat!. Beliau tidak mati, beliau hanya pergi menghadap Rabb-Nya sebagaimana Musa as yang pergi dari kaumnya selama 40 hari, lalu kembali lagi kepada mereka setelah dikira mati. Demi Allah, Rasulallah saw pasti akan kembali. Maka tangan dan kaki siapapun yang mengatakan beliau telah meninggal dunia harus dipotong!"

Mata beliau berkaca merah. Pedang ditangan beliau dihayun. Pasti beliau sedih, dan emosi beliau merajai diri pada detik dan ketika itu. Dek kerana cinta yang teramat, beliau hampir hilang pertimbangan. Beliaulah Saidina Umar al-Khattab.

Tetapi di saat itu, hadirlah Abu Bakar menenangkan keadaan. "Duduklah duhai Umar" Dengan tenang beliau mengatur bicara, "Umar. "Barangsiapa menyembah Muhammad, maka sungguh Muhammad telah wafat. Tapi barangsiapa menyembah Allah,sesungguhnya Allah hidup kekal!" dan dengan tenang Abu Bakar membacakan bait-bait suci Al-Quran, 3:144

*****
Masya Allah. Di saat insan-insan lain merasakan bahawa baginda sedang menyampaikan mesej kemenangan, beliau berjaya menyingkap maksud disebaliknya. Dapat menyelami mesej disebalik "Its Ok", "Im Fine" (still struggling on that)

Understanding is really a big thing. Dengan taaruf sahaja belum mencukupi, ianya harus melangkaui tafahum itu sendiri. Dan Abu Bakar telah menunjukkan contoh yang terbaik.
Dan bagaimana di saat semua orang bersedih dengan pemergian baginda, S. Abu Bakar dapat menjadi orang yang paling tenang. Menyingkapi hikmah disebalik musibah. Masya Allah.

Untuk sampai ketahap itu, pasti ia memerlukan usaha yang panjang dan berterusan. Muayashah (hidup bersama) sekerap mungkin, setiap masa. Tapi membawa kita kepada Allah, mentarbiyah diri agar menjadi insan yang lebih baik lagi. Dan ukhwah itu harus didasarkan atas nikmat keimanan itu sendiri. dan sebagaimana besar pun kasih kita pada sahabat, pastinya tidak boleh melangkaui sayang kita kepada Allah swt, sebagaimana kata baginda,
“Andaikan aku boleh mengambil kekasih selain Rabbku, niscaya aku akan mengambil Abu Bakar sebagai Khaliilku. Tetapi ini adalah persaudaraan Islam dan kasih sayang. Semua pintu menuju ke masjid harus ditutup selain pintunya Abu Bakr”

No comments:

Post a Comment