Rasulallah saw telah menerima risalah ini diusia 40 tahun, 15 tahun selepas berumah tangga dengan Saiditina Khadijah. Allah telah menjaga baginda dengan sebaik-baik penjagaan dalam menerima risalah suci ini. Dada baginda telah dibelah dan dibasuh dengan air dari syurga, air zam-zam oleh Jibril as di zaman kanak-kanaknya. Baginda juga merupakan seorang yang berdikari. Bagaimana Allah mengajarkan bahawa sebaik-baik pergantungan itu adalah dari DIA, kasih sayang seorang ibu dan ayah ditarik sejak kecil lagi, berdikari dengan hasil titik peluh sendiri melalui pengembalaan kambing. Pembawa risalah suci juga hendaklah seorang mahir dalam skill bersosialnya. Bagaimana ingin meluaskan dan menyebarkan ad-deen jika sekiranya kita tidak pandai bergaul. Maka Allah izinkan baginda untuk belajar skill berniaga melalui bapa saudaranya, Abu Talib. Di sana beliau berkomunikasi dengan orang ramai, dan berhasil membawa keuntungan kepada perniagaan bapa saudara kesayangannya dengan sifat amanah baginda. Masya Allah. Didikan sejak kecil ini menyediakan baginda untuk menyebarkan islam yang kita kecapi hari ini:')
Bukan senang menjadi seorang penyampai. Untuk menjadi 'presenter' dihadapan kelas pun sudah cukup melemahkan segenap urat saraf saya. Biarlah setiap slide telah ada, daurah tentang kewajipan berdakwah pun dah berapa kali saya dengar, and kecantikan islam pun dah terpampang depan mata. Tapi rasa berat itu masih disitu. Saya masih tarik tali dalam melaksanakan tanggungjawab ni. "Agh x apa, orang lain kan ada. Diorang lagi hebat!" itu desis yang sering bermain dalam kotak hati saya. Mengambil jalan selamat untuk tidak menyampaikan. Sentiasa merasakan diri tidak layak utnuk menjadi orang yang menyampaikan, apatah lagi berkongsi ilmu yang sedikit, rasa yang tak banyak. Dulu saya sering menyatakan, saya nak buat sesuatu tu sebab saya betul2 cintakan hal itu. Saya tak nak melakukan sesuatu yang saya buat-buat, yang saya paksakan. Jika saya ingin berdakwah, biarlah ia datang dari hati saya. Jika saya ingin men'DF' biarlah kerana saya benar-benar ingin mengenali adik itu. Bukan menjadi satu lakonan plastik. SAYA SILAP. DAN SUNGGUH SAYA AMAT SILAP! :(
Mana mungkin rasa itu datang percuma. Bukan magic! dan Islam bukanlah agama magic, biarpun Allah melakukannya, tapi Allah menuntut usaha kita untuk menyebarkan agama ini, kemanisan iman dan islam. Bukanlah Ad-Deen itu akan tertegak dengan usaha kita, tapi ianya untuk kebaikan kita juga, agar menjadi bukti kita benar-benar sayangkan agama ini, menjadi saksi ketika kita berhadapan denganNYA.
Cuba kita singkap kembali detik Rasulallah saw menerima kunjungan jibril ketika sedang beruzlah di Gua Hira. Bila seorang 'direct seller' datang rumah pun kita cepat2 nak tutup pintu, pura2 xada orang dalam rumah. Inikan pula datang Jibril 'xberjemput' di ruangan sempit Gua Hira' itu, dan tidak semena2 Jibril mengatakan "Bacalah!" dan jawab baginda, "aku tidak tahu membaca" dan pelukan erat Jibril berikan, lantas mengatakan sekali lagi "Bacalah". Dan sekali lagi baginda mengulang jawapannya, "Aku tidak tahu membaca". Dan pelukan makin dieratkan. Nafas semakin sukar untuk dihela. Degupan jantung pastinya sudah semakin kencang. Wajah mungkintelah pucat keputihan. Sekali lagi Jibril mengeratkan pelukannya dan mengatakan dan
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan,
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. " [96:1-5]
dan itulah wahyu pertama yang diturunkan. Allah mengenalkan diriNYA Yang Maha Pemurah, Yang telah menciptakan kita dari segumpal darah. Dalam keterpaksaan baginda mengikuti bacaan Jibril perlahan-lahan. Ketakutan baginda memaksa baginda pulang dengan mengatakan kepada Siti Khadijah, "zammiluni, zammiluni (selimutkan aku, selimutkan aku) ". Ketakutan, kesejukan. Selang berapa lama selepas detik itu, datanglah wahyu yang seterusnya, Ya ayyuhal Muddathir, Qum Fa Anzir ...." suatu arahan baginda terima. Wahai orang berselimut, bangunlah dan berilah peringatan. Kalimah Kum menyatakan bahawa ianya merupakan suatu arahan. Dan dengan kalimah Fa, itu isyarat yang menyatakan bahawa baginda itidak boleh bertangguh. Sejurus selepas bangun dari berselimut, baginda harus terus memberi peringatan.
Allahu Akbar Allahu Akbar. adakah baginda menanti rasa cinta kepada kalimah itu barulah baginda ingin menyebutkan kalimah-kalimah itu? Adakah baginda menunggu hingga ditunjukkan bukti bahawa islam itu agama yang benar, barulah baginda bangun untuk menyampaikan mesej islam ini. Menyebarkan kepada seluruh kaum kerabat dan sahabat baginda bahawa Allah yang telah menciptakan kita, bahawa kita akan kembali kepadaNYA suatu hari nanti. Baginda tidak menunggu sebarang bukti2 tersebut dikemukakan, tapi Allah mengarahkan baginda untuk menyampaikan risalah ini. Masya Allah. Keimanan baginda kepada Allah, melebihi segalanya. Ini tentunya berkait rapat dengan soal keimanan, dan kemanisan iman kita.
Usah menunggu rasa cinta itu hadir. Kerana urusan MENCINTAI itu lebih pentig dari DIcintai. Kerana islam itu merupakan kata kerja yang menuntut pengorbanan, menuntut kita untuk mengerjakan bukan menanti magic rasa cinta itu dalam diri. CINTA dan CINTA, kita harus berusaha mencari cinta, mencari cinta untuk berdakwah, mencari cinta untuk beramal, mencari cinta untuk melakukan segala kebaikan. Insya Allah perlahan-lahan, dengan cinta rahmat dan kasih-sayangNYA, Allah akan mengurniakan rasa cinta itu kepada kita. Dan menguatkan lagi langkah kita dengan apa yang kita lakukan hari ini. Sebagaimana Rasulallah mula-mula menerima risalah dakwah ini juga bermula dengan paksaan. Bukan baginda pinta untuk menjadi Rasul, tapi Allah memilih sebaik-baik insan yang diberi nama MUHAMMAD SAW untuk menyampaikan amanah ini. Dan alhamdulillah, bertitik tolakkan paksaan ini, nikmat ini kita kecapi hari ini. Maka wajarkah kita untuk menanti masa untuk DICINTAI dahulu sedangkan baginda sebaik-baik insan juga bermula dengan MENCINTAI
Selawat dan salam buat baginda Rasulallah saw. :')
sungguh aku rindu. Doaku agar kita bisa bertemu dengan sebaik-baik pertemuan, dan engkau mengaku aku adalah sebahagian dari umatmu ya Rasullah:')
No comments:
Post a Comment