.::Barakah::.

"Aku telah hidup di bawah naungan al-quran dan di sana aku melihat jahhiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat cita2 penduduk2 dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja2 jahiliyah berbangga-bangga dengan imlu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kafahaman dan pemikiran kanak2, minat dan cita-cita kanak2 sama seperti pandangan seorang tua kepada mainanan kanak2, percubaan kanak2 dan keteloran lidah kanak2. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini. Mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?"

Berkat adalah perkara yang kita sebut, macam ~
"semoga Allah berkati masa"
"ambik air ustaz, biar berkat"
" salam tangan tok guru, ambil berkat orang alim"
etc etc etc

Tu semua in konteks orang Melayu, aka kita lah sebenarnya. Ana bukanlah orang yang tepat untuk membicarakan tentang hal ini, tapi sekadar berkongsi maklumat yang ana dapat, bilamana kami berdiskusi Muqaddimah Fil Zilal.

Dalam kata ringkas, berkat adalah, "buat sedikit tapi dapat banyak". Dalam konteks pelajar, kita sering mengatakan, "semoga diberkati masa".

Mari kita ambil contoh, pernah tak kita dok mengadap buku from 8am to 12am, but somehow tak tahu berapa banyak yang melekat. SOmetimes kena baca berulang kali, barulah dapat or faham. Berbeza dengan sahabat kita yang seorang lagi, macam xput effort banyak macam kita, tapi dengan spent masa sikit, die faham apa yang die baca and melekat.

Mungkin juga apa yang kita alami itu sebahagian dari ujian Allah kepada kita. Ingin menguji tahap kesabaran dan kesungguhan dalam urusan tersebut dan mengganjarkan pahala dari usaha yang kita letakkan. Dan seterusnya, dan yang paling utama, meletakkan tawakal dalam urusan tersebut kepada Allah. Dengan itu barulah hati akan lapang menerima segala keputusan dari apa yang kita usahakan. Bukankah tawakal itu urusan hati, dan bukan pada usaha kita semata.

Tapi mari kita lihat dalam skop yang berbeza. Ada barakah dalam usaha kita apabila dalam nilaian manusia, usaha kita tu apalah sangat (sedikit masa yang di spent, sedikit yang di telaah, etc). Tapi alhamdulillah, ada barakah disitu. Bila mana masa kita, banyak kita infaqan kepada dakwah dan tarbiyah, menziarah adik-adik, planat sana sini, qadhaya etc etc. Secara original mestilah kita risau kan, ishk assignment xbuat lagi, ada test xstudy lagi dan segala kerisauan normal seorang pelajar. Tapi saya ingatkan, jangan berasa selesa walaupun kita bz dalam DnT kita kurang belajar and kita will surely score. Sebab islam ini bukan agama yang magic. Allah akan melihat sejauh mana usaha kita. Jika kita all out DnT, maka untuk study pun kita all out jugak. Meletakkan priority dalam DnT dan pada masa yang sama tidak melupakan study. (OK kalau nak cakap topic ni, kita kena kupas IPK, insya Allah dalam topik ni kita akan kupas dengan lebih mendalam)

Saya suka kongsikan ayat cinta Allah dalam Surah Muhammad.
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7).
Jika kita menolong agama Allah maka Allah akan membantu mu. Berpeganglah dengan janji Allah yang pasti. Jika kita bz dengan DnT, jangan risau jangan runsing, insya Allah yakinlah pertolongan Allah pasti ada, dan dengan cara yang tersendiri. Habis usrah, daurah dan program kita, mohon Allah berkati majlis ilmu tersebut dan seterusnya, dengan baki masa dan tenaga kita, kita all out untuk study pulak. Moga Allah mudahkan urusan study kita pula. Dengan masa yang sedikit itu, Allah berkati dan berikan hasil yang terbaik.

Jika kita lihat umur Rasulallah saw sendiri, baginda hanya hidup selama 63 tahun. Malah mengenali islam, atau mendapat wahyu diusia 40 tahun. Tetapi kesan perjuangan baginda selama 23 tahun tersebut, masih kita rasakan hingga hari ini. Malah Hassan Al-Banna yang hanya dipinjamkan Allah kepada kita selama 43 tahun, tapi perjuangan beliau juga masih dapat kita lihat hingga hari ini. Insya Allah, ada barakahnya di situ, hingga Allah memanjangkan usaha mereka yang sebentar hingga kita ke hari ini dapat kita rasai, walau berpuluh puluh tahun telah berlalu, merentasi beribu batu jauhnya.

Malah bila kita hidup dibawah bayangan al-quran, dengan harta yang sedikit pun kita akan merasa cukup. Dengan masa rehat yang sedikit pun kita masih dapat merasakan ketenangan. Masya Allah indahnya hidup di bawah bayangan al-quran:)

Bila mana kita mengenali al-quran, mencintai Allah kembali, ia seolah membersihkan usia-usia kita yang seterusnya. Seolah-olah hidup kita yang sebelum ini tiada ertinya, kerana tidak membawa kita kepada Allah. Tapi bila mana kita mula bercinta kembali dengan al-quran, seolah-olah kita diberi nafas baru. melihat dunia dalam dimensi yang berbeza. Menjernihkan segala amal kita kembali, insya Allah. Bukankah hidup ini hanya bererti dengan neraca akhirat? Tanpanya, hidup berpaksikan kesukaan kita sahaja, tanpa garis panduan yang digariskan, mungkin segalanya akan sia-sia. Astaghfirullah. Moga Allah membersihkan segala amalan kita dan meluruskan niat kita kembali insya Allah.

Bukankah Allah menurut persangkaan hambaNYA. Maka sepatutnya kita bersangka baik kepadaNYA, berdoa dan berharap agar DIA memberkati segala urusan kita dalam apa jua sekalipun. Menerima amalan kita yang serba compang camping ini. Kerana Rahmat dan Kasih SayangNYA melebihi kemurkaanNYA. Insya Allah.

Dalam hadist Qudsi yang diriwayatkan oleh Syaikhani dan Turmidzi dari Abu Huraira r.a Allah mengatakan :
"Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari."

No comments:

Post a Comment