Usrah vs Halaqah?

Usrah vs Halaqah? Keluarga vs Bulatan?

Hmm sekarang ni terlalu banyak jenama usrah yang diperkenalkan. di TV 9 ada usrah, di sekolah2 kita ada usrah, di mana2 pun ada usrah. tapi betul ke yang kita buat tu 'usrah' sebenarnya? Ke halaqah semata? *garu-garu kepala*

Halaqah merupakan satu perkumpulan manusia atau lebih specific perkumpulan hati-hati yang inginkan cinta Allah, ingin mengenali Allah dengan lebih baik lagi. Biasanya kita akan duduk dan share apa2 berkaitan dengan Allah. Ada jugak yang akan baca dan belajar tajwid. Kita akan tadabur al-quran kareem, mengetahui kisah2 nabi dan para solihin, baca hadith2:)

Bukan ke sama jek dengan usrah?

Usrah pada asalnya diwujudkan oleh Imam Al-Banna untuk membaiki masalah umat pada ketika itu, yang dilihat jauh daripada Allah azzawajalla. pada 1924, sistem khalifah telah dilupuskan di zaman Turki Uthmaniyah. Nilai-nilai islam telah dicampur adukkan oleh nilai2 barat, menjadi sekular. Lama kelamaan, nilai islam semakin jauh dan anak2 muda pada ketika itu semakin jauh dari nilai islam yang sebenar. Imam Al-Banna merasakan musibah yang menimpa itu dan mula berfikir apa yang patut dilakukan? Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh Imam Al-Banna, termasuklah mengeluarkan risalah-risalah umum dan juga menghantar tentera ke Palestin untuk menghapuskan musuh2 islam ini. Tapi ini bukanlah suatu usaha yang muntij, kerana masalah ini tidak diatasi dari akar umbinya. Menyelesaikan masalah luaran, tidak akan mampu menyelesaikan masalah besar. Jadi Imam Al-Banna menubuhkan usrah untuk menghidupkan hati-hati agar kembali dekat kepada Allah. Agar nilai-nilai islam itu kembali tertegak.

Bukan semestinya hingga semua orang bukan islam masuk islam (tapi itu sebaiknya), sebaliknya hingga nilai-nilai islam itu diterima oleh segenap lapisan masyarkat. Hal ini boleh kita lihat di zaman Abassiyah, bila mana islam telah menjadi Ustaziyatul Alam. Bila mana seluruh isi dunia tunduk dengan kehebatan islam, dan menerima baik sistem islam, Ad-Deen itu tertegak di alam ini. Cuba kita lihat pada penggunaan jubah graduasi kita, kenapa ia diciptakan dengan ukuran besar? Seolah-olah gelebeh kan. Tapi sebenarnya, jubah itu mereka tiru gaya orang Arab sebab dizaman Abassiyah, Islam menjadi pusat peradaban, ilmuwan datang ke tanah arab untuk mempelajari ilmu-ilmu sains moden, ilmu falsafah. Baghdad menjadi tempat di mana ilmuwan berkumpul dan berkongsi idea, malah mereka mula meniru gaya kita, cara kita. Mereka mula merasakan memakai jubah itu merupakan satu simbol org yg educated, berbahasa arab itu sebagai org yg modern. Begitu juga kita hari ini memandang berbahasa inggeris dan bertuxedo sebagai sesuatu yang hebat. Kerana barat menjadi world order pada ketika ini.

Untuk kembali kepada detik itu, nilai-nilai islam perlu ditegakkan dalam diri setiap individu muslim terlebih dahulu. tidak guna mendirikan bangunan setinggi langit, sekiranya bangunan itu tidak membawa orang dengan Allah. Tidak guna pendidikan yang tinggi, sekiranya kita makin takabbur dengan nikmat kepandaian itu sendiri. Astaghfirullah. terkadang kita lupa bahawa setiap nikmat yang diberikan itu datang bersama tanggungjawab. Agar setiap nikmat itu membawa kita lebih dekat dengan Allah, agar setiap yang kita lalui membawa kita kepada cintaNYA maka kita perlukan tarbiyah. Di didik sedikit demi sedikit agar menjadi individu muslim yang hidup berorientasikan Allah. segala yang kita lakukan adalah demi Allah, Dzat yang menciptakan kita dari setitis air mani yang hina, malah mengangkat kita menjadi khalifah untuk menyampaikan risalah ini keseluruh alam.

Usrah adalah medium untuk menghidupkan hati kita. Merelakan diri untuk ditarbiyah. sedikit demi sedikit dan berterusan. Dalam elemen usrah juga ada unsur ukhwah. Yang menautkan hati antara murabbi dan mad'u, antara mad'u dan murabbi, dan antara mad'u dengan mad'u yang lain. Ia merupakan satu hubungan 3D dan bukan sehala, Selepas bertemu, kita akan rindu untuk bertemu lagi. Dan disitulah mahalnya harga sebuah usrah:) share link sahabat saya http://247-twentyfourseven.blogspot.com/2012/02/usrah.html

sebab usrah itu suatu keluarga, hati2 yang berkasih sayang, yang sama2 di bawah misi yang sama. untuk ditarbiyah dan mentarbiyah orang lain. Hanya dengan itu ad-deen ini akan tersebar ke seluruh alam. seolah-olah sekuntum bunga, jika ia berbau, ia bukanlah akan memendamkan bau wangi itu sendirian, bau itu secara fitrah akan tersebar ke seluruh alam. Memberi haruman kepada setiap orang yang lalu, yang berada disekitar kita.

Jadi,bulatan anda sekarang adakah usrah ataupn salah di jenamakan sebagai usrah?
*gulp*

2 comments:

  1. Assalamualaikum sister. Jazakillahu Khayr for sharing the ilm.

    ReplyDelete
  2. Masya Allah sekarang baru tahu. Makasih share ilmu bermanfaat

    ReplyDelete