Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar
Terlintas untuk buat post tentang my lil cimilre F1. Semalam kebetulan dua orang rakan saya bertanyakan tentang breastpump yang saya gunakan sekarang ni. Kini dah hampir 5 bulan saya gunakan cimilre F1 ni. Alhamdulillah, saya amat berpuas hati dengan breastpump mini ini.
Sebelum menggunakan F1, saya guna medela breastpump. Dan sejujurnya, saya memang dah jatuh cinta dengan medela pump ni. Suctionnya lembut dan tak menyakitkan. Bentuk yang compact dan mudah dibawa ini buat saya tambah jatuh hati lagi. Namun atas faktor masa, saya fikir single pump ni kurang applicable untuk saya. Saya hanya ada gap masa dari jam 2.30 - 3.30 ptg untuk pulang pam, solat dan makan. Dan kalau one side session is 30minit, so saya kena peruntukkan about sejam untuk pam both sides. Jadi, saya pun mula berkira-kira untuk cari double breast pump.
Antara faktor yang buat saya tertarik dengan cimilre F1 adalah
1. bentuknya yang compact dan ringan
2. Bunyi yang senyap
3. Double breast pum dengan scale massage (1-5), suction (1 - 10)
jadi kita boleh pilih kekuatan suction sendiri mengikut keselesaan masing-masing
4. Let down manual setting
kebanyakan breast pump di design dengan massage time 2 minit, namun untuk F1 kita boleh choose sendiri, so kalau by 1min massage dah ada let down, so kita boleh manual setting
5. Back-flow protector
This character adalah yang paling saya suka dan amat penting sebab kita tak nak susu yang dipam mengalir semula ke tube dan boleh akibatkan kulat. Jadi alhamdulillah, setakat ni susu tak pernah back-flow lagi.
6. Botol standard neck
Cimilre F1 boleh guna standard neck size botol. Ciri ni yang membezakan antara Spectra S9 dan CImilre F1 sebab kalau spectra S9 kena guna wide neck bottle untuk collect susu. Or if not kena invest untuk beli converter supaya boleh guna standard neck bottle. Kebanyakan storage bottle yang dijual adalah standard neck, so rugilah kalau nak guna pump collect dengan wide neck pastu kena transfer ke standard neck. Banyak botol kena basuh jadinya nanti.
6. Part untuk dibasuh yang sedikit
Tapi saya kira ciri ni sama dengan kebanyakan pam yang dijual sekarang
dan pam F1 yang saya beli ni didatangkan dengan macam 'freemie cup' tu. Tapi saya tak pernah pakai lagi setakat ni, so tak boleh nak komen. Tapi, salah satu sebab saya pilih F1 ni sebab harga RM700 tu include freemie cup. So berbaloi-baloi investment tu. Insya-Allah in the future saya cuba pakai hehe
Untuk diri sendiri dan ibu-ibu diluar sana, memang betul once dah start kerja memang sangat mencabar untuk luangkan masa mengepam. Tapi bak kata BFF saya, kena ingat susu yang kita pam ni adalah hadiah untuk anak kita. Maka kena usaha sebaik mungkin untuk anak kecil ni. Malah rezeki susu ini pun adalah dari Allah s.w.t. He created and make the best milk for our kids through us, MOMs, hence kita kena usaha untuk anak kita. Sebab rezeki untuk anak itu melalui kita. Maka kesian baby kita kalau kita tak cuba usaha sikit.
2 tips yang saya jumpa dari mana-mana buku penyusuan adalah
1. regular jadual pam
2. Pam hingga kosong - satu session ideal adalah 20-30 minit
Insya-Allah kita pakat-pakat betulkan niat dan berusaha
kerana ada ganjaran pahala Allah nak berikan disitu
So far macam mane yg penggunaan cimilre f1 ni? Compare dgn spectra s9+ cane plak ye? Tq
ReplyDeletesaya guna cimilre dan adik saya guna spectra, bagi saya suction keduanya hampir sama. Cuma kalau cimilre kita boleh adjust masa 'let go'. Pump lain kebanyakannya akan auto switch from massage to suction after 2 mins.
DeleteThen bentuk, if cimilre bentuknya comel tapak tangan, bulat.
Tapi ada yang memilih spectra sebab bentuknya rectangle dan lebih selesa dipegang.
:)
sis, hope dpt bantu n bg pendapat. baru ni sy pergi kedai pump on the go jenis cimilre f1 ni je yg sesuai. yg lain pilihan yg ada xsesuai suction kuat sgt. sakit. tapi saya sgt berminat nk guna medela double breast pumpt. tp xdek tester pulak. risau if beli suction kuat xsesuai. jadinya, saya inginkan pertolongan sis bg pendapat. rs suction cimilre dgn medela sama ke x? sy mmg akan cr double breast pump sbb kje. tq. hope dpt reply .
ReplyDeleteAfwan lambat reply sis, sejujurnya suction medela lebih lembut dan tak menyakitkan. kebanyakan orang selesa dengan suction medela, cuma harganya agak pricey, sebab tu ramai yang mencari alternatif lain seperti cimilre dan spectra.
Deletemedela suction lagi lembut n klo rase kuat kurangkan suction
ReplyDeleteHi sis, nk tanye berapa hari sis ambil masa untuk sesuai dgn F1 dan level berapa sis guna utk message n expression? Sy br beli f1, pam dlm 1jam dpt 2oz je, klu guna Medela bole dpt dlm 4oz. Tuka f1 sbb bunyi senyap compare Medela.
ReplyDeleteMcm mn skg sis ok dh dgn pam cimilre? Sy pn ade mslh yg sme
DeleteSaya nak tanya. Harap boleh reply awal sbb saya nk beli pam before masuk keje hujung bln 10 ni.boleh ke pam medela tapi guna cimilre handsfree?
ReplyDeleteApe yg beza dgn spectra 9+ ye?
ReplyDeleteAssalamualaikum sis, harap sis notice comment saya ni. Nak tanya sis kata boleh pakai botol standard neck, sis pakai storage botol brand apa ya? Saya tgok yg storage botol jual kt shopee mcm kecik sikit je neck dia
ReplyDelete