Showing posts with label manusia. Show all posts
Showing posts with label manusia. Show all posts

Happy Valentine 2012


Perkataan couple kini tidak asing lagi dikalangan anak muda masa kini. Terlalu normal hingga mereka yang dont have any dipandang sinis. Budaya ini telah meresap masuk perlahan-lahan melalui pelbagai cara.

Baik dari media visual, audio mahupun pembacaan. Rata-riti menunjukkan gambar dan tips-tips bagaimana mencari pasangan yang terbaik, bagaimana menegtahui pasangan anda, indahnya perasaan dilamun cinta dan sebagainya. Dan memandangkan yang dipamerkan indah, jadi kenapa kita tak cuba? so they thought. Tapi benarkah ini semua? Adakah betul senario yang kita lihat ini? Baik dari segi agama mahupun sosial masyarakat itu sendiri.
Pasangan yang dianjurkan dari segi agama adalah perkahwinan yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Manakala pertunangan menurut syarak pula adalah tempoh mengenali pasangan itu sendiri. Jadi secara jelas dari segi agama hal ini adalah salah. Di mana perlunya kita meletakkan komitmen dalam hal-hal yang tidak diperlukan?
Hal ini terlaalu common dalam masyarakat masa kini. Hingga mereka yang tidak mempunyai pasangan dianggap pelik. 'Kenapa ko tak cari lagi?', 'High demand sangat lah ko ni'. Saya akui, perasaan dimanjai dan diberi perhatian amat indah. Amat seronok apabila kita mengetahui apabila ada orang yang mengambil berat akan keadaan semasa kita. sakit kita, makan minum kita. Namun anda tidak rasakah bahawa ini adalah tipu daya syaitan belaka sebagaimana yan telah dia janjikan sejak zaman nabi adam lagi.
"Dan ingatlah ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, "Tidak ada yg dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh ak adalah penolongmu..."[Al-Anfal, 8:48]
Jadi mingkin 'couple' juga merupakan salah satu dari agendanya. membuatkan kita terhanyut dari mengingati yang Esa menjerumuskan kita ke lembah maksiat. Nauzubillah ya Allah.
Jika perhatian yang dicari, kenapa ia bukan dari ibu bapa kita sendiri, jika kasih sayang yang dimahukan, kena ia bukan dari adik beradik sendiri, jika mahu menunjukkan prihatin, kenapa tidak kepada sahabat handai, kenapa tidak disalurkan kepada yang memerlukan. Masih ramai yang memerlukan kasih sayang kita, masih ramai yang butuh perhatian dan belaian kita. Kenapa tidak disalurkan kepada yang hak semata. Bahkan dalam memberi sedekah juga kita dianjurkan untuk mendahulukan keluarga kita sendir, jadi apatah lagi kasih yang luhur itu.
Semoga ia hanya menjadi kisah lampau. Dan yakinlah akan janji Allah, dan Allah janji Allah itu adalah BENAR
"Perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)"[An0Nur,24:26]
Jadi jika usaha yang kita mahukan adalah tidak lain dan tidak bukan dengan menjadi perempuan yan baik. Bukannya menambahkan kenalan dalam mencari calon yang terbaik. Insya Allah ada yang tersedia buatmu Adam dan Hawa. "someone somewhere is made for you"[Dil to Pagal Hai"
Dan Allah akan permudahkan jalan jodohmu jika dia yang terbaik buatmu. Keep your stand firm, usah hanyut dalam pandangan masyarakat jika mereka mengatakan kamu pelik, kerana pandangan ALlah adalah yang UTAMA.
"Dan diantara tanda kebesaranNya ialah menciptakan pasangan2 untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sunggu pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda bagi kaum yang berfikir"[Ar-Rum,30:21]

Insya Allah ada Allah sediakan yang terbaik buat kita dihadapan sana. Dirisau jangan wahai sahabat. Wallahua'lam.
[repost entry blog 2009]

Celaru ku Keliru

Duhai diri, dan segalanya berbalik kepada diri sendiri kembali..perasan tak ada masanya kita memang rasa sangat yakin dengan sesuatu, tapi in the end Allah akan uji kita dengan outcome yang tidak kita inginkan. Kadang kala, kita terlalu mengharapkan sesuatu, tapi akhirnya mata gelap tak nampak.

Tapi ada juga sebaliknya. Ada kadangkala kita rasa xyakin dengan sesuatu, tapi Allah izinkan dapat result yang baik, dan ada kalanya kita sangat takut, tapi bila tiba detiknya ketenangan itu milik kita.

Benarlah kita hanya mampu merancang, tapi ketetapannya telah ada. "Dakwat telah kering dan pena pun telah diangkat". Natijahnya, kita tetap harus berusaha kerana siapa tahu apa kesudahan yang telah tertulis itu. Sering mendengar insan berkata, 'nak buat macam mana, ni dah takdir aku'..Emm betul ke? Emm 'a big question mark there.

Mendengarkan nada sedemikian, seolah-olah kita telah berputus asa dengan rahmat Allah, dan tidak meyakini bahawa apa yang tertulis itu adalah yang terbaik. Quran menyebutkan

"Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87).
Sudah fitrah manusia inginkan kesempurnaan, tapi hakikatnya kesempurnaan itu hanyalah milik Al-Khaliq. And He is the Best Planner, with no doubt!.

Tapi hati ini ada bolak baliknya. Meski sudah mengetahui hakikat itu, kadang kala kita masih sukar melapngkan dada seluas-luasnya dengan takdir itu. Apa masalah aku sebenarnya? Dah tahu, tapi kenapa susah sangat nak percaya?

Di sinilah terletaknya neraca iman kita. Memang teori itu gampang, tapi practicalnya, 'Masya Allah' sukar. Benar, dan memang x dinafikan! hakikat iman yang sebenar adalah ia pasti membuahkan amal. Seperti mana bunga yang berbau. Bau itu xdapat disembunyikan lagi, dan sedemikianlah fitrah amal sebenarnya. Hakikat iman yang sebenar akan menukar diri kita bukan 360 darjah, tapi 180 darjah; menukar cara kita berfikir, cara kita menilai sesuatu perkara itu. Terbit dari iman yang mengakar dalam hati, adalah buah amal yang terzahir dari setiap individu muslim.

"Siapakah yang lebih baik sibgahnya (celupan) dari Allah ? Kepada-Nyalah kami menyembah."

(Q.S Al Baqarah: 138)

Mungkin bila sukar berlapang dada, maka mungkin yang bermasalahnya adalah hati kita, yang tdak sempurnanya adalah keyakinan kita pada Ar-Razaq, pada Al-Khaliq. Tepuk dada tanya iman, adakah apa yang kita tahu itu sebenarnya kita fahami dengan mata hati?

"Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada [Al-Hajj 22: 46]"
Terjelepuk dengar ayat itu. Astaghfirullah. Then Adakah ilmu itu sudah berubah menjadi fikrah yang mengakar dalam hati kita?

Astaghfirullah, Astaghfirullah. Orang yang menulis ini pun masih banyak kekurangannya, masih banyak lompong yang perlu di isi, masih banyak jahiliyah yang perlu disingkirkan. Kerana tidak mungkin al-haq itu bercampur dengan Al-Hawa.

"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan jangan kamu mengikuti jejak langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kamu [ 2:208]"


Akhir kata, tepuk dada tanya iman? Apa khabar iman aku hari ini? Ianya juga berhak mendapat makanannya, seperti mana badan mendapat nutrisinya.

"Apakah belum datang waktunya bagi orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka berzikir (mengingati) Allah dan apa yang diturunkan daripada kebenaran. Dan janganlah mereka seperti orang yang diberi kitab sebelumnya, setelah berlalu masa yang panjang atas mereka hati mereka menjadi keras, dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik" [Al-Hadid 57:16]

Kesibukan Anda, Alternatif Anda


Kesibukan ku,
kesibukan mu,
masing-masing hanyut dengan urusan masing2..
tapi tak semua boleh terus tsabat dalam perkara yang dibuatnya,
tika perasaan jemu itu datang,
apa yang kita lakukan??

kita manusia, bukan robot,
punya rasa, punya jiwa,
bila kebosanan itu datang apa yang terlintas difikiran kita yerr?
shopping kah??movie kah??chit chating kah??
sukar mempunyai jawapan yang exact
kerna setiap dari kita punya personaliti yang tersendiri..

Tapi sedarilah duhai diri,
bila rasa itu mendatang,
pilihan itulah menentukan siapa kita sebenarnya,
pilihan itulah yang menentukan pada siapa kita mencari ketenangan itu,
jika movie pilihan kita, mungkin pergantungan kita belum sepenuhnya kepada Allah,
jika shopping itu mententeramkan, mungkin berjumpa denganNYA masih belum menjadi kesukaan kita,
bila menalifon ibu yang difikirkan, mungkin kita belum cukup mengadu kepada DIA,
Benarlah kata itu, iman itu yazid wa yankuz

Ya! aku jua pernah seperti itu,
munkin pada ketika ini, masih ada saki baki itu,
tapi aku tak ingin mengalah,
aku ingin bermujahadah,
mengingatinya tiap masa,
tiap detik,
memikirkanNYA ditiap jantung berdetak,
Sukar! Benar!!!
tapi itulah mujahadah,
kerana syurga itu mahal harganya

Tawakal

Sungguh tawakal itu sukar kerana ia merupakan urusan hati. Bagaimana merelakan setiap perkara yang berlaku dan meletakkan segala2nya semata-mata kerana Allah. Nabi telah memberitahu kita dalam sebuah hadith,
"70ribu orang dari umatku akan masuk syurga tanpa hisab dan azab". Sahabat bertanya, "Gambarkan sifat mereka kepada kami Ya Rasulallah." Rasulallah menjawab, "Mereka tidak memakai jimat, tidak menggunakan mantera, dan tidak melakukan tathayyur, serta kepada Tuhan mereka bertawakal"
[HR Bukhari dan Muslim]


Masya Allah. Bayangkan betapa indahnya jika kita menjadi sebahagian dari mereka. Terlepas dari suasana yang mengerikan di akhirat kelak. Betapa takutnya apabila dipanggil berdiri di hadapan Allah dan kita membaca catatan dosa-dosa kita, dosa demi dosa. Tapi di sana ada sebahagian kecil dari kita yang terlepas dari keadaan yang mengerikan itu. Ya ALlah jadikanlah kami sebahagian dari mereka, kerana kami tidak mahu dan tidak berdaya meskipun sekadar berimaginasi tentang itu.

Namun tawakkal itu benar2 sukar. Kadang2 mulut ringan mengatakan aku redha, tapi di hati masih meletakkan kesalahan dan berharap akan sesuatu yang lain. Kerana soalnya hati itu sungguh merupakan hal yang sulit. Jadi wajarlah jika mereka yang benar2 mampu bertwakal dengan sebenar2 tawakal itu diberi ganjaran hebat oleh Al-Khaliq.

Saya suka dengan analogi yang diberikan oleh penulis, Amru Khalid dalam bukunya 'Hati sebening Mutiara'. Tawakal boleh diibaratkan sebagai pasrahnya mayat dihadapan orang yang memandikannya. Perhatikanlah gambaran ini! Apakah kita tahu, apa yang dilakukan oleh orang yang memandikan mayat? Ia membolak-balik tubuh mayat itu seenaknya. Beitulah tawakal. Kita katakan pada Allah swt, "Ya Allah, lakukanlah semua yang KAU kehendaki, aku pasrah dengan seluruh keadaanku, aku ridha dengan apa yang Kau lakukan, aku bertawakal pada Mu, karena aku yakin Kau tidak akan menjurumuskanku menuju kemudharatan.

masya Allah. Tiada yang lain yang lebih berhak dari DIA yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi serta apa yang ada diantara keduanya. Kerana dialah yang memiliki segalanya, dan DIAlah yang memiliki nama Al-Wakil, yang tidak akan pernah menelantarkan kita dalam kejelekan. Ia tidak akan menghalangi satu rezeki pun dari manusia. Bila ia menghalangi, maka itu agar kita memikirkan hikmahnya-bahawa Allah akan membuka jalan rezeki dengan menutup jalan rezeki yang lain.

Lihat sahaja peristiwa kita sewaktu kecil. Renungkan janin di perut ibunya makan melaluitali pusat dengan jalan yang satu, iaitu plasenta. Ketika ia lahir, ia menangis kerana merasa kehilangan jalan yang ia biasa gunakan. Ia tidak tahu kalau dengan kasih sayangNYA Allah memberikan dua jalan padanya, iaitu melalui payudara ibu. Allah memberikan susu yan bersih lagi murni. Ketika genap usianya, si ibu akan menyapihnya dan bayi menangis lagi kerana merasa kehilangan kebiasaannya. Ia tidak tahu kalau Allah memberika rezeki yang banyak lagi dari daging dan sayuran dan minuman yang pelbagai. Dan seterusnya. Apabila satu jalan ditutup nescaya ada jalan lain yang terbentang luas untuk kita. Itulah Al-Wakil.

Mari kita renungkan firma Allah dalam surah Al-Imran:26-27
"Katakanlah, "Ya Allah, yang merajai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan melucutkan kerajaan daripada siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan Engkau menghinakan siapa yang Engkau mengkehendaki. Di tangan Engkau yang baik; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan."[Al-Imran 3:26-27]

Perhatikanlah besarnya kerajaan Allah, dan pengaturannya terhadap alam semesta ini hingga kita tahu betapa layaknya kita bertawakal kepadanya. Merelakan segala apa yang terjadi setiap detik dalam hidup kita. dan meletakkan segala keputusan dalam setiap langkah kita hanya di tanganNYA yang Maha Kuasa kera DIAlah yang bersifat Al-Wakil. Wallahua'lam

-editted from Amru Khalid, Hati sebening Mutiara-

Indahnya menjadi hambaNYA

Hamba? Indahkan menjadi hamba? Bagaimana dengan status ini kita harus berasa indah? Emm pelik benar bukan? Namun itulah hakikat hidup kita yang pendek ini, untuk menjadi hambaNYA.
Hal ini termaktub di dalam Al-Quran 51:56

ÙˆَÙ…َا Ø®َÙ„َÙ‚ْتُ الْجِÙ†َّ ÙˆَالْØ¥ِنسَ Ø¥ِÙ„َّا Ù„ِÙŠَعْبُدُونِ
I have only created Jinns and men, that they may serve Me.

Jika dilihat dari perkataan 'ibadah' itu sendiri berasal dari perkataan عْبُدُyang bermaksud 'hamba'. Oleh itu perkataan ibadah pula bermaksud, menjadi hamba atau dalam kamus indonesi menjadi budak kepada Allah.

Apa ertinya menjadi budak @ hamba sebenarnya? Jika kita lihat dari konteks manusia, seorang hamba itu menyerahkan segala tenaganya, usahanya, malah cintanya kepada si pemilik. Seorang hamba juga pasti takut melakukan kesilapan kerana sedar bakal dimarahi oleh si tuan. Malah dia juga pasti berhati-hati dalam segala tindak tanduk kerana tahu dirinya milik orang lain. Sedemikian juga halnya kita sebagai manusia. Segenap tindak tanduk kita akan berpusatkan kepada ALLAH Maha Pencipta.

Jika saya renungkan, ya Allah sukarnya menjadi hamba. Sebab segala milik kita sebenarnya bukan milik kita secara hakiki. Malah kita tak bebas melakukan apa sahaja yang kita suka. Woooo sukar tu. Nak pakai baju ketat pun tak boleh sebab Allah suruh jaga aurat, nak 'skodeng' laki hensem pun tak boleh sebab Allah suruh tundukkan pandangan. Nak shopping ikut suka pun tak boleh sebab orang yang tamak adalah rakan syaitan. Nak tengok movie pun tak boleh sebab akan dipersoalkan masa yang ada. Susahnya jadik hamba!! Apa yang bestnya??

Tapi kan......apa sangatlah nilai dunia yang dipinjamkan ini. Jom kita buat sikit kira-kira.
jika 2/10=0.2 kan, jom bahagi dengan nilai yang lebih besar 2/1000=0.002, makin kecilkan nilainya, jom kita bahagi dengan yang lebih besar lagi 2/ (10^1000)=nilainya akan mencecah angka kosong. Bayangkan pula usia kita di dunia, mari kita ambil anggaran umur 63tahun (umur rasulallah) dan dibahagi pula dengan tempoh di akhirat nanti which is never ending @ infinity. Therefore 63/(infinity)=0.

Jadi apa sangatlah nilai hidup kita di dunia ini. Hanyalah singkat dan amat kecil jika dibandingkan dengan keberadaaan kita di akhirat nanti. So kita kena sering ingatkan diri kita, 'tak apa, tak apa, hidup dunia ni sikit jek nanti akhirat baru dapat yang lebih best". dan ada pepatah yang mengatakan, "dunia ini adalah penjara bagi orang muslim".

Dan apa yang lebih best lagi adalah, tuan kita sangat dan amatlah baik sebab setiap apa yang kita buat akan di beri ganjaran. Malah sikit yang kita buat, berlipat ganda yang DIA akan bagi. Dengan syarat kita lakukan semata-mata keranaNYA. On top of that, tuan empunya diri kita ini akan mendengar setiap luahan kita, menjadi tempat pengaduan kita. Bukan garang macam majikan2 yang sering kita baca di koran/ akhbar tempatan. DIA akan sentiasa ada di situ untuk mendengar dan membantu kita.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah al-Baqarah, 2: 186)



Wallahua'lam.

Burung dalam sangkar yang terbuka

Hari ni sedang tengok video yang cantik gambarnya, dan mata saya terus tertarik dengan lakaran langit tersebut. Lantas minda terkenang akan satu analogi yang pernah abah berikan. Tentang seekor burung dan sangkar yang terbuka.
Jika seekor burung yang tinggal di dalam sangkar, namun open caged. Tapi open caged ni lain sikit, bukan pinu dia yang terbuka, tapi bahagian atas sangkar itu yang terbuka sedangkan semua pintu atau horizontally 360degree nye masih tertutup. Apa yang menariknya, burung itu masih tidak akan terbang mencari kebebasan. dan dia masih akan berada dalam sangkar itu.


Kenapa agaknya? saya pun tak pasti, tapi perbandingan itu berkait rapat dengan saya dan mungkin kita semua.
Kita sebagai manusia sering kali dilanda masalah bukan, ada masanya masalah itu berat hingga rasa tak daya kita mencari jalan keluarnya. Sama seperti burung dalam sangkar itu, dia dalam masalah dan tiada pintu keluar. Tapi dia tak sedar bahawa pintu atas itu sentiasa terbuka. Jika dia tak sedari, maka dia akan terus terperangkap. Manusia juga seperti itu, jka kita tak sedar bahawa rahmat Allah itu tidak pernah putus, dan Allah sentiasa ada di atas sana, maka mohonlah padaNya. Insya Allah akan jalan keluarnya dan burung itu bila menyedarinya akan terus terbang lari kawasan yang terperangkap itu.

Kisah si sperma dan ovum

Teringat zaman menyertai kem motivasi di sekolah dulu. Kita serin diingatkan akan kehebatan diri, dan betapa bertuahnya kita dilahirkan dalam pertandingan sperma-sperma mengejar suatu ovem. Ternganga-nganga setiap yang menyertai kem tersebut. Ya kita memang hebat, dan natijahnya tertulis sejak dari alam rahim lagi. Berkobar-kobar semangat setiap pelajar untuk terus mengorak langkah kejayaan dalam SPM pula.
Apabila kita mengetahui akan hakikat kejadian manusia, rasa syukur setinggi-tingginya dipajatkan kepada pencipta. Alhamdulillah aku dilahirkan ke dunia ini, berserta rezeki yang telah siap sedia tertulis. Namun, teringat akan sepotong ayat dari filem spiderman, "With a great power, come great responsibility". Thinking about it, YUP that is absolutely true. Hidup ini bukan percuma. Dengan kemenangan besar si sperma itu menerobosi dinding ovum itu menandakan besar jualah tanggungjawab kita didunia ini.Menjadi khalifah dan pada masa yang sama melaksanakan ibadah semata-mata keranaNYA bukan tugas yang mudah.

Namun, disebalik kejayaan dan keunggulan kita diciptakan sebagai insan yang sempurna tubuh badan dan sihat akal fikiranyya, kita lupa ada hikmah yang besar tersembunyi disebalik kejadian manusia itu. Disebalik kehebatan kita terselit nota kehinaan yang besar buat kita fikirkan. Allah sering bersumpah dalam ayat-ayat NYA, di antaranya adalah
Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)? (QS. 75:36)
Bukankah dia dahulu dari setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), (QS. 75:37)

kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya, (QS. 75:38)
Hakikatnya kita terlupa bahawa kita hanya bermula dari setetes mani yang ditumpahkan ke dalam rahim si ibu. Setetes mani yang jika jatuh ke tanah dipatuk ayam tidak dan disudu itik juga tidak. Permulaan kita adalah dari suatu material yang hina dan akan kekal hina jika tidak Allah yang mengangkat darjat kita ke tempat yang mulia dan menyempurnakan kejadian kita. Maka terciptalah seorang insan bergelar manusia. Dengan kasih sayangNYA kita diberi peluang hidup didunia ini, merasakan pahit manis kehidupan. Bermula dari setetes air yang hina kita terus-terusan diberikan nikmat olehNYA, merasai kasih sayangNyA melalui kehadiran insan-insan yang tercinta, menghirup udara percuma, dan yang paling utama dipilihNYA menerima nikmat iman dan islam. Alhamdulillah, segalanya bermula dari hakikat diri yang hina namun dengan rahmat dan kasih sayangNYA yangtak bertepi kita dikurniakan hidup yang indah.
Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni'mat Allah, tidaklah kamu dapat menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni'mat Allah). (QS. 14:34)
Teringat saya pada satu cerita hindi yang pernah saya tonton. Kalau xsilap lakonan amir khan dan kajol, tapi saya lupa tajuknya. Salah satu watak Lelaki itu dah jadi permanantly bongkok dek kerna sering bongkok dihadapan tuannya. Mungkin itulah salah satu sikap kita dihadapan tuan, merasa kehinaan akan buat kita tunduk. Namun bukanlah bermaksud kita perlu menjadi the hunchback sebagai tanda menjadi hambanya. Namun tunduk sujudlah dihadapanNYA sebagai tanda syukur diberi nikmat yang teramat banyaknya itu, Wallahua'lam
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu ni'mat yang banyak. (QS. 108:1)
Maka dirikanlah shalat karena Rabbmu; dan berkorbanlah (QS. 108:2)

Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus (QS. 108:3)

Are we developed into a calculator

I want to write something, but have no idea what I should write. emmm emmm emmme mmm emmm emmmm
what about being a calculator in higher education?
What is the difference of learning from primary school to secondary school and now at higher education? What are the difference that you can think of? Sometimes ot feels the same, doesnt ot, but maybe now the syllabus are now more in detail and the question set are tougher than before. What else?
For me, the huge difference that I could trace is WE MUST KNOW WHAT WE ARE DOING. The syllabus aren't set for you only to have the formula right on front of your eyes without knowing anything. Now you have to know where and how it is derived. We spend hours of proving theories, and how the theory exist. Sometimes I wonder, do we have to know since we would only use the already given formula in the sheet rather than showing how on earth came from. But I figured it out that it is an elementary school of thinking, isnt it? Why do we have tolearn things that are only covered in exam? Meaning that we only study for the sake of passing the course only.
I always regret if I cant answer thing that I already learn. But it is kind of normal now. If that happen, I knew that I didnt understand it by heart. But at least, if I looked at the book, and I could reflect something, I am satisfied enough. I dont to be a CALCULATOR afterwards. That is not what I want to be. And I am sure you feel the same.

A dollar = An innocent life