Tapi ada juga sebaliknya. Ada kadangkala kita rasa xyakin dengan sesuatu, tapi Allah izinkan dapat result yang baik, dan ada kalanya kita sangat takut, tapi bila tiba detiknya ketenangan itu milik kita.
Benarlah kita hanya mampu merancang, tapi ketetapannya telah ada. "Dakwat telah kering dan pena pun telah diangkat". Natijahnya, kita tetap harus berusaha kerana siapa tahu apa kesudahan yang telah tertulis itu. Sering mendengar insan berkata, 'nak buat macam mana, ni dah takdir aku'..Emm betul ke? Emm 'a big question mark there.
Mendengarkan nada sedemikian, seolah-olah kita telah berputus asa dengan rahmat Allah, dan tidak meyakini bahawa apa yang tertulis itu adalah yang terbaik. Quran menyebutkan
"Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87).
Sudah fitrah manusia inginkan kesempurnaan, tapi hakikatnya kesempurnaan itu hanyalah milik Al-Khaliq. And He is the Best Planner, with no doubt!.Tapi hati ini ada bolak baliknya. Meski sudah mengetahui hakikat itu, kadang kala kita masih sukar melapngkan dada seluas-luasnya dengan takdir itu. Apa masalah aku sebenarnya? Dah tahu, tapi kenapa susah sangat nak percaya?
Di sinilah terletaknya neraca iman kita. Memang teori itu gampang, tapi practicalnya, 'Masya Allah' sukar. Benar, dan memang x dinafikan! hakikat iman yang sebenar adalah ia pasti membuahkan amal. Seperti mana bunga yang berbau. Bau itu xdapat disembunyikan lagi, dan sedemikianlah fitrah amal sebenarnya. Hakikat iman yang sebenar akan menukar diri kita bukan 360 darjah, tapi 180 darjah; menukar cara kita berfikir, cara kita menilai sesuatu perkara itu. Terbit dari iman yang mengakar dalam hati, adalah buah amal yang terzahir dari setiap individu muslim.
"Siapakah yang lebih baik sibgahnya (celupan) dari Allah ? Kepada-Nyalah kami menyembah."
(Q.S Al Baqarah: 138)
Mungkin bila sukar berlapang dada, maka mungkin yang bermasalahnya adalah hati kita, yang tdak sempurnanya adalah keyakinan kita pada Ar-Razaq, pada Al-Khaliq. Tepuk dada tanya iman, adakah apa yang kita tahu itu sebenarnya kita fahami dengan mata hati?
"Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada [Al-Hajj 22: 46]"
Terjelepuk dengar ayat itu. Astaghfirullah. Then Adakah ilmu itu sudah berubah menjadi fikrah yang mengakar dalam hati kita?Astaghfirullah, Astaghfirullah. Orang yang menulis ini pun masih banyak kekurangannya, masih banyak lompong yang perlu di isi, masih banyak jahiliyah yang perlu disingkirkan. Kerana tidak mungkin al-haq itu bercampur dengan Al-Hawa.
"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan jangan kamu mengikuti jejak langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kamu [ 2:208]"
Akhir kata, tepuk dada tanya iman? Apa khabar iman aku hari ini? Ianya juga berhak mendapat makanannya, seperti mana badan mendapat nutrisinya.
"Apakah belum datang waktunya bagi orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka berzikir (mengingati) Allah dan apa yang diturunkan daripada kebenaran. Dan janganlah mereka seperti orang yang diberi kitab sebelumnya, setelah berlalu masa yang panjang atas mereka hati mereka menjadi keras, dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik" [Al-Hadid 57:16]
No comments:
Post a Comment