Hakikatnya dari dulu saya mencari erti manisnya sebuah ukhwah. Apa yang membezakannya dengan sebuah persahabatan biasa? Apa yang sangat special? tahun demi tahun, alhamdulillah tahun ini Allah izinkan saya merasai secebis manisnya ukhwah itu. Pelbagai cara Allah tunjukkan, satu persatu yang membuatkan saya rasa 'flattered' dengan kasih sayang ini. *Ouch susah sebenarnya nak saya mengaku macam ni* tapi ini hakikatnya. Seperti seorang teman saya katakan, jangan pernah jemu memberi, kerana erti hidup pada memberi. dan sedikit demi sedikit saya cuba menyelami frasa itu. Tapi apa yang bestnya ukhwah, mungkin tak akan saya share sekarang, just a bit reflection of what we did this evening:)Sepetang ini saya sort of 'hang out' dengan insan2 istimewa. Memang membahagiakan bila melihat senyuman mereka, mendengar gelak tawa mereka, dan mengabadikan setiap ekspresi unik mereka (sekarang saya dah senyum2 teringat muka sorang2 huhu). And one of the thing we did was, enjoying our snow ice. It looks great at first; with all the garnishing; strawberry ice cream terletak elok ditengah dan dihiasi pula dengan whipped cream dan icing sugar, pastu ada pula snow ice yang sangat amat lembut dihiaskan dengan strawberry syrup, chocolate syrup etc etc. But since tunggu waffle yang lambat siap, snow ice melted. Dah jadi macam bukit yang hampir ranap. Tapi kan, bila makan the taste remain (maybe not 100% though); and anda masih akan tersenyum bila memakannya. huhu. maybe saya bias sebab saya mm suka ice cream:)
I was thinking, adakah ukhwah seperti ice cream itu? Selalu digambarkan dengan perkara2 yang indah, ukhwah itu best sebab kita akan berpesan2, ukhwah itu best sbb we will always be there for each other dan sebagainya. Tapi hakikatnya, keindahan itu kita tak akan hargai selagi kita tak merasainya sendiri. Ruang untuk bersahabat itu pasti telah disediakan Allah, kawan ada jek disekeliling kita, tapi jika kita tak hargainya, x cherish mereka, lama kelamaan ia akan cair, pudar. Hati mereka mungkin akan pudar juga. Lama kelamaan people around will notice that something is wrong with the ukhwah, and if you leave it lama2 ia akan cair lagik dan jika terlalu lama, mungkin akan kehabisan masa untuk merasai manisnya sebuah persahabatan itu. Tapi hakikatnya kan, no matter how kita rasa ukhwah sesama kita teruk, or hati kita susah nak terima kawan kita, percayalah bahawa sentiasa ada ruang untuk memperbaikinya. Ukhwah itu masih boleh diselamatkan, masih boleh dirasai manisnya. Macam snow ice tuh, nampak jek dah tak menarik, dah cair, tapi bila makan still sedap jek. As long as kita cepat bertindak dengan syaratnya. Manisnya ukhwah itu insya Allah tetap sama, dengan izinnya. Kerana DIA yang memegang hati2 kita. Seandainya kita infaqkan seluruh harta kita pun pasti kita tak dapat memikat hati manusia [8:63] Merujuk kepada snow ice tadik, walaupun dah hampir ranap, tapi bila kita sama-sama makan, sama-sama 'menyuap' each other, kita akan lupa dengan hakikat ianya sedang mencair. Terbuai dengan manisnya ukhwah itu. ~Wallahua'lam~
Hakikatnya, ukhwah itu indah. Dan akan bertambah indah jika kita sama2 memperbaikinya, kerana Allah ingin melihat sejauh mana kita ingin berusaha untuk menghadapinya. Seperti juga kisah Maryam ketika melahirkan Musa. Hakikatnya Allah boleh menjatuhkan buah kurma itu ke riba Maryam di saat dia sakit melahirkan, tapi Allah mewahyukan agar dia menggoncangkan pohon kurma itu; meski kita tahu akar pohon kurma sangat kuat. Jadi apa sangatlah kudrat seorang wanita yang sedang sarat untuk menggocangkan pohon itu untuk mendapatkan beberapa biji kurma tinggi di atas. Tapi itulah hakikatnya, usaha itu yang Allah akan nilai, usaha itu yang akan dikira. Jadi berusahalah dalam apa jua yang kita lakukan. Hatta seberapa susah sekali pun.
Ukhwah itu untuk kita rasai. Bukan sekadar baca dalam buku menjadi ilmu semata-mata. Carilah peluang untuk merasai manisnya ukhwah itu. Jangan biarkan ianya cair dan rasailah manisnya bersama-sama.
Tiba-tiba teringat sebuah hadith yang amat sangat best mengenai ukhwah, 'Hadith super saiya'
“ Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah.”. Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?”. Rasulullah menjawab.” Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka adalah di atas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih. Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “ Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.”(10:62) ( Hadith Riwayat Ahmed)
.::Cintailah Allah, nescaya kamu akan dicintai manusia::.
No comments:
Post a Comment