Ibadah dan Khalifah

tujuan hidup manusia itu ada dua, iaitu sebagai khalifah di muka bumi dan juga untuk beribadat kepada Allah. sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". [2:30]

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [51:56]

telah jelas dan nyata, Allah menciptakan seseorang manusia itu untuk menjadi khalifahNya di bumi. apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'khalifah' itu? pemimpin? benar! tapi pemimpin kepada siapa? memimpin untuk apa? hurmm.

sesungguhnya, khalifah yang dimaksudkan di sini harus paling tidak bertanggungjawab memimpin dirinya dan umat manusia yang lain, untuk beribadah kepada Allah. kenapa harus 'memimpin' orang lain untuk beribadah sedangkan Allah telah tetapkan mereka sebegitu?

dan kenapa harus diciptakan khalifah dari kalangan manusia? sedangkan manusia itu sendiri memang sejak azalinya dikatakan akan melakukan kerosakan di muka bumi ini? layakkah untuk memimpin? haishh.

tapi kan, cuba kita lihat sekeliling. specifically, library. dalam library tu, tiap-tiap buku ada 'coding' tersendiri; denotes which rak would they belong. people come and go, pick up any books they want to read and once done, main letak ja merata.

and there are librarians, yang tugasnya adalah untuk put those books back in their places. they do the same routine each day. wonder, kenapa kena ada mereka sedangkan buku-buku tadi dah ada pun 'coding', so boleh ja letak balik tempat asal?

berbalik kepada kes khalifah dan ibadah. library itu adalah alam ini, 'coding' buku tu ibarat garis pandu dalam beribadat yang sudah Allah tetapkan, librarian itu adalah khalifah, dan readers itu umat manusia.

ada manusia yang mencampur adukkan buku-buku tersebut, tapi selepas itu akan ada manusia lain yang akan meperbetulkannya. akan ada manusia yang melanggar rules beribadat, jadi haruslah ada manusia untuk memperbetulkannya. dan manusia itu adalah KHALIFAH.

nampak tak apa yang cuba disampaikan? things are hardly explained by writings, you know. so, maaflah kalau gambaran sebenar tak sampai. itu kelemahan aku dalam menulis. huhu.

apa-apa pun, please take note of those two tujuan hidup. sebagai khalifah dan untuk beribadah kepada Allah. and setiap manusia adalah khalifah okay! bukan PM or raja or sultan semata-mata. each and every one of us tau! :)

jzkk: sharing:)

No comments:

Post a Comment