Indahnya menjadi orang beriman,
kerana kita tahu semua yang terjadi adalah yang terbaik kepada diri kita,
Indahnya menjadi orang beriman,
kerana kita tahu segala yang terjadi itu telah tersurat di luh mahfuz,
dan perkataan kalau itu memang tidak pernah wujud bagi kita,
tanda syukur dipanjatkan padaNYA atas apa yang telah terjadi
Indahnya menjadi orang beriman,
apabila kita sekecil2 hal itu bisa membuatkan kita gembira,
apabila setiap detik yang berlalu kita gunakan untuk mengingati DIA,
apabila setiap apa yang kita lihat menjadikan kita insan yang lebih bererti
dan setiap kata yang terkeluar adalah kata-kataNYA
Alangkah indahnya hidup dalam naungan iman,
apabila kesakitan yang kita rasai adalah tanda ingatan DIA buat kita,
apabila kesakitan yang kita fikirkan negatif itu hakikatnya tanda kasihNYA pada kita,
apabila kesakitan itu membawa kita lebih dekat kepada sang Pencipta,
malah lebih hebat lagi, si DIA janjikan keampunan buat kita
Masya Allah, siapakah Pencinta yang lebih hebat dari DIA?
Alangkah indahnya hidup sebagai hambaNYA,
tiada satu saat pun yang kita pantas kesalkan,
tiada satu peristiwa pun yang akan kita padamkan dari kehidupan yang lampau,
tiada satu pun detik yang akan kita ragui manfaatnya buat kita,
kerana DIAlah cinta yang teragung,
kerana DIAlah pencipta kita,
kerana tanda kasihNYAlah wujudnya kita hari ini
seorang insan yang diberi nama si polan dan si polan
yang jika tidak keranaNYA kita hanyalah setetes air mani yang tidak bernilai,
seorang insan yang tidak punya apa-apa, miskin, hina dina
Alhamdulillah dipilih olehNYA untuk merasai segala perasaan ini,
Alhamdulillah dipilih olehNYA untuk menilai kehidupan ini dari dimensi yang berbeza,
Alhamdulillah dipilih olehNYA untuk berada pada detik ini, di ketika ini
sebagai Nurul Fatihah Mohd Razali
berserta masa silamnya
berserta masa kini kerniaanNYA
dan masa hadapan yang masih kucari bagaimana penghujungnya
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
.::ya Muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala deenik, wa'ala to'aatik::.
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
teguhkan hati kami di atas agama-Mu

No comments:
Post a Comment