Tawakal Nabi Musa

diriwayatkan, Nabi Musa as. mengalami sakit gigi, lalu mengadukan hal itu kepada Allah.Maka Allah swt memerintahkan: “Ambillah rumput orang itu dan letakkan pada gigimu!” Lalu Musa a.s pun berbuat demikian, dengan izinNYA, sakit giginya pun sembuh.Beberapa hari kemudian, sakit giginya datang lagi. Lalu, Musa a.s pun mengambil rumput yang sebagaimana pernah dilakukan sebelum ini dan meletakkan pada giginya. Namun, tak berhasil. malah, sakit giginya bertambah teruk dari biasa. lantas Musa a.s pun mengadu kepada Allah swt. “ Wahai Tuhanku, bukankan Engkau mengarahkan aku untuk berbuat demikian tetapi mengapa ianya tidak melegakan aku?”Allah swt menjawab: “Wahai Musa, Akulah yang menyembuhkan dan Akulah yang menyihatkan. Aku yang memberi bencana dan Akulah yang memberi manfaat. Kali pertama kamu datang kepadaKu dan mengharapkan pertolongan Aku, lalu Aku sembuhkan sakit kamu. Sekarang engkau menuju kepada rumput dan tidak menuju kepada-Ku.”
(rujukan : “Nuruzh-Zhalâm” karya Syekh Nawawi Banten)

rasa macam ditampar-tampar apabila membaca kisah ini...*dushdush*
sejenak beristighfar, istighfar, dan istighfar.moga menhapus kesilapan masa lalu..seringkali kita rasakan oleh kerana kita lakukan hal ini, makan hal ini akan berlaku..contoh tipikal di musim peperiksaaan,


"kalau aku belajar from 8am-12am, aku mesti excel exam kali ini. sebab last time aku buat strategi macam tulah ak score.."
"Kalau aku belajar dengar walkman or tengok citer mesti aku tak tidur"
"Kalau aku makan ubat ni, esok sihat kot"

astaghfirullah, sedar atau tak sedar kita telah meletakkan kerana usaha kitalah kita berjaya. Namun disebalik kejayaan itu, merupakan sebuah nikmat dari DIA, memberi kita secebis kebahagiaan dalam mengecapi kejayaan itu. Jadi, hakikatnya jika kita meletakkan kerana usaha kita kita berjaya, samalah juga alnya kita dengan Qarun yang hidup sezaman dengan Nabi Musa pernah berkata, dan hal ini termaktub abadi dalam surah Al-Qasas, 28:78 yg bermaksud


"Dia (Qarun) berkata, "Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku". Tidakkah dia tahu bahawa Allah telah membinasakan umat2 sebelumnya yg lebih kuat daripadanya, ...."[28:78]


Waiyazubillah. Lindungilah hamba ya Allah dari kata-kata sedemikian, dari lintasan hati sedemikian rupa, kerana aku tidak mahu ianya menjadi kemurkaanmu buatku. Hanya dengan rahmat dan kasih sayangMUlah segala apa yang aku miliki hari ini dan apa yang bakal aku miliki kelak. Aku serahkan urusan ku padaMu, kerana Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buatku. Kerana aku hanya sekadar mampu berusaha, dan hasilnya aku serahkan buatmu, kerana Engkaulah Yang Maha Adildalam Penghisaban, ameen.

sedar tak sdar juga, kita pada hakikatnya tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok, maka seharusnya kita menyatakan "Insya Allah dalam segala ucapan kita, kerana kita sendiri tak pasti masih akan diberi peluang atau tidak untuk berada di saat itu. Di sini saya teringat ayat terakhir dari S.Luqman


"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."[31:34]

Luruskan niat dan kembali belajar, Yuk:)

No comments:

Post a Comment