Effective Muslim

Suatu saat, setelah Rasulullah SAW selesai mengerjakan shalat dzuhur, beliau bertanya kepada para sahabatnya, “Siapa di antara kalian yang berpuasa pada hari ini ?”

Semua orang terdiam kecuali Abu Bakar yang menjawab,
“ Saya, wahai Rasulullah.”
Rasul bertanya lagi,
“ Siapakah yang telah bersedekah kepada kaum papa pada hari ini ?” Lagi-lagi tidak ada yang menjawab selain Abu Bakar,
“Saya, wahai Rasulullah.”
Untuk yang ketiga kalinya, Rasul bertanya,
“Siapakah yang telah menjenguk orang sakit hari ini ?”
Tidak ada yang menjawab selain Abu Bakar,
“Saya, wahai Rasulullah.”
Rasul bertanya lagi,
“ Siapakah yang telah mengantarkan jenazah pada hari ini ?” Abu bakar menjawab,
“ Saya, wahai Rasulullah.”
Rasul bertanya kembali,
“Siapakah yang telah mendamaikan dua orang yang berselisih pada hari ini ?” Abu Bakar menyahut,
“ Saya, wahai Rasulullah.”

Sejurus kemudian Rasul SAW bersabda,
“ Tidaklah seorang mukmin mengerjakan satu kebaikan di antara perbuatan tersebut kecuali satu pintu dari pintu-pintu surga kelak akan berseru di hari kiamat “ Mari masuklah ke sini.”

Abu Bakar bertanya,
“ Bagaimana jika seseorang itu mengerjakan semuanya ?”
Rasul menjawab,
“ Sesungguhnya di antara sebagaian umatku ada yang dipanggil oleh pintu-pintu surga yang ada secara bersamaan dan engkau adalah orang yang pertama kali yang dipanggil, wahai Abu Bakar. ”

Menjadi seseorang sebagaimana Abu Bakar bukan perkara mudah. Segala tanggungjawab kepada Allah dan insan sekeliling telah dia penuhi. Bayangkan dalam masa beberapa jam sahaja selepas subuh, dia telah melakukan hampir semua 'kunci-kunci' ke syurga. Dalam beberapa jam itu juga, dia telah memenuhi haknya kepada orang lain dalam ziarahnya, sedekahnya, dan mendamaikan 2 pihak yang bersengketa. Subhanallah. Jom jadi proactive, mulakan harimu dengan senyuman dan teruslah melangkah ke hadapan:)

No comments:

Post a Comment