bagaimana jika sayang kita kepada seseorang atau sesuatu membuatkan priority kita berubah?
contohnya: kita teramat sayang kepada sahabat kita, tapi perasaan sayang itu membuatkan cinta kita kepadaNYA berbolak balik. hmm macam mana nak diterangkan dalam perkataan? not to say berbolakbalik, tapi seolah2 macam kalau kita couple tuh kita main kayu tia. Macam tu kot.
sayang kita pada dia, menyebabkan solat kita sedikit terjejas. Pernah saya dengar dari seorang sahabat, kadang2 bila handphone kita vibrate pun kita dah terfikir si dia message. Hmm bukan kah itu 'kacau'? instead of focussing on Allah sahaja, fikiran kita dah bercampur kejap. Solat yang sepatutnya hanya diperuntukkan untuk mengingati DIA, Allah yang Maha Esa sahaja, tapi ingatan kita dah tercampur dengan yang lain; makhluk.
Sedikit sebanyak, saya rasa hal ini mengganggu. Dalam mengejar cinta Allah, cinta manusia boleh dijadikan sebagai alat sahaja; bukan matlamat kita. Sayang kita kepada dia sepatutnya didasarkan kepada Allah, bukanlah nafsu kita untuk menyayangi semata. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Apabila hal ini berlaku, saya rasa ada kepentingan untuk kita bermuhasabah. Ada perlunya kita menilai kembali hati kita. Sihatkah tak hati kita ini? Benarkah kita kata sayang itu kerana Allah?
Teringat sepotong ayat Quran yang menyebutkan
Istighfar ku sambung lagi. Sedangkan jatuh tangga pun dah mengadu kesakitan, ini apa pula jatuh dan disambur burung. Macam jatuh KLCC dan mungkin 'Innalillah...' Nauzubillah, saya xnak macam tu!!
Dan pada masa yang sama, dalam hadith 42 (Imam Nawawi),
Dari Anas radhiallahu 'anhu, ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Allah ta’ala telah berfirman : “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam, walaupun dosamu sampai setinggi langit, bila engkau mohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam, jika engkau menemui Aku dengan membawa dosa sebanyak isi bumi, tetapi engkau tiada menyekutukan sesuatu dengan Aku, niscaya Aku datang kepadamu dengan (memberi) ampunan sepenuh bumi pula”.
(HR. Tirmidzi, Hadits hasan shahih)
(HR. Tirmidzi, Hadits hasan shahih)
Hebatnya pengampunan Allah. Sampai ketahap dosa sebanyak isi bumi pun DIA akan ampunkan, tapi hanya dengan syarat, kita tidak menyukutukan DIA dengan apa pun. Menyukutukan selalu kita andaikan menyembah berhala, atau menyembah patung atau agama lain mungkin. Tapi jika dilihat, menyukutukan itu maksudnya menduakan. Jadi jika dilihat dari konteks yang lebih dekat, perasaan kita, priority kita sepatutnya hanya kepada Allah semata-mata. Tidak boleh yang lain. Dalam surah An-Nahl, Allah menerangkan erti ikhlas umpama susu yang tidak bercampur
Jika ada yang lain pun, itu hanyalah alat untuk menuju kepada DIA. Itu sahaja. Tidak boleh menduakan. Kerana itulah segala sandaran kita, niat kita, sandarkan kepada DIA. Kerana kita milik DIA. Sayang kita kepada yang lain pun, sandarkan kerana DIA menyuruh kita saling menyayangi. Rindu kita kepada family pun sandarkan kerana mereka adalah insan2 yang Allah pinjamkan kepada kita. Concern kita kepada belajar pun tidak boleh sampai melanggar masa untuk kita ingat pada DIA. Belajar kita boleh dijadikan alat untuk menaikkan nama islam contohnya. Segalanya bergantung kepada niat kita. Dengan niat yang tulus insya Allah, amalan kita diterima, tidak sia-sia.
~Wallahua'lam~
"Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih(khalasa) antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya." [16:66]
Susu yang murni itu tempatnya di dalam perut yang bersebelahan dengan tempat yang kotor. Tapi sedikit pun susu itu tidak bercampur rasa, malah bau dengan tahi dan darah itu. Dan secara specific Allah menggunakan perkataan khalas (ikhlas) untuk menjelaskan erti ikhlas itu. Ikhlas itu umpama susu yang niatnya tidak bercampur dengan hal lain sedikit pun, biarpun keadaan sekeliling kita tercemar tapi niat kita haruslah semata-mata kerana Allah dan tidak boleh disandarkan kerana makhluk yang lain. (Wallahua'lam)Jika ada yang lain pun, itu hanyalah alat untuk menuju kepada DIA. Itu sahaja. Tidak boleh menduakan. Kerana itulah segala sandaran kita, niat kita, sandarkan kepada DIA. Kerana kita milik DIA. Sayang kita kepada yang lain pun, sandarkan kerana DIA menyuruh kita saling menyayangi. Rindu kita kepada family pun sandarkan kerana mereka adalah insan2 yang Allah pinjamkan kepada kita. Concern kita kepada belajar pun tidak boleh sampai melanggar masa untuk kita ingat pada DIA. Belajar kita boleh dijadikan alat untuk menaikkan nama islam contohnya. Segalanya bergantung kepada niat kita. Dengan niat yang tulus insya Allah, amalan kita diterima, tidak sia-sia.
~Wallahua'lam~
Sucikan hati, hiasi peribadi, kerana perjalanan kita masih jauh
No comments:
Post a Comment