Saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.7kg pada jam 1.44pagi hampir 2 bulan yang lalu di Dewan Bersalin Muslimah, Batu Caves. Di sini saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman saya di DBM.
Pengalaman saya di DBM merupakan satu pengalaman yang indah. Saya sempat membaca beberapa entry blogger yang lain dan hati saya terpaut. Antara faktor utama saya memilih DBM adalah doktor dan kakitangan perempuan semuanya, kos yang rendah, lokasi dekat dengan rumah.
Doktor dan kakitangan
Di DBM, saya dirawat oleh Doktor Laily. Melalui pembacaan, ramai yang memuji kelembutan beliau. Dan saya menyokong 100%. Beliau merupakan seorang doktor yang sangat lemah lembut bicaranya dan sangat berhikmah. Saya masih ingat semasa di scan, beliau sukar mengesahkan jantina baby, dan beliau terkumat-kamit membacakan sebaris doa untuk memudahkan urusan. Sejuk hati saya mendengarnya. Sebelum pulang pula, Dr Laily mengajarkan saya sebaris doa dari surah abasa (78),
Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);
Doktor ingatkan saya untuk mula membaca doa ini selepas minggu ke 36 bagi memudahkan proses kelahiran. So ibu2 pun boleh amalkan, insya Allah berkesan :)
Selain doktor, kakitangan DBM juga sangat baik dan membantu. Ingat lagi sokongan seorang nurse berikan sewaktu melahirkan, rasanya kalau tak dengar suara bersemangat dia, mahu blur juga saya dibuatnya :)
Pagi pertama tu pun nurse yang mandikan baby, lega saya heee
KOS
Jika anda memilih untuk melahirkan di DBM, sebolehnya anda menjalani 2 check-up biasa. Tapi kalau tak berkesempatan or nak jimat belanja, ok jek kalau tak buat check up pon. Check up biasa kosnya berpatutan, about RM60+. Namun, kalau nak scan yang canggih2 tu tak disediakan di sini.
Mengenai kos deliver pula, pada bulan mac 2016, kos untuk bersalin normal adalah RM1900. Harga ini termasuklah kos penginapan 2H1M, makan, dan semua kemudahan seperti bersalin seperti biasa (suntikan baby, bius semasa jahit, etc). Bayaran ini sangat berpatutan dan rendah dari pusat bersalin lain yang saya survey. Kebanyakan tempat, bayaran yang dikenakan untuk bersalin normal adalah RM2500+.
BILIK DAN KEMUDAHAN
Di sini, saya dapat satu bilik dilengkapi toilet yang ada hot shower di dalamnya. Bilik yang selesa walaupun nampak agak lama. Tapi yang lebih penting adalah waktu melawat yang fleksibel. Walau tertera waktu melawat bermula jam 10 pagi, namun staf2 fleksibel and boleh bertoleransi. So kawan baik saya dan adik2 saya masih dapat melawat tho belum pukul 10 lagi :)
bilik pun agak luas dan toto dsediakan bagi yang nak menunggu. Di sekitar DBM pun ada kedai makan n speedmart99 kalau nak cari makanan n barang2 keperluan.
KESIMPULAN
saya agak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan di DBM. Dan saya rekemen kepada mana2 yang mencari untuk experience labor di sini. Tak sibuk dan akan dilayan dengan sebaiknya insya Allah.Terus terang saya katakan, saya sangat terpikat dengan DBM atas faktor doktornya. Ketika menjahit luka, dan ketika proses melahirkan dan menyambut baby, beliau sangat tenang dan sentiasa mengingatkan kita kepada pencipta. Alhamdulillah.
Selepas melahirakan Hannah di sana, saya turut mendapatkan khidmat untuk sunnat bayi dengan dr lalily juga. Disamping mengendalikan bayi dengan lemah lembut, beliau menerangkan hikmah bersunat kepada ibu bapa dan pada masa yang sama memberikan doa kepada kita untuk diamalkan. Its great kan :)
Moga bermanfaat
Moga bermanfaat
Assalam sis.
ReplyDeletethnks sis info berguna susah nk cari review terkini DBM nie... info sis bagi buat saya bertukar fikiran plak untuk deliver disini.
Alhamdulillah :)
DeleteMoga selamat semuanya sis
saya pun pernah brsalin di sini pada 2013 dengan Dr. Laili. Mmg layanan yg sgt baik. Tp masa tu pakej sekali ngan sunat bby just RM1700++ je. Sekarang dh naik la ckit.
ReplyDeleteBetul sis, saya sangat suka dengan layanan doktor Laily. Maksudnya dalam 3 tahun ni baru naik dalam RM300 lah kan. Saya pun sunat hannah di situ juga. Sangat tenang dan lembut doktor handle baby. Kalau tak silap charge dalam RM50 gitu
Deletehusband blh masuk labour room tak?
ReplyDeletebilik single ke share?
afwan atas kelewatan,
Deletehusband boleh masuk. and kalau husband tiada atau tak sempat sampai, ibu pun boleh temankan mommy.
Bilik single, and muat kalau husband nak tdo sana juga. cuma kena ada toto :)
Wife Sy bersalin d DBM permatang pauh. Tenang d sana, Sy ada d sisi isteri spnjg proses kelahiran. Doktor Rosnah yg menyambut bayi. Kalimah dan ayat suci x lekang dr bibir doktor n nurse2. Keluar aja baby, terus disambut dgn alunan zikir dr misi2. Alhamdulillah
ReplyDeleteSalam... Maaf bertanya... Kos berapa ye
DeleteDBM batu caves bersalin normal dari rm2400..br lps check out 2 hari lps
DeleteNak tanye kos besalin skrang berapa yee ?
DeleteCeaser ada x di situ?n tau x kosnya?
ReplyDeleteAlhamdulillah.. menariknya DBM ni kan... walaupun saya di shah alam... mcm terasa kalau ada rezeki nak bersalin di sini... tahniah n tq kepada yang sharing..
ReplyDeleteboleh sent rate price skrg tk ?? wife sya nk bersalin disana
ReplyDeleteSaya nak tnyr kos untuk caeser
ReplyDeletebetmatik
ReplyDeletekralbet
betpark
tipobet
slot siteleri
kibris bahis siteleri
poker siteleri
bonus veren siteler
mobil ödeme bahis
NMN6
canlı sex hattı
ReplyDeleteheets
https://cfimi.com/
salt likit
salt likit
YKNP30
güngören
ReplyDeleteistanbul
fatih
adana
avcılar</a
STDRM
شركة مكافحة النمل الابيض بالخبر Gqunq3oroU
ReplyDelete