Begins with the end in mind π Hidup, harapnya bukan sekadar hidup π
Kerana aku benar-benar inginkannya
Being Understanding just like Abu Bakar
Dalam sebuah persahabatan sebuah persefahaman lah yang paling utama. Kadang-kadang aku berfikir juga, sejauh mana persahabatan itu patut hadir? **hmm garu-garu kepala**Tawakal Nabi Musa
(rujukan : “Nuruzh-ZhalΓ’m” karya Syekh Nawawi Banten)
rasa macam ditampar-tampar apabila membaca kisah ini...*dushdush*
sejenak beristighfar, istighfar, dan istighfar.moga menhapus kesilapan masa lalu..seringkali kita rasakan oleh kerana kita lakukan hal ini, makan hal ini akan berlaku..contoh tipikal di musim peperiksaaan,
"kalau aku belajar from 8am-12am, aku mesti excel exam kali ini. sebab last time aku buat strategi macam tulah ak score.."
"Kalau aku belajar dengar walkman or tengok citer mesti aku tak tidur"
"Kalau aku makan ubat ni, esok sihat kot"
astaghfirullah, sedar atau tak sedar kita telah meletakkan kerana usaha kitalah kita berjaya. Namun disebalik kejayaan itu, merupakan sebuah nikmat dari DIA, memberi kita secebis kebahagiaan dalam mengecapi kejayaan itu. Jadi, hakikatnya jika kita meletakkan kerana usaha kita kita berjaya, samalah juga alnya kita dengan Qarun yang hidup sezaman dengan Nabi Musa pernah berkata, dan hal ini termaktub abadi dalam surah Al-Qasas, 28:78 yg bermaksud
sedar tak sdar juga, kita pada hakikatnya tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok, maka seharusnya kita menyatakan "Insya Allah dalam segala ucapan kita, kerana kita sendiri tak pasti masih akan diberi peluang atau tidak untuk berada di saat itu. Di sini saya teringat ayat terakhir dari S.Luqman
Luruskan niat dan kembali belajar, Yuk:)
Effective Muslim
Semua orang terdiam kecuali Abu Bakar yang menjawab,
“ Saya, wahai Rasulullah.”
Rasul bertanya lagi,
“ Siapakah yang telah bersedekah kepada kaum papa pada hari ini ?” Lagi-lagi tidak ada yang menjawab selain Abu Bakar,
“Saya, wahai Rasulullah.”
Untuk yang ketiga kalinya, Rasul bertanya,
“Siapakah yang telah menjenguk orang sakit hari ini ?”
Tidak ada yang menjawab selain Abu Bakar,
“Saya, wahai Rasulullah.”
Rasul bertanya lagi,
“ Siapakah yang telah mengantarkan jenazah pada hari ini ?” Abu bakar menjawab,
“ Saya, wahai Rasulullah.”
Rasul bertanya kembali,
“Siapakah yang telah mendamaikan dua orang yang berselisih pada hari ini ?” Abu Bakar menyahut,
“ Saya, wahai Rasulullah.”
Sejurus kemudian Rasul SAW bersabda,
“ Tidaklah seorang mukmin mengerjakan satu kebaikan di antara perbuatan tersebut kecuali satu pintu dari pintu-pintu surga kelak akan berseru di hari kiamat “ Mari masuklah ke sini.”
Abu Bakar bertanya,
“ Bagaimana jika seseorang itu mengerjakan semuanya ?”
Rasul menjawab,
“ Sesungguhnya di antara sebagaian umatku ada yang dipanggil oleh pintu-pintu surga yang ada secara bersamaan dan engkau adalah orang yang pertama kali yang dipanggil, wahai Abu Bakar. ”
Menjadi seseorang sebagaimana Abu Bakar bukan perkara mudah. Segala tanggungjawab kepada Allah dan insan sekeliling telah dia penuhi. Bayangkan dalam masa beberapa jam sahaja selepas subuh, dia telah melakukan hampir semua 'kunci-kunci' ke syurga. Dalam beberapa jam itu juga, dia telah memenuhi haknya kepada orang lain dalam ziarahnya, sedekahnya, dan mendamaikan 2 pihak yang bersengketa. Subhanallah. Jom jadi proactive, mulakan harimu dengan senyuman dan teruslah melangkah ke hadapan:)
Kisah tawakal Nabi Musa
Menyoroti kisah Nabi Musa a.s sendiri kita dapat pelajari pelbagai perkara.
Di masa kecil baginda belum mengerti makna tawakal yang sesungguhnya.
Ke-2 kali, ketika ia mulai melatih tawakal ia menghadapi 30,000 penyihir yang menimbulkan rasa takut di hati Musa.
Kemudian lihat apa yang terjadi
Kali ini rasa takut menhinggap diri Musa as setelah ia melatih tawakal. maka ia hanya takut dan tidak sampai lari -seperti sebelumnya-.
Dan apabila kali ketiga, Nabi Musa sudah menjadi seorang Mutawakil
Jadi proses tawakal itu berhasil selepas peringkat demi peringkat. Jadi jangan risau jika kita gagal kali pertama, dan kali kedua pun gagal juga..kerana itulah realiti kehidupan. bukan segalanya akan digapai dengan mudah. Namun apa yang pasti, apabila tiba masanya insya Allah kita akan berjaya. asalkan kita berusaha.Sesungguhnya tawakal itu urusan hati, dan tidak berkait dengan anggota badan. Anggota badan kita -kaki, tangan atau lisan - harus bekerja keras seolah tidak ada tawakal. Sedangkan hati kita tidak ambil kisah keberadaan anggota badan itu, sehingga tidak akan memikirkan hukum sebab akibat dan hanya terkait dengan Allah sahaja.
Apabila kita berjaya menanamkan tawakal di hati, tiada apa yang perlu kita runsingkan, kerana Allah pasti tidak akan menzalimi hambaNYA. Cuma DIA mahu menguji sejauh mana tahap keimanan kita.
Wallahua'lam
GEMILANG

Gemilang is a great drama directed by a famous person who established great works. It was seen through the high rating given by the viewers across nation wide in 'Nur Kasih' and 'Cinta'. His work is a great piece of art. And now he come back with a new drama which I strongly believe would be another hit; 'GEMILANG'.Today the 3rd episode was aired on 9pm slot on Monday. Now the viewers shall have the remote control in the hand as tv9 also offer a great drama 'Dia Bukan Maryam' played by famous star like Fahrin Ahmad, Lisdawati and Eja which almost the same time slot but started 30 minutes earlier. But both of the drama take a different theme where Dia Bukan maryam offer a typical love and friendship theme while on the other hand Gemilang bring on the 'perjuangan anak muda meninkatkan martabat pendidikan di kalangan masyarakat berlatar belakangkan zaman 1970-an.
WOW! That should be interesting I guess. Normally this type of story can only be read through books or heard from our grandparent and if we are lucky from our own parent experience. I just can't wait to see how Khabit Bhatia potrayed the scenario. Especially after his success in Nur Kasih which become a hit or may I say a phenomena.
He is a great man!! And I want to be a marvelous person just like he did. I strongly believe to be great person we need a strong reason, or in other words an inspiration.
For example, Lah; the lead actor in Gemilang played by Shahz jazle had a pitiful childhood experience. After his mom died, he had to take the responsibility as a mother to the other 4 younger brother and sister. It was a hard moment for him as a 11 years old boy. Even though he love study, he decide to quit to cook, wash dishes, work at the rubber plantation and help his father to collect the coconut and the most important job is to look after his siblings. All of that now become his daily routine. But he never complained. He tried his best to be a great mom just like his mom did.
But all of this means nothing anymore when his father make a decision that change their whole life. After some time, his father adopted all his children after thinking of their own future. Except Lah, the eldest son who decide to stay by his side and took care of him. It was a difficult moment for him. The house which used to be crowded now become spacious enough for him and his father. Not long after that, his father left him. He is now alone. Nowhere else to go, his dearest teacher adopted him and with his help he continue study and pass with flying colors in MCE. later he proceed to UM and graduated.
What's next? That is a big question. How he want to serve the nation? How to change people mentality that 'otak mereka setakat tulah'. How he want to inspire them to learn? And on top of that he dont want others to have the same fate like he did. And his other mission is to look after his precious brothers. Agh I just cant wait to know the rest of the story. Hopefully this would be another drama I love after Nur Kasih.
Burung Kenek-Kenek
Hinggap di atas dahan
Pesan datuk nenek,
Sujudlah pada tuhan.
Burung kenek-kenek,
Hinggap di atas pagar,
Pesan datuk nenek,
Rajin-rajinlah belajar.
Burung kenek-kenek,
Hinggap tepi perigi,
Pesan datuk nenek,
Bangnlah pagi-pagi.
Burung kenek-kenek,
Higgap di pohon kelapa,
Pesan datuk nenek,
Patuh ibu bapa.
Wagh! hebat sungguh orang tua2 kita, mereka menggunakan segala method yang ada termasuklah pantun untuk menasihati kita; generasi yang masih muda ini..Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah unsur2 pantun yang diterapkan seperti ketuhanan, dan good attitude. Seperti yang terdapat dalam rangkap pertama, atuk nenek dah berpesan lama dah, bahawa kita sebagai insan ini kena patuh kepada Allah dalam apa sahaja yang kita ketahui. maksudnya, agama Islam ini telah tersebar lama di Tanah Melayu ini.
Pelbagai teori yang menyatakan asal usul agama Islam di Malaysia seperti dari pedagang China dan India, Perkahwinan campur dan l
ain2. Mungkin ramai diantara kita yang dah belajar dari mata pelajaran sejarah di sekolah. Rata-rata mengatakan bahawa mereka datang berdagang ke Melaka dan sementara menunggu angin monsun reda, mereka akan tinggal di Melaka dan pada masa yang sama ada yang tertarik dengan anak gadis melayu dan melangsungkan perkahwinan. Namun saya percaya, bahawa tujuan mereka datang ke sini dengan tujuan yang lebih besar lagi, membawa mesej suci agama Islam. Bukanlah semata-mata berdagang.Jadi tujuan mereka sebenarnya adalah menyebarkan agama Islam menggunakan perdagangan sebagai alat. Hal ini diperakui oleh fakta2 namun tidak kita pelajari di sekolah. Oleh sebab itulah kita dapat lihat terapan bahasa Arab dalam bahasa Melayu kita hari ini. Bahasa Melayu pada asalnya tidaklah kaya dengan vocabulary, namun setelah menerima terapan bahasa Arab, BM menjadi kaya dengan pelbagai istilah seperti nasihat, sabar, kitab, dan ilmu. Tanpa perkataan2 ini bagaimana mungkin kita menjelaskan sesetengah hal dengan terperinci. Begitu juga dengan huruf jawi yang kita pelajari di sekolah. Orang2 Arab yang datang ke tanah air, telah menmbahkan beberapa huruf tambahan walaupun huruf2 tersebut tidak digunakan di dalam al-Quran untuk membantu orang melayu mengeja beberapa perkataan. Jadi mereka tambahkan huruf 'cha', 'nga', 'pa', dan 'ga' agar perkataan seperti pagar dan cawan dapat dieja dalam bahasa jawi. Subhanallah. Jadi bagaimana mungkin mereka datang untuk berdagang semata-mata. Masa yang ada juga mereka gunakan untuk berdakwah kepada rakyat setempat. Oleh sebab itulah kita dapat lihat dari sejarah Melaka akan kisah sultan Alauddin Riayat Shah menyamar sebagai rakyat biasa di malam hari untuk menjaga keamanan rakyat seperti mana yang telah dilakukan oleh Khalifah agung Umar r.a Masya Allah.
Alhamdulillah alhamdulillah saya amat berbangga untuk menjadi sebahagian dari warisan agama ini. Terpilih olehNYA menjadi sebahagian dari penganut agama suci ini. Tanpa mereka, tidak mungkin saya dapat 'menyaksikan' agama luhur ini. Mereka telah menunaikan tanggungjawab SH mereka, sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 143 "Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia." [2:143]
dan mendengarkan ayat ke 140 membuatkan saya tertanya-tanya adakah saya sebahagian dari mereka? "......Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan. [2:140]
Semoga kita mencontohi mereka yang terdahulu, mereka yang bersusah payah menyebarkan islam hingga kita menjadi saksi akan kewujudan mereka, bagaimana pula dengan kita? Siapa yang akan menjadi saksi bahawa kita telah menyebarkan agama ini? Wallahua'lam
Before I fall asleep
When the clock strike 11.30 my eyes automatically get sleepy. Maybe my body just get use to it, trying to put a stop to what I am doing. Closing all the books that I am working at and arranging it neatly at the corner of my desk, I hope to continue the unfinished business tomorrow, insya Allah.
Apa saat paling getir kita ya??
Jika ditanya, apakah saat paling getir yang pernah anda lewati? Pasti aku tercengang dan otakku terpaksa bekerja keras untuk mencari jawapan. ALhamdulillah hinga kini jalan hidup ku sentiasa dibantu olehNya; mengirimkan orang-oran yan sentiasa mengasihiku. Dan mungkin aku tidak mampu memberi jawapan yang terbaik. Apa sangatlah saat getir ku jika dibandingkan dengan insan yang jauh lebih berat ujiannya. Apatah lagi jika dibandingkan dengan diri baginda Rasulallah saw.
Pada tahun ke-10 kenabian di bulan Syawal, Baginda keluar ke Thaif bersama Zayd b Harithah yang jarak perjalanannya 60 batu. Apabila tiba di sana, bainda menemui 3 beradik dan menyeru mereka kepada agama Allah serta membantu aama Islam. Namuan seruan baginda ditolak mentah-mentah. Baginda tinggal di Thaif selama 10 hari dan dalam masa yang pendek itu baginda telah menemui semua kenamaan dan mengajak mereka kepada Islam. Tetapai mereka mengusir baginda. Malah mereka menghasut orang-orang bodoh supaya menyerang Nabi saw. Justeru semasa bainda hendak keluar baginda dimaki hamun dan akhirnya orang ramai berkumpul dan membentuk 2 barisan. Malah apa yang lebih menyayat hati adalah apabila mereka membaling batu ke arah tumit baginda sehina kasut bainda dibasahi darah. Zayd b Harithat cuba melindungi Bainda dengan menjadikan dirinya sebagai sasaran, hina berdarah kepalanya. Begitulah mereka meneruskan hinggalah mereka keluar 3 batu dan berteduh di sebuah kebun milik adik beradik anak lelaki rabi'ah.
Al-Bukhariy meriwayatkan secara terperinci kisah baginda ketika di Thaif-dengan sanadnya-daripada Urwah bin Al-Zubayr, bahawa Aisya ra menceritakan kepadanya: Kata AIsyah ra kepada NAbi saw: "Pernahkah kamu melalui satu hari yang lebih dasyat dari hari Peperangan Uhud?" Jawab baginda: "Aku pernah mengalami daripada kaummu apa yan aku alami, dan yang paling hebat pernah aku alami ialah semasa di al-A'qabah, iaitu ketika aku menawarkan diriku kepada Ibn 'Abd Yalil bin A'bd Kallal (dia adalah orang yang Rasulallah temui selepas tiba di Thaif untuk menyampaikan ajaran suci ini) Dia tidak menyahut ajakanku. Lalu aku pun beredar denan penuh kesedihan. Sedar-sedar aku sudah berada di Qarn al-Tha'lib. Lalu aku angkat kepalaku, dan tiba-tiba aku lihat seumpal awan yang menaungik. AKu perhatikan lai, tiba-tiba aku melihat Jibril, lantas dia menyeruku "Sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata kaummu terhadapmu serta tindak balas mereka terhadapmu. Dan ALlah mengutuskan kepadamu malaikat bukit supaya engkau arahkan dia apa yang engkau mahu lakukan terhadap mereka. Lalu malaikat bukit itu menyeruku serta memberi salam kepadaku, seraya berkata "Hai Muhammad, apa yan kamu mahu, kalau kamu mahu aku hempaskan ke atas mereka al-Akhshabayn nescaya aku lakukan (itu adalah dua buah bukit di Mekah iaitu bukit Abu Qubays dan bukit yang bertentangan dengannya iaitu Qa'ayqa'an) Nabi saw menjawab: "Maka aku mengharapkan agar Allah mengeluarkan dari sulbi mereka orang-orang yang menyembah Allah semata-mata tanpa mensyirikka-Nya dengan sesuatu"
Masya Allah besarnya hati baginda. Hingga dilakukan sebiitu rupa, baginda masih bisa berlapang dada dan mendoakan perkara yang baik kepada orang yang menyerangnya. Malah baginda tidak serik dan berputus asa dalam menyampaikan dakwahnya. Sungguh beliau lah sebaik-baik insan, kekasih Allah.Jadi apalah sangat dengan diri kita yang hanya dibenci dan kurang disenani oleh sedikit orang? Apalah layak kita menyakitinya semula? Dan apalah sangat cubaan yan kita terima hingga kita sanggup berputus asa? Bukankah baginda sebaik-baik suri teladan dan sebaik-baik contoh. Bila ditimpa kesusahan, ingat ada mereka yang lebih teruk lagi dari kita, apabila motivasi itu berada dalam diri, insya Allah kita akan menjadi insan yang sering bersyukur dan sentiasa mampu untuk melihat kedepan, Insya Allah
Seorang yang suci hatinya
Pada hari ketiga Rasulallah saw mengulani apa yang dicakapkannya itu. Maka Abdullah b Umar ra pun pergi bersamanya hendak melihat amal ibadahnya. Setelah diteliti dan dia perhatikan, dia tidak melihat lelaki tersebut melakukan puasa sunat ataupun melakukan qiyamullai.
Maka Abdullah bin Umar ra merasa hairan, diapun bertanya kepadanya: "Apa sebenarnya yan anda lakukan? Kerana saya mendengar Rasulallah saw bersabda: "Nanti daripada pintu ini akan muncul seorang lelaki yang termasuk penghuni syurga kepada kalian", sebanyak 3 kali dalam 3 hari berturut-turut dan orang itu adalah anda"
Maka dia menjawab: "Beginilah ibadahku, beginilah puasaku, beginilah qiyamullaiku, akan tetapi, saya memperhatikan anda ini selalu menanyaiku terus. Demi Allah sesungguhnya pada setiap malam, ketika saya tidur, di dalam hatiku tidak terdapat perasaan dengki, benci, dan penkhianatan kepada salah seoran pun daripada kaum muslimin"
[Ahmad, Kitab Majma' Az Zawaid]
Firaun Laut Merah dan Mumia
Sejak kecil lagi kita mendengar kisah Firaun kan. dan apa yang biasa kita bicarakan adalah mengenai kehebatan tamadun Mesir yang sejak beribu tahun lampau mampu mengawet tubuh manusia dan dipamerkan dari generasi ke generasi akan datang. Tapi kita lupa untuk mengamati kisah disebalik itu sendiri. Saya sendiri sentiasa 'blown by' that kind of fact. 'Pandainya mereka' terpahat di minda. Bahkan, ada yang mengatakan roti pertama dibuat juga adalah dari masa Firau, namun saya tidak pasti akan kesahihannya. Ini dapat dikaitkan dengan kisah ibu Nabi Musa terpaksa menyorok bayi lelakinya di dalam 'oven' ekoran gesaan Firaun untuk membunuh siapa sahaja bayi lelaki di negara itu rentetan dari mimpi ngeri yang beliau alami.
Berbalik kepada kisah Firaun tadi. Firaun merupakan gelaran bagi raja atau ketua negara di sana. Sebagaimana kita dengan gelaran Sultan. Nabi Musa diutusakan untuk menyeru Firau dan masyarak Mesir untuk kembali menyembah ALLAH yang Maha Esa. Namun Firaun yang sombong malah mengaku dirinya sebagai tuhan, keras-kerasan menoloak ajakan Nabi Musa a.s. Dipendekkan cerita, pada suatu ketika, sedang mereka (pengikut N.Musa) melarikan dari tentera Fira'un, and found the dead end, Allah telah mengilhamkan Nabi Musa a.s untuk memukul Laut Merah agar menjadi laluan buat mereka menyelamatkan diri.
'Maka pada hari ini kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran
bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia
lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.'' (QS Yunus: 92).
Ada yang menceritakan bahawa, di saat akhir hayat Firaun, di saat nyawa telah dikerongkong, barulah dia ingin mengaku ada kuasa yang lebih hebat darinya, mengaku kewujudan Allah yang esa. Dan di saat itu pintu taubat telah tertutup, dan apa yang tinggal hanyalah kemurkaan Allah. Moga kita dijauhkan, Nauzubilah. Diceritakan, Syaitan yang dalam perjanjian dengan Allah untuk terus menghasut manusia ke hari kiamat berkata, "Sejahat aku sekalipun, aku tidak mengaku diri sebagai tuhan". (not the exact word)
Kini manusia sibuk mencari rahsia the preserved human. Dan Al-Quran yang telah membongkar rahsia mumia itu sendiri sejak seribu tahun yang lampau. Hanya dengan kemajuan sains hari ini mereka dapat mengenal pasti bahawa jasad itu iselamatkan dari laut. Ini tele dengan penemuan garam di tubuh Firaun itu. Sama-sama kita renungkan, dan berdoa agar dijauhkan dari azab di dunia dan di akhirat, Amin. Bukan sains yang mereka miliki menjadi as-sebab mumia itu masih dapat bertahan, namun kerana Allah hasa mention it clearly in Quran, namun kerana ALlah telah menjadikannya sebagai pengakaran bagi kita yang masih hidup ini.
Ibrahim (1)
I found a movie called Abraham the Messenger, a two hours movie with audio language that I never heard before, maybe Persian. It is an interesting movie, to refresh our memory of the prophet's history that we normally read in a book when we were little. But now, they filmed it and you could see it clearly how the story flows.
The story begin when Abrahim destroy all the idols(the sculpture they made out of stone) while the rest of the city when to a celebration of the revery of the 'god'. On top of that he left the biggest one with his hatchet's there. Realizing that all of their god had been demolish, Babylonian were mad and brought him to Namrood, a cruel king at that moment that should be woshiped even more than the effugies of god itself. At that moment, he he reveal that he is the Messenger of God and he provoked them with all kind of questions. "why dont you ask him, what he did to the other gods?" They answered angrily, "All know that gods dont speak, and dont move", and on here on he begin to provoke them with even more questions, "so you pray to the gods who neither useful nor harmful for this land". But Namrood refuse to agree Azar's nephew words. And thus he ordered him to be burnt. The fire was ablaze and logically he would die in no minutes. But with Allah's the Most Merciful send the angels to protect him, the burning fire doest feel anything and even birds came to save Him. And he was saved, Allah give life and takes life. It is non of human job to do it. He was so angry and he ordered for Abraham to go out of the Babylon. Namrood still not satisfy and now he ordered for a tower to be build so that he could go up and speak to Abraham's God. Ya Allah protect me from being far with You. So the tower was built but surely, he didnt able to do it. And on top of the tower, Allah showed him something. While he was trying really hard to do so, a mosquito came into his nose and obvioulsly it was hurt to have something stuck in your body. And that is the reason of the fall of the Great Babylon King. Here Allah taught us that even a great person can be died because of the small reason like this.
Palestin
Palestin? Dulu sebelum datang sini, saya selalu tertanya-tanya, ada apa dengan Palestin? Kenapa kita perlu ambil berat tentang Palestin, sedangkan banyak lagi negara yang dalam kesusahan? Kini apabila mengimbau kesemua persoalan yang pernah menerjah fikiran suatu masa dahulu, membuatku mengucap panjang. Ya Allah, jahilnya aku. Teringat ketika pertama kali aku mengikuti program ISK (Ini Sejarah Kita) pada tahun lepas, seorang senior mengajukan soalan yang sama sebagai pembuka bicara. Namun, apabila dia mengatakan isu ini berkaitan dengan soal akidah, aku TERPANA. Ya Allah, di manakah ak?
Baitul Muqaddis merupakan kiblat pertama orang Islam, sebelum ditukar kepada Masjidil Haram. Ingat tak dulu, kita ada belajar sewaktu sekolah menengah, Masjid Al-Aqsa adalah tempat ke-3 suci umat Islam selepas Masjidil Haram dan MAsjid Nabawi. Jadi, di sini pun kita dapat lihat, betapa tingginya kedudukan Palestin dalam Islam.
Menyoroti sirah para Nabi juga kita dapati banyak kisah Nabi bertempat di Palestin. Nabi Ibrahim mempunyai dua orang anak bernama Ismai (ibunya Siti Hajar) yang membesar di Mekah sepertimana kisah wujudnya telaga zam-zam dan Ishak (ibunya Siti Sarah) pula dibesarkan di Palestin. Kisah ini bermula sejak 2000SM. Nabi Ishak mempunyai 7 keturunan yang kemudiannya di gelar Bani Israil. (Nabi Ishak--N.Yaakob--N.Yusuf--dan seterusnya) Namun, oleh kerana Nabi Yusuf telah dicampakkan ke dalam telaga oleh saudaranya, baginda telah dibawa ke Mesir dan membesar di bawah jagaan Al-Aziz.
Manakala Nabi Musa pula, memimpin kaumnya sewaktu zaman pemerintahan Firaun dan disaat mereka diperintah masuk ke tanah Palestin, mereka ingkar seraya berkata
“Hai, Musa, kami sekali-kali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi ada orang yang gagah perkasa di dalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Rabbmu (Tuhanmu), dan
berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja.” (QS 5:24)
Mereka akhirnya dikutuk Allah dan sebagai balasan mereka hanya berlegar-legar di sekitar Palestin.
Namun, kisah yang paling hampir dengan kita umat Rasulallah s.a.w adalh kisah Isra' dan Mikraj dimana Rasulallah telah diMikrajkan ke Sidratul Muntaha di mana solat 5 kali sehari semalam telah difardhukan.
"Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hamba Nya pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya (Masjidil Aqsa dan daerah sekitarnya dapat berkah dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu berikutan kesuburan tanahnya) agar kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat" (Al-Isra',17:1)
Jadi, menjadi tanggungjawab kita memelihara kesucian tempat Nabi-Nabi kita. Palestin harus dipertahankan daripada mana-mana bangsa lain.
Sewaktu era pemerintahan saidina Umar r.a 638M, Palestin telah dimerdekakan dari jajahan Romawi dan seluruh penduduk Palestin hidup aman dan damai dibawah kebebasan beragama. dan sekali lagi, Palestin berjaya dibebaskan dari cengkaman tentera Salib, dibawah pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi.
Jadi, sejak zaman berzaman kita dapat lihat para sahabat cuba menguasai Palestin yang kini menjadi tempat pertumpahan darah. Jadi sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di sana, semoga Palestin terus menjadi milik umat Islam, amin
Adam, Eve and Satan
I was watching tv programme on channel 9 called Usrah, hosted by an ustazah I love; Ustazah Fatimah Az-Zahra (if I’m not mistaken). She was reading the seventh surah from Al-Quran; Surah Al-A’raf. In this surah, Allah tell us story about Adam and Eve who live in heaven and they are allowed to eat everything except this on tree. Allah has created Adam and asked everyone to sujud to Adam. But satan refused to do so.
“Dan sungguh, Kami telah Menciptakan kamu. Kemudian Membentuk (tubuh)-mu, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat, “bersujudlah kamu kepada Adam,” maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia iblis tidak termasuk yang bersujud”
[Al-A’araf:11]
Since he thinks that he is superior than Adam since he was created by fire while only made form soil. So Allah says,
“(Allah) berfirman, “maka turunlah kamu dari syurga; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina”
“Iblis menjawab, “berilah aku penangguhan waktu, sampai hari mereka dibangkitakan.”
“(Allah) Berfirman, “benar kamu termasuk yang diberi penangguhan waktu”
[Al-A’raf:13-15]
So now Satan has been expel from the heaven forever and since he asked from Allah to live forever and influenced human being to do bad this so they would have friends in hell. NAuzubillah.
But I was touched when I heard ustazah said. I never think of this when I read this translation before. The ustazah said, “so what are we waiting for. Asked from Allah and insya-Allah it will be granted. Even the bad satan wish has been granted, what’s more from His own servant; muslimin and muslimat”.
Yup she is absolutely right. So pray to Allah anything you want and Insya Allah it will be granted. But remember the principal, tawakal usaha doa dan tawakal.