Bayi cirit birit : "Najis bayi warna putih" and some tips.

 Catatan pengalaman sepanjang Nusayr cirit birit.

Hari ini merupakan hari ke 6 Nusayr (7 bulan) cirit-birit. Bermula hari sabtu yang lalu, Nusayr beri-beri (read: berak2). Rasanya dalam sehari, lebih sepuluh kali pampersnya perlu ditukar. Kadang pampers tu memang banyak isi, atau kadang macam sekadar terkentut begitu. Tapi sebab baru sehari saya rasa, x pa ok, kita tunggu esok. Dan pada hari ahad dia macam beransur ok sikit. Tak banyak beri2. Tapi pada malamnya badan Nusayr mula panas dan dia merengek susah tidur, hari Isnin sewaktu cuti wesak dia berak2 lagi.Tapi kami rasa walaupun dia beri2 dia masih aktif dan mahu minum susu dan makan. Walaupun ada muntah, tapi dia masih mahu menyusu. Jadi saya lega sikit. Cuma kalau suhu badannya tinggi, saya beri ubat demam 2.5ml. Oh and sebab banyak kali ditukar pampers, punggungnya merah2. Dia jadi marah bila dipakaikan pampers. Ada satu malam tu, memang tidurkan dia tanpa pakai apa2. Barulah mudah dia tidur. Tapi memang kena redha-kanlah karpet, cadar, baju kita pakai kalau terkena tu πŸ˜… yang penting dia dapat tidur, dan kita pun dapat berehat.

Selasa saya masuk kerja dan pengasuh beritahu Nusayr masih beri2. alahai kesiannya. Malam tu saya cuba beri ORS pula sebab bila baca2, untuk pastikan bayi terhidrat, kita boleh beri ORS. Saya bancuh sepaket ORS bersama 250ml air (1 cawan) dan beri melalui picagari. Sikit-sikit tapi kerap. Mungkin malam tu dia dapat minum dalam 50ml ORS sebelum tidur. Jadi sebagaimana rutin biasa, sebelum tidur saya menyusukan Nusayr. Allahu, tiba2 dia muntah banyak dan laju. Mungkin istilahnya, macam projectile giitu. Walau lepas muntah banyak, dia masih minta susu, jadi saya susukan lagi sebab fikir lepas dia muntah, mesti dia lapar, jadi saya susukan lagi. Namun, sekali lagi dia muntah dengan banyaknya. 😰 Saya nekad, esok mesti jumpa doktor!!

Jadi keesokan harinya saya mohon CRK dan bawa dia ke klinik. In addition to that, pagi tu Nusayr beri2 warna putih. Mula2 tu saya macam oh mungkin kuning cair kot, saya salah nampak. Tapi kali ke-2 dan ke 3 pun masih putih. Putih yang macam warna susu. pendek kata macam tau fu fa tu. Di klinik, saya cerita panjang lebar, dan doktor kata bayi masih aktif, Jadi doktor kata OK dan doktor beri ubat tahan muntah, ubat cirit-birit dan ubat demam. Dia tak mention apa2 pasal beri2 putih. Jadi biasalah, "asian mom" mula lah google situ sini dan dari pembacaaan tu risau pula sbb katanya takut hatinya problem. 

Gulp. Jadi lepas tu kami telefon ke TSMC untuk berjumpa pakar kanak-kanak. Tapi slotnya jam 1-3 ptg dan penuh. Jadi kami ke Tawau Specialist Hospital dan katanya boleh walk in. Alhamdulillah dapat berjumpa doktor pakar di situ. Penerangannya sangat jelas dan terperinci. Kebetulan Nusayr pun poo-poo di situ, jadi senang, saya tak perlu nak describe lebih2. Doktor dengar dan jawab setiap pertanyaan saya. Terima kasih Doktor. 

Dari perjumpaan bersama doktor saya catatkan beberapa perkara penting,

  • bayi apabila cirit-birit perlu dikurangkan pemberian susu badan. Beri bayi susu dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap (2 oz) dan beri dia kenyang dengan bubur kosong. Itu pun tidak perlu banyak, sekadar alas perut
  • najis putih bayi ini kerana ususnya tidak dapat mencerna makanan. Jadi apa yang masuk, akan terus keluar. Sebab itu baunya macam susu basi
  • cirit birit berlaku kerana jangkitan kuman pada usus. Mungkin makanan yang kita beri hampir basi jadi mengandungi toksin, atau kemungkinan yang lebih besar, bayi usia 6 bulan - 1 tahun, memasukkan bendasing yang kotor ke dalam mulutnya.
  • Ibu perlu risau dengan najis putih sekiranya disertai dengan matanya kuning, dan kencingnya kotor (berwarna teh o). Dan lebih bahaya sekiranya disertai dengan darah.
  • ORS selamat diberikan kepada bayi. Cara bancuhan : mesti dibancuh satu paket bersama 8oz air (240ml air) dan kemudian diberi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit. Jangan kerana kita mahu gunakan sikit jadi kita bancuh separuh paket dgn separuh air. Beri sikit-sikit dan lebih baik guna picagari kerana anak2 associate botol susu dengan susu. Jadi mungkin anak akan reject jika diberi melalui botol susu.
  • Wet tissue is a BIG NO for now. Setiap kali mahu cebok, basuh bayi dengan air mengalir di tandas, atau sinki. Selepas basuh, 'pat dry' (macam tepuk2 lap dengan tuala), kipaskan dulu untuk pastikan permukaan punggung bayi benar-benar kering. Kemudian sapukan 'nappy cream' dan barulah pakaikan pamper. Kuncinya, PASTIKAN BETUL-BETUL kering dulu.
  • Najis bayi akan beransur-ansur bertukar menjadi biasa kembali dalam 3-4 hari. Coklat-kuning hijau- kuning cair - putih - kuning cair - dan kuning biasa kembali. 
ddoakan Nusayr kembali sihat ya. Semenjak sakitnya, senyumnya pun mahal sda. dan beratnya pun susut. Dari 10kg sekarang tinggal 8.8kg shj. Kata orang bugis, sebab itu kita tidak boleh tegur anak kecik, "gendut, comel, chubby" dan yang seangkatan dengannya, sebab nanti mudah sakit dia. Ada yang bilang, nanti merajuk dia dan susut badannya. Hihihi. Kalau cerita dengan orang bugis memang akan terkenalah πŸ˜‹ 

No comments:

Post a Comment