Penyesalan seorang umi, sulung menjadi mangsa

Just my random post. Hannah is now at 6 yo and looking at her i have so many penyesalan. Nowadays almost setiap masa kena marah / tegur. Ada jek yang tak kena dimata aku. "Hannah jangan tutup pintu kuat, hannah kenapa biar jek adik nangis, hannah jangan buat mata tebalik macam tu, hannah jgn buat mulut lembik (menganjing adik dia), and the list seems like has no ending at all. Ada sajalah kena tegur dia ni. Sampai satu hari dia panggil aku dinasor di bilik kerja ku. Ya Allah kalau di rumah tu lama dah kena cubit rasanya, nasib dia baik sbb aku masih di ruang kerja. Tho mungkin dia tak boleh nak luahkan begitu kalau di rumah sahaja sbb mmg confirm kena marah, jadi ambil peluang sbb dia tau kalau di sekolah cubitan tu tak kan sampai, setakat mata jek mampu aku jegil.

Tho kadang2 bila reflect balik semua reaction dia tu sebenarnya dari aku juga and of coz tambahan dari cartoon2 yang dia tonton. Sometimes bila adik menangis mmg dia buat tak tahu jek, ralit dengan menonton tv sampai adik pun tidak diendahnya. Adik dah menangis meraung berjurai air mata, tapi dia masih asyik tonton tv sambil menghisap jari sedang aku terkocoh2 siapkn juadah di dapur ataupun sedang lengkapkan rakaat solat. Memang marah juga aku bila tgk dibiarkan adik tanpa rasa ingin m3mbantu tu. Tapi sebenarnya yang aku marah lebih adalah sebab aku tak dapat siapkn kerja ku dgn tenang, atau aku tak dapat gendong adik sbb tanganku perlu utk urusan lain. Jadi dimarahi si kakak kerana tidak m3mbantu si ibu. Wajaran itu macam kurang tepat ku kira, kerana itu mmg tggjawab ku dan si anak hanyalah membantu. Sigh. Tho, ya memang perlu si kakak dibentuk utk membantu ibu menjaga adik, tapi bukan dimarahi kerana tidak menjaga adik. Nah, selepas dimarahi begitu, barulah hannah l3bih sensitif bila dengar adik menangis. Digendong adiknya juga walau kadang aku risau tgk cara gendongannya. Tapi alhamdulillah.

Kemudian ku lihat hannah buat mulut lembik pula. Mungkin kalian x faham apa maksudku dgn mulut lembik sbb suamiku juga tidak mengerti awalnya istilah ku itu. Tapi bagaimana ya, macam di "nye nye nye" atau dimimik nangis adiknya tu seperti mengejek. Bila si hannah begitu, makin kuat teriak tangis adiknya. Aduh bising betul bila begitu. Sekali lagi umi jadi singa. Tapi pernah si hannah bilang, "umi jangan buat begitu nanti anak2 umi tiru". Allahuakbar. Bila diingat kembali, ada sekali 2 aku buat b3gitu bila adik nombor 2 nya nangis, dan diperhati si kakak. Maka secara tidak sengaja dia mengikut. Selepas ditegur si hannah aku memang nekad dan tidak pernah ku buat lagi. Tapi bila sudah si hannah mulakan, susah pula dia mau berenti. Jadi habit pula dia. Aaaaggghhhhh kenapalah dulu aku buat walau sekali di depan anak pula tu !!!!!!!!!!!!! Salah aku, dan memang salah. Untuk putar balik waktu untuk tidak dia lihat itu suatu yang tak mungkin dapat aku buat :"(
Jadi sekarang aku berdoa agar dicabut kelakuan tidak elok itu dari anakku agar dosaku itu tidak berterusan. Allahu. Risau nanti dibuat kepada anak kecil yang lain. Allahu minta dijauhkan ya Allah.

Kadang begitulah ibu2, rasa macam perlu sempurna untuk menjadi seorang ibu itu. Kadang kerana salah laku kita tempiasnya kepada perilaku dan akhlak anak2 yang akan dibawa sampai mereka dewasa. Namun aku percaya its a learning process for everyone and of course it is not easy. Kepada yang naturally bukan kids lover ni seperti aku memang amat sukar. Macam pura2 tu. Kalau tgk rakan2 bila sembang dengan anak kecil, lain nada mereka gunakan. Pandai mereka membawa perbincangan dengan anak2. Ishk betul aku memang xpandai. Bila anak ingin bermanja2 tu kadang aku mcm rimas. Tak pandai aku. Pernah juga si kakak bilang, "umi ni tak suka pimpin tangan anak2 umi, ummi ni dah tak loving2 hannah mcm waktu hannah kecik, ummi ni sayang adik2 jek, etc" (ishk pandai betul lah mulutnya ni kan) 

Kadang anak yang sulung itulah seakan menjadi mangsa kita, m3njaga si adik, dimarahi kerana expectation kita yang tidak dipenuhi sedangkan dia masih anak kecil yang perlu disantuni. But again, its a learning process ibu. And we keep on learning and perbaiki from time to time. Allahu. Maafkan aku ya Allah, ampunkan aku ya Allah. Anak2 ini amanahMu yang perlu ku jaga, dan aku bersalah ya Allah kerana tidak menjaga dan sering memarahi mereka. Sedangkan anak2 ini pinjamanMu kepadaku. Ya Allah, hati2 ini milikmu Mu ya Allah, dan aku pohon ya Allah secebis kasihMu ke dalam hatiku. Bantulah aku untuk menyayangi dan menjaga anak2 ini dengan penuh kasih sayang ya Allah. Bantulah aku untuk meneladani Rasulullah yang setiap insan merasa dikasihi seistimewanya bila berada disamping baginda ya Allah. Bantulah aku yang lemah dan serba kekurangan ini ya Allah. Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu ya Allah kepadaku hambamu yang lemah lagi hina ini.

No comments:

Post a Comment