
Perkataan couple kini tidak asing lagi dikalangan anak muda masa kini. Terlalu normal hingga mereka yang dont have any dipandang sinis. Budaya ini telah meresap masuk perlahan-lahan melalui pelbagai cara.
Pasangan yang dianjurkan dari segi agama adalah perkahwinan yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Manakala pertunangan menurut syarak pula adalah tempoh mengenali pasangan itu sendiri. Jadi secara jelas dari segi agama hal ini adalah salah. Di mana perlunya kita meletakkan komitmen dalam hal-hal yang tidak diperlukan?
Hal ini terlaalu common dalam masyarakat masa kini. Hingga mereka yang tidak mempunyai pasangan dianggap pelik. 'Kenapa ko tak cari lagi?', 'High demand sangat lah ko ni'. Saya akui, perasaan dimanjai dan diberi perhatian amat indah. Amat seronok apabila kita mengetahui apabila ada orang yang mengambil berat akan keadaan semasa kita. sakit kita, makan minum kita. Namun anda tidak rasakah bahawa ini adalah tipu daya syaitan belaka sebagaimana yan telah dia janjikan sejak zaman nabi adam lagi.
Jika perhatian yang dicari, kenapa ia bukan dari ibu bapa kita sendiri, jika kasih sayang yang dimahukan, kena ia bukan dari adik beradik sendiri, jika mahu menunjukkan prihatin, kenapa tidak kepada sahabat handai, kenapa tidak disalurkan kepada yang memerlukan. Masih ramai yang memerlukan kasih sayang kita, masih ramai yang butuh perhatian dan belaian kita. Kenapa tidak disalurkan kepada yang hak semata. Bahkan dalam memberi sedekah juga kita dianjurkan untuk mendahulukan keluarga kita sendir, jadi apatah lagi kasih yang luhur itu.
Semoga ia hanya menjadi kisah lampau. Dan yakinlah akan janji Allah, dan Allah janji Allah itu adalah BENAR
Dan Allah akan permudahkan jalan jodohmu jika dia yang terbaik buatmu. Keep your stand firm, usah hanyut dalam pandangan masyarakat jika mereka mengatakan kamu pelik, kerana pandangan ALlah adalah yang UTAMA.