Yup itulah kesimpulan yang dapat aku buat daripada persembahan yang kami lakukakn pada mala mini sempena memperingati Hari Al-Quds yang jatuh pada 21 August setiap tahun. Hari ini disambut sempena memperingati peristiwa Al-Quds yang hampir rentung dibakar oleh seorang intelektual bangsa Australia yang akhirnya hanya diklasifikasikan sebagai gila oleh Mahkamah Antarabangsa. Hari yang bersejarah ini patut terpahat di setiap hati kaum muslimin di seluruh pelusuk dunia ini. Tak kira di mana kita berada kerna ini isu yang berkait rapat dengan akidah kita sebagai umat Islam.
Palestin di mana letaknya Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama orang islam kini akhirnya tak pernah sepi bermandi darah para pejuang yang syahid. Palestin yang menjadi titik tolak kepada peristiwa Israk Mikraj kini telah dinodai kekejaman zionis keparat. Palestin yang menjadi bumi para anbiya kini hanya dihujani peluru dan bedil-bedil rambang. Dan Palestin yang menjadi tanah waqaf orang Islam itu kini setiap hari ditemani tangisan derita anak-anak kecil tak berdosa.
Kadang-kadang kita lupa, saudara-saudara seagama kita di sana rela bermandi darah bersenjatakan batu untuk mempertahankan tanah yang sebenarnya milik kita semua. Kita lupa bahawa ramai lagi saudara kita di luar sana yang memerlukan bantuan kita. Dan kita acap kali lupa bahawa setiap ringgit/dollar yang kita belanjakan ke atas barangan buatan Yahudi itu sebenarnya menyumbang kepada sebutir peluru yang akan membunuh saudara-saudara kita sendiri. A dollar that cost a life, does that make any sense to you people?
Jadi apa yang aku boleh lakukan? Doa? Insya Allah kerna aku tahu itulah senjata terkuat umat Islam. Lagi aku bertanya? Boikot? Perlukah aku boikot? Akan memberi kesan ke ke atas syarikat-syarikat gergasi seperti mereka? Terlalu banyak barangan mereka yang kebanyakannya menjadi pilihan kami semua. Jadi bagaimana? Masih perlukah boikot?
Sahabat-sahabatku. Sedarlah sesungguhnya Allah itu tidak memandang kepada hasilmu, tetapi Allah akan menilai segala usaha mu. Jadi tidak kiralah kecil atau besar aku menyumbang dan memboikot barangan Israel ini, Yang penting itu merupakan salah satu daripada usaha kita. Berhenti atau cuba untuk berhenti dari membelanjakan duit kita membeli barangan buatan Israel yang hanya menjadi pemangkin kepada ekonomi mereka dan yang akhirnya menyumbang kepada peluru-peluru kepada saudara seagama kita sendiri.
List yg paling basic
- Mc Donald
- StarBucks
- Kotex
- Nestle
- Colgate
- Johnson and Johnson
- Nokia
- Sara Lee
- dan akan di update lagik
No comments:
Post a Comment