Happy Valentine 2012


Perkataan couple kini tidak asing lagi dikalangan anak muda masa kini. Terlalu normal hingga mereka yang dont have any dipandang sinis. Budaya ini telah meresap masuk perlahan-lahan melalui pelbagai cara.

Baik dari media visual, audio mahupun pembacaan. Rata-riti menunjukkan gambar dan tips-tips bagaimana mencari pasangan yang terbaik, bagaimana menegtahui pasangan anda, indahnya perasaan dilamun cinta dan sebagainya. Dan memandangkan yang dipamerkan indah, jadi kenapa kita tak cuba? so they thought. Tapi benarkah ini semua? Adakah betul senario yang kita lihat ini? Baik dari segi agama mahupun sosial masyarakat itu sendiri.
Pasangan yang dianjurkan dari segi agama adalah perkahwinan yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Manakala pertunangan menurut syarak pula adalah tempoh mengenali pasangan itu sendiri. Jadi secara jelas dari segi agama hal ini adalah salah. Di mana perlunya kita meletakkan komitmen dalam hal-hal yang tidak diperlukan?
Hal ini terlaalu common dalam masyarakat masa kini. Hingga mereka yang tidak mempunyai pasangan dianggap pelik. 'Kenapa ko tak cari lagi?', 'High demand sangat lah ko ni'. Saya akui, perasaan dimanjai dan diberi perhatian amat indah. Amat seronok apabila kita mengetahui apabila ada orang yang mengambil berat akan keadaan semasa kita. sakit kita, makan minum kita. Namun anda tidak rasakah bahawa ini adalah tipu daya syaitan belaka sebagaimana yan telah dia janjikan sejak zaman nabi adam lagi.
"Dan ingatlah ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, "Tidak ada yg dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh ak adalah penolongmu..."[Al-Anfal, 8:48]
Jadi mingkin 'couple' juga merupakan salah satu dari agendanya. membuatkan kita terhanyut dari mengingati yang Esa menjerumuskan kita ke lembah maksiat. Nauzubillah ya Allah.
Jika perhatian yang dicari, kenapa ia bukan dari ibu bapa kita sendiri, jika kasih sayang yang dimahukan, kena ia bukan dari adik beradik sendiri, jika mahu menunjukkan prihatin, kenapa tidak kepada sahabat handai, kenapa tidak disalurkan kepada yang memerlukan. Masih ramai yang memerlukan kasih sayang kita, masih ramai yang butuh perhatian dan belaian kita. Kenapa tidak disalurkan kepada yang hak semata. Bahkan dalam memberi sedekah juga kita dianjurkan untuk mendahulukan keluarga kita sendir, jadi apatah lagi kasih yang luhur itu.
Semoga ia hanya menjadi kisah lampau. Dan yakinlah akan janji Allah, dan Allah janji Allah itu adalah BENAR
"Perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)"[An0Nur,24:26]
Jadi jika usaha yang kita mahukan adalah tidak lain dan tidak bukan dengan menjadi perempuan yan baik. Bukannya menambahkan kenalan dalam mencari calon yang terbaik. Insya Allah ada yang tersedia buatmu Adam dan Hawa. "someone somewhere is made for you"[Dil to Pagal Hai"
Dan Allah akan permudahkan jalan jodohmu jika dia yang terbaik buatmu. Keep your stand firm, usah hanyut dalam pandangan masyarakat jika mereka mengatakan kamu pelik, kerana pandangan ALlah adalah yang UTAMA.
"Dan diantara tanda kebesaranNya ialah menciptakan pasangan2 untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sunggu pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda bagi kaum yang berfikir"[Ar-Rum,30:21]

Insya Allah ada Allah sediakan yang terbaik buat kita dihadapan sana. Dirisau jangan wahai sahabat. Wallahua'lam.
[repost entry blog 2009]

No comments:

Post a Comment