mungkin kata-kata yang boleh menggenangkan air jernih di kelopak mata. Somehow kepada saya, tak banyak perkara yang boleh bagi effect macam tu (ok am I insensitive? ) But frankly speaking memang tak banyak. But jika hal ini berlaku, ia memang mampu buat saya tertitik air mata.
Ada seorang yang kita sayangi, yang memang terukir namanya di hati kita, tapi tiba-tiba, atau dengan beberapa sebab, dia mengatakan, "saya tak nak jumpa awak dah" or "kalau tengok muka awak pun saya meluat and rasa nak lari jauh-jauh"
OK seriusly itu memang mengzass kan. dan mampu buat air mata bergenang. orang yang kita care, yet tak nak tengok dah. Feeling rejected memang xyah cakap lah. Rasa macam anak terbuang boleh tak.
Merasakan permusuhan yang sementara pundah cukup memeritkan. Duduk tak betah. Fikiran pun asyik berputar ligat disekitar persoalan yang sama. Sentuh buku tak kena, jumpa orang pun terasa yang bibir sedang mengukir senyuman palsu. Dalam erti kata lain, hati kita tak tenang. Otak berfikir-fikir, "Apa yang aku dah buat sampai muka aku pun taknak tengok?" "kalaulah aku boleh putar kembali masa" , "kalaulah aku tahu begini rasanya, mesti aku tak buat" , "Apa nak buat" etc etc etc.
Ok hakikatnya itu semua hanyalah senario kecil dalam hidup kita yang singkat. Itu pun dah cukup buat kita tidur tak lena, makan tak kenyang. Lagi dasyat dari orang yang jatuh cinta. Seorang insan yang bergelar manusia, telah diciptakan dari setetes air mani yang hina, tapi dengan kemuliaanNYA, Dia telah mengangkat darjat kita menjadi khalifah untuk mentadbir alam ini, untuk meneruskan tugas rasul2 sebelum ini. Dengan KekuasaanNYA, Allah telah meminjamkan hayat kepada kita, menetapkan rezeki kepada kita, dan memberi kenikmatan hidup yang cukup indah ini, meminjamkan insan2 yang kita sayangi, ibu bapa kita, adik beradik kita, keluarga kita, guru-guru kita, dan segala kepunyaan kita yang lain. Indahnya hidup ini bukanlah percuma, namun datang bersama tanggungjawab.
Jika di dunia, kita berkejaran ingin bersalaman dengan artis pujaan kita, dengan ibu-bapa kita, Jadi tidakkah kita ingin berjumpa dengan Allah yang menciptakan orang2 yang penuh dengan kasih sayang itu. Jika di dunia, kita amat mengagumi murabbi-murabbi kita, yang mampu membasahkan hati kita dengan kalimah-kalimah yang ajaib, yang mampu mentaujihkan kita menjadi insan yang lebih baik lagi, Jadi tidakkah mahu kita bertemu dengan empunya kalam-kalam indah itu? Melihat sendiri keagunganNYA. Menyambut salam Allah berserta ahli syurga yang lain.
36-55: Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan.
36-56: Mereka dan isteri-isteri mereka dalam tempat yang teduh, bersandar di atas pelamin.
36-57: Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi mereka apa yang mereka minta.
36-58: "Salam!" (sebagai) ucapan daripada Rab (Tuhan) al-Rahim (Yang Maha Mengasihani).
36-56: Mereka dan isteri-isteri mereka dalam tempat yang teduh, bersandar di atas pelamin.
36-57: Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi mereka apa yang mereka minta.
36-58: "Salam!" (sebagai) ucapan daripada Rab (Tuhan) al-Rahim (Yang Maha Mengasihani).
Jika niat kita untuk bertemu makhluk tidak kesempatan, kita masih mampu menangis, tapi di akhirat nanti, jika sekiranya kita tidak terpilih antara gerombolan yang dapat melihat wajah Allah, nescaya menangis air mata darah sekalipun tidak mampu merubah apa-apa. tidak mampu membawa kita kembali kepada detik yang kita miliki kini. Pada saat ini :(
Jadi persediaannya harus dari sekarang. Untuk melihat wajah Allah, harus mendapat title ahli syurga dahulu. Harus bermula dengan hidup di dunia. Memenuhkan segenap rongga hati kita dengan rasa cinta kepada Allah, cinta Rasulallah. Kerana tidak sempurna cinta kepada Allah sekiranya tidak mencintai kekasihNYA. Kerana kita bukanlah masuk syurga kerana amal kita, tapi sebaliknya rahmat dan kasih sayangNYA.
Imam Ibnu Katsir berkata, ”(Kenikmatan) yang paling agung dan tinggi (yang melebihi semua) kenikmatan di surga adalah memandang wajah Allah yang maha mulia, karena inilah “tambahan” yang paling agung (melebihi) semua (kenikmatan) yang Allah berikan kepada para penghuni surga. Mereka berhak mendapatkan kenikmatan tersebut bukan (semata-mata) karena amal perbuatan mereka, tetapi karena karunia dan rahmat Allah”
ps: Kerana aku telah merasa sakitnya diendahkan pandangan manusia,
dan tidak aku ingin bayangkan bagaimana rasanya tidak melihat wajahmu.
Ya Allah, izinkanlah, izinkanlah, untuk melihat wajahmu, bertemu denganMU;
Izinkanlah ya Allah, izinkanlah:(
16 golongan yang tidak dapat memandang wajah Allah (waiyazubillah)
1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu)
2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.
3. Orang Tua yang Berzina
4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)
5. Orang miskin yang takabbur
6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.
7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan
8. Penderhaka Ibu Bapa
9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)
10. Orang Lelaki yang Dayyuth
11.Pengamal Budaya Kaum Luth
12. Pengamal Seks Abnormal
13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.
14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau
15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong
16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami
No comments:
Post a Comment