Baru-baru ni, ana balik kampung. Keluarga umi buat makan2 dan tahlil. So semua ahli keluarga berhimpun, termasuklah anak2 sedara dan anak2 sepupu yang masih kecil. Ok I have to admit ramai sangatlah yang tak diingat namanya. Sampai kena buat revision ngan nana:) nasib baik dia ada. So as normal, kanak2 memanglah akan ada mainan kan, and ana mmg nakal sikit, suka curi mainan from mereka2 yang kecil ni hihi. Sometimes bila nangis baru puas sikit n bagi balik. Boleh x. And di saat tangis kecil tu memecah hening petang (mungkin xsesuai word hening tu tapi abaikan ek) ana punteringatlah tulisan sayed qutub di bawah.
"Aku telah hidup di bawah naungan al-quran dan di sana aku melihat jahhiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat cita2 penduduk2 dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja2 jahiliyah berbangga-bangga dengan imlu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kafahaman dan pemikiran kanak2, minat dan cita-cita kanak2 sama seperti pandangan seorang tua kepada mainanan kanak2, percubaan kanak2 dan keteloran lidah kanak2. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini. Mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?"
Dunia ini hanyalah ibarat mainan kanak2 bagi orang dewasa. Bila kita dah dewasa ni, bila lihat pemandangan mainan direbut dan menangis ni, kita akan fikir, "Apa sangatlah yang bestnya mainan tu", "Best sangat ke sikat-sikat rambut barbie tu, pastu cakap sorang" tu baru yang perempuan. Yang laki pulak bila dah main game, and menang, bersorak macam apa jekan. Hmm padahal tu bukannye realiti pun. Fantasi semata. Sama jugak macam kita berbangga dengan ilmu sedikit yang kita ada, dengan rupa paras pinjaman kita, dengan bilangan mad'u2 kita. Astaghfirullah. Mohon Allah jauhkan hati ini dari sifat riya' dan ghurur.
So macam mana melihat alam ini sebagaimana pandangan tersebut?
Apabila melihat dunia dari dimensi akhirat, kita akan merasakan dunia ini amat kecil nilaiannya. Apa sangatlah mainan kanak2 ni which sama juga dengan "apa sangatlah nilai dunia ni jika dibandingkan dengan nilai akhirat yang infiniti?"
Tapi kita sering kali dibutakan dengan nikmat dunia yang sementara ni. Bila mana ada jerawat baru timbul pun kita dah rasa macam nak kiamat, Macam xnak keluar dari rumah selama2nya kan. And bila xdapat seperti apa yang kita impikan, kita akan rasa kecewa yang amat. Sedangkan kita lupa bahawa setiap ujian itu adalah untuk membersihkan diri kita dan mengangkat darjat kita ke martabat yang lebih tinggi lagi.
Kita lupa, kita alpa bahawa dunia ini sementara cuma sampai kita boleh terpalit dengan lumpur dunia yang menjerat ini. Sometimes bila dah terlekat ni susah nak keluar, tapi bukan mustahil insya Allah.Ianya masih mampu dibersihkan dan ingatlah segala yang berlaku adalah tarbiyah Allah buat kita, persedian buat kita menempuh hari esok.
Hakikat islam ini akan membersihkan dan memberkati usia kita. Tapi kenapa memberkati? to be reveal next~
No comments:
Post a Comment