Kerana aku benar-benar inginkannya

Jika saya tanyakan kepada anda, siapakah nama sahabat yang menyebabkan Rasulallah ditegur dan turunnya surah Abasa? Maka dengan pantas anda semua dapat menjawab, Abdullah ibn Maktum. Ok pandai semua:)

Tapi jika saya tanyakan kepada anda, siapakah yang menggantikan baginda Rasulallah untuk menjaga kota Madinah ketika peristiwa Fathul Makkah? *Ok siapa ek? garu-garu kepala*
Next, siapa pula yang menyebabkan turunnya ayat yang termaktub di dalam Surah An-Nisa?:-
"Tidaklah sama antara mukmin yang duduk ( yang tidak turut berperang ) yang tidak mempunyai uzur dengan orang- orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang- orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang- orang yang duduk satu derajat. Kepada masing- masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik ( surga ) dan Allah melebihkan orang- orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar.(95)"

OK, ni macam tau kan;) Ye benar! Beliau adalah Abdullah ibn Maktum, si buta yang sama yang menyebabkan turunnya surah Abasa, peristiwa di mana beliau datang menuju Rasulallah dan meminta dengan bersungguh-sunggguh, "Ya Rasulallah, ajarkanlah kepadaku apa yang diajarkan Allah kepadamu" Dek kerana kesungguhannya dalam menuntut ilmu, terkadang dia sampai mengambil hakorang lain. BIsa saja, dia menunggu usai Rasulallah selesai urusannya dengan pembesar Quraish, yang dirasakan sekiranya mereka memluk islam, nescaya islam bakap tersebar ke seluruh jazirah Arab, lantaran mereka merupakan orang yang berpengaruh. Tapi kerana die benar-benar menginginkannya, benar-benar ingin membersihkan hatinya, dan dia tidak sanggup menunggu lama, dan mendesak Rasulallah untuk mengajarkannya sesuatu. Kerana hanya matanya sahaja yang buta, bukan hatinya.

Kadang-kadang, aku pun bertanya pada diri, adakah aku benar-benar menginginkan hidayah itu? Sedangkan ia hadir di depan pintu cuma, kerana kasihnya Allahkepada hamba2NYA. Tapi sekiranya aku perlu keluar dan berusaha keras, untuk memperolehnya, adakah aku akan bersungguh-sungguh ingin membersihkan hatiku, sebagaimana Abdullah ibn Maktum? Mungkin tindakannya seakan-akan keterlaluan, menobrok segala jemaah yang ada di situ. Ok itu secara mannersnya sahaja, tapi hakikatnya, kesungguhan kita yang dituntut. Kesungguhan kitalah nilanya. Dan bukankah mujahadah itu untuk diri kita sendiri?
29-6: Dan sesiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya) daripada sekalian alam.

No comments:

Post a Comment