Makanan SIHAT, erk=p


Kaki sedang melangkah laju. Bayang rumah jelas kelihatan di mataku. "Agh nak balik-nak balik. Cepat2!!" Bertambah laju kaki melangkah. Tapi derapan laju itu, tak menghentikan aku untuk mengerling mereka yang turut berjalan ke destinasi pilihan mereka. Tapi kala jam menunjukkan jam 10.30 pagi, kalau di malaysia, kita akan tengok limpahan pekerja smart berpakaian kemas memenuhi kedai-kedai mamak, mengisi perut, mengambil bekal untuk bekerja selama 10 jam akan datang. Fuuh nasi, roti canai, teh tarik, semua dibahamnya. Cukuplah tu kot ek:) Hmm tapi kenapalah mat salleh dan minah soleh kat sini setakat makan emping jagung, *erk skema* oatlah, epal lah, orenlah. Hmm potion nye memang berganda-gandalah berbeza kan. Kenyang ke diorang ni? Dahlah badan semua tegap-tegap tinggi, jalan laju-laju belaka, angin kat luar sejuk, haish cukup ke kalau makan tu semata nak sustan kan energy sampai tengahari. Dah sampai tengahari pun setakat makan roti berdaun salad. Haish, tak cukup-tak cukup.

Begitulah neraca seorang warga tempatan di bumi asing kan. Segalanya berbeza dengan keadaan di tempat asal kita. Tapi seharusnya mereka yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk keperluan tubuh mereka, di tempat mereka. Kalau sekadar cornflakes dan cereal, mampu mencergaskan mereka untuk bergerak cergas, maka cukuplah jawabnya. dan jika makan chips itu mampu menghilangkan lapar dan membekalkan tenaga untuk kita bekerja, maka cukuplah ia.

Kita amat menitik beratkan soal makanan tubuh kita. Hingga kita terlupa bahawa makanan ruh itu juga perlu. Jika jasad kita ingin bergerak ke sana kemari, jadi kita memerlukan tenaga itu. Begitu juga dengan roh kita, kita memerlukan makanan roh kita, untuk menjadi abid yang berjaya pada pandangan Allah azzawajalla. Kita memerlukan makanan roh itu, agar hati kita dan nafsu kita, menurut intipati al-quran, menurut apa yang telah Allah syariatkan. Tidaklah bermaharajalela, dikelolai oleh syatan-nir-rajim semata! Haish waiyazubillah. *Geleng dasyat2*

Tapi macam mana nak dapatkan makanan roh? Kalau jasad yelah, boleh beli kat countdown lah, new world lah, dan segala kedai yang terbuka luas pintunya. *ok, tapi kita muslim okeh, kena yang halal-halal ajer tau* OK, kalau jasad itu boleh dilihat, maka makanannya pun pasti blh dilihat. Takdelah kita nak menelan angin jek, mana nak kenyangnye kan. Haa, so makanan roh yang kita tak nampak ni, maka makanan nye jugak invisible. Haa macam mana tu ek? Macam ni, makanan roh itu hendaklah segalanya yang membawa kita untuk mengingati Allah. Al-Quran yang kita lihat itu, hendaklah dihayati maknanya, solat yang penuh dengan pergerakan itu, perlu dirasakan khusyuknya, rakan yang sentiasa tersenyum itu hendaklah kita dengar nasihat-nasihatnya, poket yang berduit itu, hendaklah ikhlas disalurkan kepada yang memerlukan. Kan semua tu invisible. Ok maybe lah perbuatan tu visible jek, tapi ikhlas, khusyuk, tadabur, nasihat segalanya adalah aspek utamanya. yang dapat membuatkan hati kita tambah berbunga-bunga apabila mengadap Allah kecintaan kita semua.Jika matlamat makan itu untuk kenyang, dan akan mencukupkan kita hingga meal yang seterusnya. Jadi macam mana pulak nak tau cukup ke tak makanan roh kita? Ok mari kita lihat aim kita. Jika makan itu untuk sampai next makan kan, macam mana nak tau next makan untuk roh kita pulak ek? Hmm jika saya tanyakan anda, makanan roh itu akan memenuhi hati kita kan, membasahkan hati, mendekatkan hati kepada sang pencipta. So aim kita adalah perjumpaan kita dengan Allah, bak kata Allah dalam surah Al-Bayyinah

"Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya." (Al-Bayyinah 98:8)

Ha so ultimate aim kita adlah untuk bertemu Allah dalam keadaan Dia redha kepada kita, dan kita pun redha kepada Allah. Which is pada hari pertemuan agung itu, yang kita tak tahu pun bila. Yang kita tahu, ia pasti akan hadir. Pasti. Jadi amount of makanan roh yang cukup adalah hingga Allah redha kepada kita, hingga kita berjumpa denganNYA. Makanya, makanan roh kita sebenarnya takkan pernah cukup, takkan pernah bisa berhenti, kerna kita harus sentiasa bersedia untuk menghadapi pertemuan itu, insya Allah:)

No comments:

Post a Comment