Angin Autumn


Fuuh, sejuk sampai ketulang dah Auckland ni. Angin menembusi baju sejuk yang tak bercirikan wind breaker. Ggrr grr. beku-beku. Tangan pun dah pucat lesi, aliran darah pun dah pening2 agaknya. Tapi alhamdulillah, walaupun beku tulang, tapi rasanya sejuk tu tak sampai mendarahkan hidung. dan yang paling penting, jangalah biarkan sejuk itu menembusi hati-hati kita. membekukan hingga kita rasakan, lebih enak berada di dalam duvet dari menahan dinginnya air untuk berwudhu menghadap Allah swt.
Udara sejuk nyaman ni, kalau kat Malaysia, kena panjat banjaran titiwangsa dulu baru dapat rasa. Cameron Highland, Genting Highland, Janda Baik. Haa tu barulah dapat rasa ala-ala macam ni kan. Tu pun dah tercemar sikit. dengan asap lorilah, bau baja lah lalala~ Tak fresh sudey~ Tapi kat Auckland ni, alhamdulillah, Allah bagi free jek:) heee Alhamdulillah, nanti balik msia surely antunna rasa rindu angin sepoi Auckland ni;)


angin di mana-mana pun semua sama. Sejuk, mendamaikan, mendinginkan, membawa khabar gembira, akan turunnya hujan. Membawa rezeki bagi petani yang menuai. Tapi ada juga angin yang menggerunkan, menakutkan, dan menghisap segala kenikmatan, dan kenikmatan dunia kita, seperti tornado di atas. ok but now, lets narrow down our scope, antunna pernah tak tengok cara angin berpusing. Angin tu akan berpusing , alah macam puting beliung tu. Berpusing-pusing dengan satu center. Kalau ada daun di sekitar, maka daunlah yang ditariknya. Kalau cukup kuat tenganya, rumah pun boleh di sapu bersih. Tapi, apa yang saya rasakan menarik adalah, adalah angintu akan berpusing dan terus berpusing dengan satu arah yang sama, hingga tiba satu detik yang kita tak jangkakan, barulah ia akan berhenti.

Bila saya fikirkan, ujian pun begitu juga. Kita akan ditimpa ujian yang sama, berkali-kali, sehingga kita settle dengan ujian tersebut. Selagi kita tak betul2 dapat go thru ujian tu, kita akan terus diuji dan diuji. Sampai pening pun ada rasanya, sebab masalah yang sama keep on coming. *fuuh why oh why?* Jika seorang yang diberikan ujian couple, maka selagi ujian itu tak settle sepenuhnya, maka hingga akhirnyalah dia akan bergelumang dengan ujian tersebut. Macam kita naik tangga, selagi kita tak lepasi tangga pertama, bagaimana mungkin kita mampu melepasi tahapan kedua. Ok mungkin several cases, kita akan berjaya, melepasi tahapan kedua tanpa tahapan pertama. Macam orang yang dapat PTS, mereka yang genius dan berkemampuan akan mampu melepasi hakikat itu, dengan tingginya tahapan IQ dan kuatnya interior strength-nya.

Ujian tu, Allah hadirkan untuk meningkatkan darjat kita. Untuk membetulkan kelemahan dalam diri, untuk membawa kita lebih dekat kepada Allah. Bukankah ujian itu untuk membuktikan keimanan kita?
"Apakah manusia mengira bahawa bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan, "kami beriman", dan mereka tidak diuji?" [29:2]
Kita selagitidak melepasi tahapan itu, akan terus diuji dengan tahapan yang sama. Berulang-ulang kali, hingga kita melepasi tahapan tersebut. Sama seperti angin, berpusing-pusing, hingga Allah sendiri yang menentukan kita akan berhenti. Ujian itu telah berjaya kita lepasi.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment