*OK blurr kejap, bila ek?*
Pelbagai jawapan yang di-share-kan. Ada yang kata, bergerak dengan kefahaman; selepas mendapat suapan makanan yang enak2 dari mak usrah maka terdetik di hati ini untuk membuat kerja dakwah, then ada jugak yang cakap selepas mendapat amanah; so lama2 dah menjadi satu habit or something than stay within ourselves and jatuh centa dengannya. Then saya suka dengan jawapan ukhti ni, sebab rasa syukur. WOW, Masya Allah.
Syukur dengan segala nikmat yang kita peroleh memang mampu memberi impak yang besar. Bahkan Rasulallah saw ketika ditanya oleh isteri kesayangan baginda, Saidatina Aisyah ra, kenapa baginda masih mengerjakan solat sunat sehingga bengkak2 kakinya, meskipun baginda telah Allah janjikan syurga, malah telah Allah janjikan maksum (suci dari dosa). Tapi dek kerana rasa syukur, baginda masih juga melakukan solat-solat sunat. malah melakukannya hingga tahap yang luar biasa dasyatnya.
Itulah kuasa syukur. Syukur mampu mendorong manusia untuk membuat sesuatu yang besar. Malah perbuatan itu sendiri tidak akan melahirkan rasa berat di hati si pembuat, kerana segalanya dilakukan dengan rasa syukur yang mendalam. Rasa syukur dengan segala nikmat yang Alla kurniakan selama ini, hingga malu untu kembali dihadapannya dalam keadaan tangan kosong, hingga malu dengan Allah yang telah memberi dengan terlampau banyak.
Masya-Allah hebatnya power syukur. Dakwah yang rata-rata katakan berat ini akan dirasakanringan. Dakwah yang dikatakan dipenuhi dengan mehnah, akan dirasakan hanyalah seperti hujan gerimis yang hadir membasahkan bumi yang kepanasan, sementara cuma. Malah jalan yang di mana tidak ramai mengikutinya, akan dirasakan masih cukup untuk terus meredahnya sendirian, kerana yakin Allah masih bersamanya. Masya-Allah. Dengan ikhlas dan syukur insya Allah segalanya akan menjadi mudah.
Jika dulu saya tanyakan kepada ibu usrah, apa definisi syukur?Katanya, kita melakukan segala perbuatan untuk mendekatkan diri kepada Allah. jadi bukan sekadar ucapan Alhamdulillah, malah diterjemahkan melalui perbuatan selepas hati merasakan manisnya segala nikmat yang dipeoleh.

p/s: Ok, ni nak kena basahkan hati kan, sebab if not, macam mana kita nak rasa bestnyanikmat tu, if hati sendiri tidak dekat kepada Allah.
Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al-Kitab dan Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. (QS. 2:151)
Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku. (QS. 2:152)
Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153)
Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153)
No comments:
Post a Comment