well acne and me had been friends for quite sometime. I remember my first acne was on my first IB examination. Oh My! And my dearest teacher tegur, "fatihah, what happen to your face? Tension?" -Am I?- LOL
Hmm tapi kalau difikir-fikirkan, teruk sangat ke ada jerawat ni kan? And the answer is NO, an absolute no. Though sometimes you might here me complaining, but truely, I'm OK with it. It just when someone else asked me, then I get worried. If I remember it right, what had bring me to the doctor, is because my friend keep asking me to. Since the insurance will get it cover for me, so kenapa malas sangat nak pegi kan. heee:)
Somehow it made me thinking, teruk sangat ke jerawat ni kan? Sebab it just fizikal jek, luaran semata, and tak menggambarkan who you are pun. And on top of that, bukankah ujian luaran itu lebih mudah dari ujian dalaman? Allah sedang menjaga kita dalam penjagaanNYA yang terbaik. Mungkin Allah ingin menjaga kita dari sifat riya', dan mungkin juga Allah ingin mengajar kita untuk menundukkan pandangan, menjauhi dari zina mata dan juga zina hati. Alhamdulillah:') Alangkah beruntungnya kita mendapat penjagaan Allah bukan? Umpama kisah Yusuf yang Allah rakamkan dalam surah Yusuf sendiri, dengan rendah hati nabi Yusuf berkata
Dia (Yusuf) berkata: “Rabbi (wahai Tuhanku)! Penjara lebih aku sukai daripada apa yang mereka ajak aku kepada (melakukan)nya. Dan jika tidaklah Engkau (Allah) palingkan daripadaku tipu daya mereka, nescaya rebahlah aku kepada mereka dan jadilah aku termasuk orang yang jahil.”[12:33]
Bahkan kesengsaraan dalam penjara itu lebih baik dari kemuliaan hidup di istana.Tapi bukanlah bermaksud kita harus mendiamkan diri semata, tanda redha dengan ketentuan Allah. Tanda kita mensyukuri nikmat juga adalah dengan menjaga segala kurniaan yang telah Allah berikan kepada kita, baik dari segi kesihatan mahupun dalam perkara yang lebih besar iaitu Ad-Deen itu sendiri. Tanda kita syukur adalah kita menjaga apa yang telah Allah pinjamkan kepada kita. Jika Allah telah memberikan kita muka asalnya yang baik, maka seeloknya kita menjaganya untuk dipulangkan dalam keadaan terbaik juga. Sebagai contoh, bila kita meminjam buku seorang sahabat kita, then diremukkan buku itu, dan dilipat sesuka hati kita, buku yang dulunya bersih, sekarang kita dipulangkan kotor berconteng sana-sini. Dan secara fitrahnya, pasti tuan itu akan 'ter-kesok hatinya kan". Bukan main lawa lagi time diberi dahulu, tapi kini tak macam initial condition lagi. Hmm begitu juga dengan Allah. Its just that Allah itu jauh lebih Ar-Rahman dan Ar-Rahim:) Kita seharusnya menjaga apa yang diberi dengan sebaik mungkin, dari se-simple2 tubuh badan dan kesihatan kita. Bukankah zalim namanya apabila tidak meletakkan sesuatu pada haknya? Sekiranya perut kita meragam minta diisi, maka berilah ia makan walau sedikit cuma. Dan sekiranya kita demam, maka minumlah air sebanyak mungkin untuk kembali sihat, agar dapat kembali menjalankan ibadah kepada Yang Maha Esa.
Tapi in the mean time, sabar-lah bekalan utama. Dan sebaik-baik bekal adalah sabar. Kerana ujian itu hadir ada sebabnya. Ujian itu hadir ada hikmah disebaliknya. Namun, apa yang dituntut dari kita semua adalah sabar dan usaha itu. Selebihnya kita gantungkan nasib kita kepada Allah pemilik diri dan hati kita :')
".....Maka sabarlah yang baik (bagiku). Dan Allah sahaja tempat memohonkan pertolongan atas apa yang kamu ceritakan itu.” [12:18]
~wallahua'lam~
Salam...
ReplyDeleteAnemia adalah kurang sel darah merah..
Jadi untuk meningkatkan sel darah merah makanlah makanan yang mengandungi zat besi(Zat besi merupakan unsur logam besi dalam badan yang diperlukan oleh kebanyakan organisma kecuali sebahagian kecil bakteria. Bagi manusia, zat besi diperlukan dalam pembentukan sel darah merah, iaitu hemoglobin).
Kacang hijau juga dapat membantu meningkatkan sel darah merah.Ini adalah salah satu kaedah tradisional..
Ws..
Deleteterima kasih atas concern saudari:)
Mungkin kerana kos ayam yang jauh lebih murah, telah menyebabkan saya lebih memilih ayam berbanding daging. Jadi, itu pun salah satu punca juga rasanya.
Jazakallahu khairan atas perkongsian:)
Moga Allah menjaga saudari dengan sebaik-baik penjagaan