Palestin? Dulu sebelum datang sini, saya selalu tertanya-tanya, ada apa dengan Palestin? Kenapa kita perlu ambil berat tentang Palestin, sedangkan banyak lagi negara yang dalam kesusahan? Kini apabila mengimbau kesemua persoalan yang pernah menerjah fikiran suatu masa dahulu, membuatku mengucap panjang. Ya Allah, jahilnya aku. Teringat ketika pertama kali aku mengikuti program ISK (Ini Sejarah Kita) pada tahun lepas, seorang senior mengajukan soalan yang sama sebagai pembuka bicara. Namun, apabila dia mengatakan isu ini berkaitan dengan soal akidah, aku TERPANA. Ya Allah, di manakah ak?
Baitul Muqaddis merupakan kiblat pertama orang Islam, sebelum ditukar kepada Masjidil Haram. Ingat tak dulu, kita ada belajar sewaktu sekolah menengah, Masjid Al-Aqsa adalah tempat ke-3 suci umat Islam selepas Masjidil Haram dan MAsjid Nabawi. Jadi, di sini pun kita dapat lihat, betapa tingginya kedudukan Palestin dalam Islam.
Menyoroti sirah para Nabi juga kita dapati banyak kisah Nabi bertempat di Palestin. Nabi Ibrahim mempunyai dua orang anak bernama Ismai (ibunya Siti Hajar) yang membesar di Mekah sepertimana kisah wujudnya telaga zam-zam dan Ishak (ibunya Siti Sarah) pula dibesarkan di Palestin. Kisah ini bermula sejak 2000SM. Nabi Ishak mempunyai 7 keturunan yang kemudiannya di gelar Bani Israil. (Nabi Ishak--N.Yaakob--N.Yusuf--dan seterusnya) Namun, oleh kerana Nabi Yusuf telah dicampakkan ke dalam telaga oleh saudaranya, baginda telah dibawa ke Mesir dan membesar di bawah jagaan Al-Aziz.
Manakala Nabi Musa pula, memimpin kaumnya sewaktu zaman pemerintahan Firaun dan disaat mereka diperintah masuk ke tanah Palestin, mereka ingkar seraya berkata
“Hai, Musa, kami sekali-kali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi ada orang yang gagah perkasa di dalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Rabbmu (Tuhanmu), dan
berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja.” (QS 5:24)
Mereka akhirnya dikutuk Allah dan sebagai balasan mereka hanya berlegar-legar di sekitar Palestin.
Namun, kisah yang paling hampir dengan kita umat Rasulallah s.a.w adalh kisah Isra' dan Mikraj dimana Rasulallah telah diMikrajkan ke Sidratul Muntaha di mana solat 5 kali sehari semalam telah difardhukan.
"Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hamba Nya pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya (Masjidil Aqsa dan daerah sekitarnya dapat berkah dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu berikutan kesuburan tanahnya) agar kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat" (Al-Isra',17:1)
Jadi, menjadi tanggungjawab kita memelihara kesucian tempat Nabi-Nabi kita. Palestin harus dipertahankan daripada mana-mana bangsa lain.
Sewaktu era pemerintahan saidina Umar r.a 638M, Palestin telah dimerdekakan dari jajahan Romawi dan seluruh penduduk Palestin hidup aman dan damai dibawah kebebasan beragama. dan sekali lagi, Palestin berjaya dibebaskan dari cengkaman tentera Salib, dibawah pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi.
Jadi, sejak zaman berzaman kita dapat lihat para sahabat cuba menguasai Palestin yang kini menjadi tempat pertumpahan darah. Jadi sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di sana, semoga Palestin terus menjadi milik umat Islam, amin
No comments:
Post a Comment