Seringan2 Azab Neraka

ust came back from a Kuliah Maghrib held at the university. Kakak senior tayangkan video ceramah oleh Ustaz Haji Shamsuri. Dalam sesi kali ini, beliau menerangkan tentang rahmat dan kasih sayang Allah di padang masyhar kelak.

Di padang mashar, yakni tempat perkumpulan manusia sebelum kita semua dihisab. BAyangkan betapa sesaknya tempat tersebut, kesemua manusia sejak zaman Nabi Adam iaitu sejak bumi pertama kali dicipta hinggalah ke kaum yang terakhir, kaum nabi Muhammad s.a.w. dihimpunkan. Menanti giliran sebelum dihisab segala amal perbuatan kehidupan sementara kita di dunia. Keadaanya sesak, hinggakan manusia tidak mempunyai ruang untuk berdiri di atas kaki sendiri melainkan berdiri di atas orang lain. Menanti giliran yang tak kunjung tiba. Dengan syafaat baginda Rasulallah s.a.w, Insya Allah kita akan menjadi kaum pertama yang dihisab.

Salah satu perkara yang membuat saya amat tertarik apabila ustaz menerangkan tentang seringan-ringan azab yang diterima manusia di neraka kelak adalah, dua putung api neraka diletakkan di bawah tapak kaki. Dan meskipun hanya dua putung, ianya dapat menyebabkan otak manusia menggelegak. Ya Allah, betapa peritnya siksa neraka, dan seburuk-buruk tempat kembali adalah neraka. Moga kita mampu meraih rahmat dan kasih sayangNya dan mohon dijauhkan dari azab yg pedih ini.

No comments:

Post a Comment