Pernah tak kita terfikir mengapa kita diutuskan di muka bumi ini? Mengapa kita perlu melalui setiap liku-liku kehidupan ini dan adakah sebenarnya kita benar-benar mengejar apa yang kita cari?Adakah kekayaan yang kita cari?adakah segulung phD menentukan kita sudah cukup berjaya di dunia?Adakah keselesaan hidup yang kita cari?Memiliki rumah yang besar?Kereta yang mewah, akan memastikan kita akan bahagia buat selamanya?Pernah kah kita terfikir, mengapa kita berada di sini?
Alhamdulillah kita telah dilahirkan sebagai seorang Muslim, Selawat dan salam buat Rasulallah dan para sahabat yang memperjuangkan Islam meskipun menghadapi pelbagai onak dan duri dalam menyampaikan syiar Islam hingga nikmat Iman dan Islam itu dapat kita kecapi hari ini.
وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku [Az-Zariyat,51:56]
Ibadah dari segi bahasa adalah merendah diri, tunduk, dan memperhambakan diri kepada sesuatu manakala dari segi syara' ibadah adalah tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah s.w.t. Perkataan ibadah berasal dari root word 'abd' yang bermaksud acknowledging someone other than oneself as holding supremacy or enjoying overlordship and of abdicating one's freedom and independence in big favour, of relinquishing any resistance to or disobedience of him, and of surrendering oneself totally to his authority. Since slavery or bondage too are tantamount to similar status, the first sense the word conveys to the mind of any Arab is of this very factor, namely, slavery or bondage.[1]
Allah juga ada menyebut dalam surah Al-Baqarah bahawa manusia juga dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini. Ini juga merupakan satu bentuk ibadah. Khalifah berasal dari perkataan khalif yang juga bermaksud pengganti manakala khilaf pula bermaksud kepimpinan.[2]
Merujuk kepada surah Al-Baqarah,2:30
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmuberfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah (khalifah bermaksud pengganti, pemimpin atau penguasa) di bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama Mu?" Dia berfirman, "Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". [2:30]
Jadi tugas utama kita di muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada-Nya. Dan ibadah boleh dilakukan dalam belpagai cara samada ibadah wajib seperti solat dan puasa manakala ibadat sunat pula mencakupi pielbagai hal seperti sedekah, solat dan puasa sunat. Hatta senyum juga merupakan satu sedekah. Apa yang penting, segala yang dilakukan adalah kerana ALlah ta'ala. Itu yang paling utama. Semoga kita berjaya mencapai redha Ilahi sebelum bertemu dengan-Nya.
No comments:
Post a Comment