Apa saat paling getir kita ya??

Jika ditanya, apakah saat paling getir yang pernah anda lewati? Pasti aku tercengang dan otakku terpaksa bekerja keras untuk mencari jawapan. ALhamdulillah hinga kini jalan hidup ku sentiasa dibantu olehNya; mengirimkan orang-oran yan sentiasa mengasihiku. Dan mungkin aku tidak mampu memberi jawapan yang terbaik. Apa sangatlah saat getir ku jika dibandingkan dengan insan yang jauh lebih berat ujiannya. Apatah lagi jika dibandingkan dengan diri baginda Rasulallah saw.

Pada tahun ke-10 kenabian di bulan Syawal, Baginda keluar ke Thaif bersama Zayd b Harithah yang jarak perjalanannya 60 batu. Apabila tiba di sana, bainda menemui 3 beradik dan menyeru mereka kepada agama Allah serta membantu aama Islam. Namuan seruan baginda ditolak mentah-mentah. Baginda tinggal di Thaif selama 10 hari dan dalam masa yang pendek itu baginda telah menemui semua kenamaan dan mengajak mereka kepada Islam. Tetapai mereka mengusir baginda. Malah mereka menghasut orang-orang bodoh supaya menyerang Nabi saw. Justeru semasa bainda hendak keluar baginda dimaki hamun dan akhirnya orang ramai berkumpul dan membentuk 2 barisan. Malah apa yang lebih menyayat hati adalah apabila mereka membaling batu ke arah tumit baginda sehina kasut bainda dibasahi darah. Zayd b Harithat cuba melindungi Bainda dengan menjadikan dirinya sebagai sasaran, hina berdarah kepalanya. Begitulah mereka meneruskan hinggalah mereka keluar 3 batu dan berteduh di sebuah kebun milik adik beradik anak lelaki rabi'ah.

Al-Bukhariy meriwayatkan secara terperinci kisah baginda ketika di Thaif-dengan sanadnya-daripada Urwah bin Al-Zubayr, bahawa Aisya ra menceritakan kepadanya: Kata AIsyah ra kepada NAbi saw: "Pernahkah kamu melalui satu hari yang lebih dasyat dari hari Peperangan Uhud?" Jawab baginda: "Aku pernah mengalami daripada kaummu apa yan aku alami, dan yang paling hebat pernah aku alami ialah semasa di al-A'qabah, iaitu ketika aku menawarkan diriku kepada Ibn 'Abd Yalil bin A'bd Kallal (dia adalah orang yang Rasulallah temui selepas tiba di Thaif untuk menyampaikan ajaran suci ini) Dia tidak menyahut ajakanku. Lalu aku pun beredar denan penuh kesedihan. Sedar-sedar aku sudah berada di Qarn al-Tha'lib. Lalu aku angkat kepalaku, dan tiba-tiba aku lihat seumpal awan yang menaungik. AKu perhatikan lai, tiba-tiba aku melihat Jibril, lantas dia menyeruku "Sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata kaummu terhadapmu serta tindak balas mereka terhadapmu. Dan ALlah mengutuskan kepadamu malaikat bukit supaya engkau arahkan dia apa yang engkau mahu lakukan terhadap mereka. Lalu malaikat bukit itu menyeruku serta memberi salam kepadaku, seraya berkata "Hai Muhammad, apa yan kamu mahu, kalau kamu mahu aku hempaskan ke atas mereka al-Akhshabayn nescaya aku lakukan (itu adalah dua buah bukit di Mekah iaitu bukit Abu Qubays dan bukit yang bertentangan dengannya iaitu Qa'ayqa'an) Nabi saw menjawab: "Maka aku mengharapkan agar Allah mengeluarkan dari sulbi mereka orang-orang yang menyembah Allah semata-mata tanpa mensyirikka-Nya dengan sesuatu"

Masya Allah besarnya hati baginda. Hingga dilakukan sebiitu rupa, baginda masih bisa berlapang dada dan mendoakan perkara yang baik kepada orang yang menyerangnya. Malah baginda tidak serik dan berputus asa dalam menyampaikan dakwahnya. Sungguh beliau lah sebaik-baik insan, kekasih Allah.
Jadi apalah sangat dengan diri kita yang hanya dibenci dan kurang disenani oleh sedikit orang? Apalah layak kita menyakitinya semula? Dan apalah sangat cubaan yan kita terima hingga kita sanggup berputus asa? Bukankah baginda sebaik-baik suri teladan dan sebaik-baik contoh. Bila ditimpa kesusahan, ingat ada mereka yang lebih teruk lagi dari kita, apabila motivasi itu berada dalam diri, insya Allah kita akan menjadi insan yang sering bersyukur dan sentiasa mampu untuk melihat kedepan, Insya Allah

No comments:

Post a Comment