Cinta yang agung hanyalah milik Yang Esa; pencipta pentadbir apa yang ada di langit, di bumi dan apa yang ada diantara keduanya. Dan sungguh hanya Dialah yang layak disembah semurninya. Dan cinta yang selepasnya tidak lain dan tidak bukan, milik insan mulia junjungan besar kita Rasulallah s.a.w Dan kedua cinta itu tiada tandingannya.
Namun saya sendiri tertanya-tanya, sejauh manakah cinta saya? Pasti tak mampu diukur dan hanya sedikit jika inin dinilaikan. Tak layak diri yang kerdil ini untuk dibandingkan dengan segala nikmat yang saya kecapi hari ini.
Sedikit sekali diri ini mengingatimu,
alpa aku dihanyut arus duniawi ini,
hati ini jarang sekali memahami hakikat kejadian dihadapanku, merinduimu kekadang cuma,
fikiran ini sedikit benar memikirkan dirimu.
Apakah layak aku digelar pencintaNya dan pesuruh mulia?
Saya membaca satu petikan menenai Imam Malik-semoa Allah merahmatinya-selalu menajar kita Muwaththa’ di masjid Nabawi di Madinah. Ketika dia sedang asyik membaca buku tersebut, dia digigit kala jengking sebanyak 13 gigitan, akan tetapi dia tenang membaca dan tidak berubah.
Setelah Imam Malik selesai mengajar, dia melihat bekas gigitan itu dan menyapunya denan anti toksin, lalu salah seoran murudnya bertanya, “Wahai tuan mengapa tidak memberhentikan bacaan tatkala tuan baru digigit oleh kala jenking?” Imam Malik menjawab, “Maha Suci Allah! Saya memberhentikan membaca hadith kekasihku Rasulallah saw kerana hanya gigitan seekor kala jenking? Cinta macam manakah ini? Dan kerinduan seperti apakah ini?”
Manakala Said bin Musayyib pernah ditanya tentang satu hadith Rasulallah saw sementara dia sedan sakit teruk, dia berkata, “Tolong bantu saya untuk duduk, tidak layak saya menyebutkan hadith Rasulallah saw sementara dalam keadaan berbaring”Masya-Allah! Hebatnya kecintaan mereka kepada Rasulallah. Bagaimana halnya pula dengan diri kita? Untuk menikut sunnah baginda dalam amal seharian pun kekadang kita lupa. Bukankah orang yang kita hormati itu ingin kita jadikan teladan. Sebaaimana halnya rata-riti anak muda menjadikan artis sebagai ikon mereka, segala perkembangan diri artis pujaan itu ingin diketahui. Seala tempat yang dia lawati inigin kita singahi. Malah cara berpakaiannya juga inin kita cuba.
Namun kenapakah tidak kita bersifat demikian dengan Rasulallah? Sunahnya banyak yang boleh dipelajari malah banyak yang telah dibuktikan secara saintifik akan kemujarabannya. Kisah hidupnya banyak yang boleh kita jadikan contoh dalam menjalani kehidupan sehari-hari kerana beliaulah sebaik-baik akhlah untuk dicontohi. Sebagaimana sabda Allah
“Sesunguhnya telah ada pada diri Rasulallah itu suri teladan yang baik baimu, (iaitu) bai oran yang mengharap (rahmat) Allah dan (ketibaan) hari qiamat dan dia banyak menyebut Allah”[Al-Ahzab:21]
Dan disini saya mengingatkan diri saya secara peribadi agar sentiasa meneladani Baginda Rasulallah saw baik dari sei sisi aqidah, perbuatan, perkataan dan dalam semua keadaan, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment