Sudahkah anda mengerjakan solat?

Sering tertanya-tanya aku dalam kekeliruan. Adakah solat aku diterima Allah? Risau jika amalan hanya tinggal sebagai rutin. Nauzubillah. Dahulu, pernah aku mendengar dari seseorang, jika kita melakukakan sesuatu perkara buruk baik dari segi tingkah laku, bicara dihati mahupun oleh sepasang bibir ini, pasti ada kerana solat kita tidak sempurna. Dahulu aku pernah meraguinya, namun sepatah ayatul Quran menepis segala kesangsian aku.

“…sesunguhnya sembahyang itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar…”[Al-Ankabut:45]

Kamu mungkin mengatakan, “Bagaimana dengan melaksanakan sembahyang, sementara dia tetap sahaja berzina dan mencuri? Meskipun dia bersolat, lidahnya masih mampu berdusta? Jawapannya adalah “Kerana dia hanya melaksanakan solat, namun belum sampai tahap mendirikan solat”.

Adapun yang dimaksudkan dengan mendirikan sembahyang, kerana dia sentiasa meresapi dan menghayati makna segala gerak-geri dalam solat, mulai daripada kekhusyukan, ketundukan, wudhu’ (kebersihan), keikhlasan, ketika ruku’, ketika sujud dan ketika berzikir.

Jadi tepuk dada, tanya iman, adakah kita benar-benar mendirikan solat ataupun hanya sekadar bangun dan tunduk dalam masa yang singkat itu. Hati saya tersentuh apabila membaca kisah sahabat-sahabat yang begitu khusyu’ solatnya, ada yang hampir pengsan sebelum menunaikan solat kerna risau untuk menghadap raja segala raja. Malah ada yang hanya mampu mencabut panah ditubuh (selepas berperang) ketika solat. Kerana hanya pada ketika itu dia tidak merasai sakitnya panah itu dicabut dari tubuhnya. Masya Allah betapa tebalnya iman mereka. Semoga kita mampu mencontohi mereka, Insya Allah. Kerna solatlah yang pertama akan dihisab di mahsyar kelak.

[Jagalah Allah, Allah Menjaamu]

No comments:

Post a Comment