Sydney White

Selepas menonton Sydney WHite, terimbas kembali zaman persekolahan dulu. Ada satu fenomena 'click', or some say 'pilih kawan'. Ada kumpulan pelajar yang cerdik pandai, dan ada pula kumpulan yang mempunyai minat yang sama. Seronok bila diimbas kembali zaman itu, saling berelak ketawa dan berkongsi minat dan citarasa yang sama. Itu merupakan satu fenomena yang agak biasa diperhatikan. Namun, jika dilihat sekali lagi, adakah kita pada waktu itu hanya cenderung untuk berkawan dengan orang-orang yang tertentu sahaja? Dan tidak berminat untuk bergaul dengan mereka yang lain dengan alasan kita berbeza. bukankah itu persaudaraan berasaskan material dan minat kita semata-mata?

Jika rupa paras yang menjadi pertaruhan pasti akan tiba masanya rupa itu menghasilkan kedut-kedut, jika populariti yang didambakan pasti suatu hari nanti dia akan berada dibawah dan jika kekayaan yang menjadi idaman, pasti manusia tidak akan pernah mengenal erti puas. Kerana semua material itu pasti akan berubah dan tidak bersifat statik. Dan jika persaudaraan itu yang kita jalinkan, dimanakah keikhlasan hati seorang insan? Apatah lagi bagi kita yang bergelar muslim. Kekadang bila hal ini terjadi, mungkin perkara yang boleh menyedarkan kita kembali adalah betapa diri kita punya seribu satu kelemahan untuk seorang insan lain bergelar seorang sahabat menyesuaikan diri. Dan motivasi terbesar adalah dengan merenung hadis Rasulallah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hamzah Anas bin Malik ra; "tidak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri"[HR Bukhari dan Muslim] Jika kita merenung hadith ini, insya-Allah kita akan mendapat suntikan rohani. Siapa lagi contoh ikutan terbaik jika bukan Baginda? Dan apakah hubungan yang terbaik dibina jika bukan kita bertemu dan berpisah hanya kerana mengharapkan redhaNya.

Jika didalam Sydney White, Witchburn hanya ingin berada ditangga teratas (popular) dan sesungguhnya itu tidak kekal lama dan akan tiba masanya populariti itu akan hilang dan sahabat yang dulu menyokong akan berpaling tadah kerana populariti itu bukan milik dirinya lagi. Nauzubillah

No comments:

Post a Comment