Pada hari ketiga Rasulallah saw mengulani apa yang dicakapkannya itu. Maka Abdullah b Umar ra pun pergi bersamanya hendak melihat amal ibadahnya. Setelah diteliti dan dia perhatikan, dia tidak melihat lelaki tersebut melakukan puasa sunat ataupun melakukan qiyamullai.
Maka Abdullah bin Umar ra merasa hairan, diapun bertanya kepadanya: "Apa sebenarnya yan anda lakukan? Kerana saya mendengar Rasulallah saw bersabda: "Nanti daripada pintu ini akan muncul seorang lelaki yang termasuk penghuni syurga kepada kalian", sebanyak 3 kali dalam 3 hari berturut-turut dan orang itu adalah anda"
Maka dia menjawab: "Beginilah ibadahku, beginilah puasaku, beginilah qiyamullaiku, akan tetapi, saya memperhatikan anda ini selalu menanyaiku terus. Demi Allah sesungguhnya pada setiap malam, ketika saya tidur, di dalam hatiku tidak terdapat perasaan dengki, benci, dan penkhianatan kepada salah seoran pun daripada kaum muslimin"
[Ahmad, Kitab Majma' Az Zawaid]
Begins with the end in mind 🌈 Hidup, harapnya bukan sekadar hidup 🌈
Seorang yang suci hatinya
Tatkala Rasulallahsaw duduk dalam suatu majlis, tiba-tiba masuklah seorang lelaki yang baru sahaja selesai berwudhu', janutnya masih menitiskan air, sementara kasutnya berada pada tanan kirinya, sebelum dia masuk, Rasulallah saw bersabda: "Nanti daripada pintu ini akan muncul seorang lelaki yang termasuk penghuni syurga kepada kalian." Lalu masuklah lelaki ini, lalu dia menunaikan sembahyang sunat dua rakaat.
Pada hari kedua, Rasulallah saw bersabda seperti itu juga: "Nanti daripada pintu ini akan muncul seorang lelaki yang termasuk penghuni syurga kepada kalian." Maka lelaki itupun masuk.
Masya Allah. Dan sesunguhnya kesucian hati itu amat penting dalam Islam. Malah dari kisah ini, ia menjadi salah satu sebab diterima masuk ke perhentian yang amat kita harap-harapkan yakni syura Ilahi. Apakah yang lebih indah dari itu? Jadi apa kata jika kita mulakan satu habit baru semoa kita dapat sama-sama menyertai laki-laki tersebut. Ayuh kita padamkan segala caj-caj negatif dalam diri kita, lebih baik memaafkan dari benci, lebih baik sayang daripada iri. Mari kita melapangkan dada kita sepanjang masa, atau setidak-tidaknya kita maafkan segala kesalahan orang lain terhadap diri kita yan lemah ini, moga dengan harapan orang lain juga memafkan diri kita yan serba kekurangan ini, Insya Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment