Burung Kenek-Kenek,
Hinggap di atas dahan
Pesan datuk nenek,
Sujudlah pada tuhan.
Burung kenek-kenek,
Hinggap di atas pagar,
Pesan datuk nenek,
Rajin-rajinlah belajar.
Burung kenek-kenek,
Hinggap tepi perigi,
Pesan datuk nenek,
Bangnlah pagi-pagi.
Burung kenek-kenek,
Higgap di pohon kelapa,
Pesan datuk nenek,
Patuh ibu bapa.
Hinggap di atas dahan
Pesan datuk nenek,
Sujudlah pada tuhan.
Burung kenek-kenek,
Hinggap di atas pagar,
Pesan datuk nenek,
Rajin-rajinlah belajar.
Burung kenek-kenek,
Hinggap tepi perigi,
Pesan datuk nenek,
Bangnlah pagi-pagi.
Burung kenek-kenek,
Higgap di pohon kelapa,
Pesan datuk nenek,
Patuh ibu bapa.
Pantun2 Melayu lama di atas saya temui sewaktu sesi bercerita dengan adik, kalau tak silap 365 cerita dot dot..heheh lupa sebenarnya, tapi yang pasti 365 tu ada..kononya untuk anak2 before mereka tidur, kiranya satu cerita satu hari..not too much to instill their interest in reading i guest.
Wagh! hebat sungguh orang tua2 kita, mereka menggunakan segala method yang ada termasuklah pantun untuk menasihati kita; generasi yang masih muda ini..Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah unsur2 pantun yang diterapkan seperti ketuhanan, dan good attitude. Seperti yang terdapat dalam rangkap pertama, atuk nenek dah berpesan lama dah, bahawa kita sebagai insan ini kena patuh kepada Allah dalam apa sahaja yang kita ketahui. maksudnya, agama Islam ini telah tersebar lama di Tanah Melayu ini.
Pelbagai teori yang menyatakan asal usul agama Islam di Malaysia seperti dari pedagang China dan India, Perkahwinan campur dan lain2. Mungkin ramai diantara kita yang dah belajar dari mata pelajaran sejarah di sekolah. Rata-rata mengatakan bahawa mereka datang berdagang ke Melaka dan sementara menunggu angin monsun reda, mereka akan tinggal di Melaka dan pada masa yang sama ada yang tertarik dengan anak gadis melayu dan melangsungkan perkahwinan. Namun saya percaya, bahawa tujuan mereka datang ke sini dengan tujuan yang lebih besar lagi, membawa mesej suci agama Islam. Bukanlah semata-mata berdagang.
Jadi tujuan mereka sebenarnya adalah menyebarkan agama Islam menggunakan perdagangan sebagai alat. Hal ini diperakui oleh fakta2 namun tidak kita pelajari di sekolah. Oleh sebab itulah kita dapat lihat terapan bahasa Arab dalam bahasa Melayu kita hari ini. Bahasa Melayu pada asalnya tidaklah kaya dengan vocabulary, namun setelah menerima terapan bahasa Arab, BM menjadi kaya dengan pelbagai istilah seperti nasihat, sabar, kitab, dan ilmu. Tanpa perkataan2 ini bagaimana mungkin kita menjelaskan sesetengah hal dengan terperinci. Begitu juga dengan huruf jawi yang kita pelajari di sekolah. Orang2 Arab yang datang ke tanah air, telah menmbahkan beberapa huruf tambahan walaupun huruf2 tersebut tidak digunakan di dalam al-Quran untuk membantu orang melayu mengeja beberapa perkataan. Jadi mereka tambahkan huruf 'cha', 'nga', 'pa', dan 'ga' agar perkataan seperti pagar dan cawan dapat dieja dalam bahasa jawi. Subhanallah. Jadi bagaimana mungkin mereka datang untuk berdagang semata-mata. Masa yang ada juga mereka gunakan untuk berdakwah kepada rakyat setempat. Oleh sebab itulah kita dapat lihat dari sejarah Melaka akan kisah sultan Alauddin Riayat Shah menyamar sebagai rakyat biasa di malam hari untuk menjaga keamanan rakyat seperti mana yang telah dilakukan oleh Khalifah agung Umar r.a Masya Allah.
Alhamdulillah alhamdulillah saya amat berbangga untuk menjadi sebahagian dari warisan agama ini. Terpilih olehNYA menjadi sebahagian dari penganut agama suci ini. Tanpa mereka, tidak mungkin saya dapat 'menyaksikan' agama luhur ini. Mereka telah menunaikan tanggungjawab SH mereka, sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 143 "Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia." [2:143]
dan mendengarkan ayat ke 140 membuatkan saya tertanya-tanya adakah saya sebahagian dari mereka? "......Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan. [2:140]
Semoga kita mencontohi mereka yang terdahulu, mereka yang bersusah payah menyebarkan islam hingga kita menjadi saksi akan kewujudan mereka, bagaimana pula dengan kita? Siapa yang akan menjadi saksi bahawa kita telah menyebarkan agama ini? Wallahua'lam

No comments:
Post a Comment