Rama rama indah

Sedang asyik memerhatikan seekor rama-rama yang indah berterbangan di udara. Warnanya yang putih bersih sangat mempesonakan dan mengasyikkan siapa saja yang memandangnya. Terlintas di hati kecil ini, jika ciptaan ini cantik, pasti si Penciptanya lebih indah lagi.

Refleksi demikian seharusnya dimiliki oleh setiap hamba pada setiap masa dan ketika. Setiap apa yang kita lihat, seharusnya menghubungkan kita terus kepada sang Pencipta. Macam orang yang sedang bercinta lah katakan. Bila dah sayang, setiap apa yang kita lihat, kita akan terkenang padanya. Setiap kata-kata yang kita dengar akan menjerumuskan ingatan kita padanya.

Kadang-kadang melihatkan kelakuan orang bercinta juga agak pelik. Ada yang sanggup menukar personaliti semata-mata inin kelihatan cantik dihadapan si dia. Jika si kekasih hati 'fanatic' kepada warna pink, se hero pula akan menolak kebencian kepada warna yang cukup feminin itu semata-mata untuk meraih perhatian si dia. Ada juga yang sanggup menghabiskan beribu ringgit untuk rawatan kecantikan agar dapat menambat hati kekasih hati.

Jika kita fikirkan sekali lagi, pengorbanan ini hanya akan terlahir jika kita benar-benar sayang kepadanya. Mari kita aplikasikan teori ini kepada skop yang lebih luas lagi. Kepada yang Maha Pencipta. Yang Telah menciptakan kita dari tiada apa-apa. Yang telah mengangkat martabat kita ke tempat yang tinggi sebagai insan.

Jika kita benar-benar menyayanginya, pasti kita sanggup mengorbankan apa yang kita suka untuk meraih cintaNYA. Jika kita seorang yang fanatic dengan korean drama, pasti kita sanggup mengorbankan masa menonton kita dengan hal yang lebih berfaedah lagi. Bukanlah saya bermaksud untuk mengatakan menonton drama ini 100% tidak O.K. Tapi mengingatkan hadith nabi s.a.w "diantara tanda kebaikan seorang muslim, adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya"

Hadith 12 Arabic text

"diantara tanda kebaikan seorang muslim, adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya" [HR Tarmidzi]

jadi sebaiknya jika kita meninggalkan hal-hal yang tidak menambahkan iman, kerana kelak kita akan dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Jadi, sejauh mana kita rela mengorbankan apa yang kita suka untuk meraih kasih sayang NYA dan berkat dalam hidup yang singkat ini. Sejauh mana pula tahap kecintaan kita hingga mampu melihatnya dalam setiap apa yang kita buat. Adakah kita benar-benar telah mabuk cinta denganNYA?


1 comment:

  1. Hiduplah di alam nyata tetapi hati sentiasa bersamaNya... Kita berinteraksi di alam dunia, tetapi hati sentiasa mencari keRedhaanNya, mencari pedoman, mencari barakah... Orang yang telah diangkat martabatkanya menjadi Waliullah adalah mereka yang hidup di alam dunia tetapi menjadi SAKSI kepada kebesaran Allah s.w.t. Dalam setiap amalan dan perbuatannya manusia boleh mendapat pedoman dan rujukan, dia menjadi SAKSI kepada Khaliqnya. Hidupnya yang berkat menjadi ibarat bintang besinar di ufuk langit untuk pelayar jadikan pedoman di lautan luas.. Itulah dikatakan bahawa bumi ini akan hancur dan musnah jika ada masanya semua Wali-wali Allah tersebut sudah tiada. Ini dimitoskan oleh orang-orang tua yang kurang ilmu agama bahawa wali-wali ini mempunyai kuasa magis menjaga alam setiap 'kuasa' besar di alam ini (umpamanya Gunung Merapi di Indonesia..)

    ReplyDelete