Kucing Bernalurikah?

Benar kata orang, kucing pun ada naluri juga. Tahu untuk rasa sedih, tersinggung...emm tapi gembira saya tak tahu pula.Tak perasan.
Baru-baru ini ada salah seorang dari kami memarahi kucing peliharaan, gara-gara terlihatnya membuat kotor dalam rumah. Walaupun tak tengking secara direct, tapi adalah ternaikkan suara sikit. Terus si kucing tidak masuk rumah sepanjang hari. Barangkali terkejut dengan suara tinggi yang tak pernah didengarinya. Selepas digosok2 dan dipujuk2, barulah dia berani masuk semula. Tapi dia tak lagi seperti dulu. Menjauhkan diri, dan tubuh seolah2 'keras' dan tidak mudah mesra. Jika dulu dia sering

Tak sangka tragedi seminggu yang lepas akan menjadi salah satu peristiwa terakhir dalam hidupnya. Pagi tadi terjumpa jasadnya terbujur kaku. Dah keras dah pun. Maybe dah 5-8 jam dan dia mati. mata mula berkaca. Benarlah manusia dan kucing dapat menjalinkan hubungan emosi yang istimewa.

Dengan adanya si comel itu, rumah ceria dengan keletehnya, segala tindak tanduknya menjadi perhatian kami. Umi kata, kehadiran kucing menceriakan rumah. Sama dengan hadirnya seorang baby, senang nak 'gege' oghe kelate kato.

1 comment:

  1. Hati manusia itu hidup dan merentasi alam... Itulah istimewanya manusia ciptaan Allah yang dijadikan khalifah di muka bumi ini. Kalau hanya bergantung kepada kudratnya, manusia amat lemah tetapi akal dan hatinya mampu menundukkan harimau dan singa yang ganas, gajah yang perkasa. Manusia itu memang istimewa, lebih tinggi darjatnya daripada malaikat jika dia beriman kerana hakikat manusia itu bukan hanya jasad daripada tanah, tetapi ruh dari alam yang lebih tinggi. Inilah agaknya yang dirasai oleh haiwan-haiwan...

    ReplyDelete