[HR Bukhari dan Muslim]
Masya Allah. Bayangkan betapa indahnya jika kita menjadi sebahagian dari mereka. Terlepas dari suasana yang mengerikan di akhirat kelak. Betapa takutnya apabila dipanggil berdiri di hadapan Allah dan kita membaca catatan dosa-dosa kita, dosa demi dosa. Tapi di sana ada sebahagian kecil dari kita yang terlepas dari keadaan yang mengerikan itu. Ya ALlah jadikanlah kami sebahagian dari mereka, kerana kami tidak mahu dan tidak berdaya meskipun sekadar berimaginasi tentang itu.
Namun tawakkal itu benar2 sukar. Kadang2 mulut ringan mengatakan aku redha, tapi di hati masih meletakkan kesalahan dan berharap akan sesuatu yang lain. Kerana soalnya hati itu sungguh merupakan hal yang sulit. Jadi wajarlah jika mereka yang benar2 mampu bertwakal dengan sebenar2 tawakal itu diberi ganjaran hebat oleh Al-Khaliq.
Saya suka dengan analogi yang diberikan oleh penulis, Amru Khalid dalam bukunya 'Hati sebening Mutiara'. Tawakal boleh diibaratkan sebagai pasrahnya mayat dihadapan orang yang memandikannya. Perhatikanlah gambaran ini! Apakah kita tahu, apa yang dilakukan oleh orang yang memandikan mayat? Ia membolak-balik tubuh mayat itu seenaknya. Beitulah tawakal. Kita katakan pada Allah swt, "Ya Allah, lakukanlah semua yang KAU kehendaki, aku pasrah dengan seluruh keadaanku, aku ridha dengan apa yang Kau lakukan, aku bertawakal pada Mu, karena aku yakin Kau tidak akan menjurumuskanku menuju kemudharatan.
masya Allah. Tiada yang lain yang lebih berhak dari DIA yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi serta apa yang ada diantara keduanya. Kerana dialah yang memiliki segalanya, dan DIAlah yang memiliki nama Al-Wakil, yang tidak akan pernah menelantarkan kita dalam kejelekan. Ia tidak akan menghalangi satu rezeki pun dari manusia. Bila ia menghalangi, maka itu agar kita memikirkan hikmahnya-bahawa Allah akan membuka jalan rezeki dengan menutup jalan rezeki yang lain.
Lihat sahaja peristiwa kita sewaktu kecil. Renungkan janin di perut ibunya makan melaluitali pusat dengan jalan yang satu, iaitu plasenta. Ketika ia lahir, ia menangis kerana merasa kehilangan jalan yang ia biasa gunakan. Ia tidak tahu kalau dengan kasih sayangNYA Allah memberikan dua jalan padanya, iaitu melalui payudara ibu. Allah memberikan susu yan bersih lagi murni. Ketika genap usianya, si ibu akan menyapihnya dan bayi menangis lagi kerana merasa kehilangan kebiasaannya. Ia tidak tahu kalau Allah memberika rezeki yang banyak lagi dari daging dan sayuran dan minuman yang pelbagai. Dan seterusnya. Apabila satu jalan ditutup nescaya ada jalan lain yang terbentang luas untuk kita. Itulah Al-Wakil.
Mari kita renungkan firma Allah dalam surah Al-Imran:26-27
Engkau menjadikan malam memasuki ke dalam siang, dan Engkau menjadikan siang memasuki ke dalam malam, dan Engkau mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan Engkau memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau mengkehendaki tanpa perhitungan."[Al-Imran 3:26-27]
Perhatikanlah besarnya kerajaan Allah, dan pengaturannya terhadap alam semesta ini hingga kita tahu betapa layaknya kita bertawakal kepadanya. Merelakan segala apa yang terjadi setiap detik dalam hidup kita. dan meletakkan segala keputusan dalam setiap langkah kita hanya di tanganNYA yang Maha Kuasa kera DIAlah yang bersifat Al-Wakil. Wallahua'lam
-editted from Amru Khalid, Hati sebening Mutiara-
Banyak terminologi asing dalam post ini Long.. Term dari seberang..
ReplyDeleteSesungguhnya Tawakkal itu sukar tetapi dialah kunci dalam meleraikan segala permasaalahan dunia dan akhirat kerana tanpa tawakkal tidak akan ada redha dan tanpa redha tiada tenteram.