Firaun Laut Merah dan Mumia

Sejak kecil lagi kita mendengar kisah Firaun kan. dan apa yang biasa kita bicarakan adalah mengenai kehebatan tamadun Mesir yang sejak beribu tahun lampau mampu mengawet tubuh manusia dan dipamerkan dari generasi ke generasi akan datang. Tapi kita lupa untuk mengamati kisah disebalik itu sendiri. Saya sendiri sentiasa 'blown by' that kind of fact. 'Pandainya mereka' terpahat di minda. Bahkan, ada yang mengatakan roti pertama dibuat juga adalah dari masa Firau, namun saya tidak pasti akan kesahihannya. Ini dapat dikaitkan dengan kisah ibu Nabi Musa terpaksa menyorok bayi lelakinya di dalam 'oven' ekoran gesaan Firaun untuk membunuh siapa sahaja bayi lelaki di negara itu rentetan dari mimpi ngeri yang beliau alami.

"Letakkanlah ia (Musa) di dalam peti, kemudian lemparkanlah ia ke sungai (Nil), maka pasti sungai itu membawanya ke tepi, supaya diambil oleh (Firaun) musuh-Ku dan musuhnya. Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari-Ku; dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku."" (Thaaha, 20: 38-39)
Mungkin oven yang dimaksudkan dalam kisah ini digunakan untuk membuat roti yang menjadi makanan ruji masyarakat arab sejak zaman berzaman. Mungkin.
Berbalik kepada kisah Firaun tadi. Firaun merupakan gelaran bagi raja atau ketua negara di sana. Sebagaimana kita dengan gelaran Sultan. Nabi Musa diutusakan untuk menyeru Firau dan masyarak Mesir untuk kembali menyembah ALLAH yang Maha Esa. Namun Firaun yang sombong malah mengaku dirinya sebagai tuhan, keras-kerasan menoloak ajakan Nabi Musa a.s. Dipendekkan cerita, pada suatu ketika, sedang mereka (pengikut N.Musa) melarikan dari tentera Fira'un, and found the dead end, Allah telah mengilhamkan Nabi Musa a.s untuk memukul Laut Merah agar menjadi laluan buat mereka menyelamatkan diri.
"Lalu Kami wahyukan kepada Musa: "Pukullah lautan itu dengan tongkatmu". Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar"(Asy-Syu'ara, 26:63)
dan laut yang luas itu terus membentuk laluan. AllahuAkbar. seperti mana ketentuan Allah, Firaun dan tenteranya dimusnahkan dengan sekelip mata. bagaimana hebatnya kuasa Allah, dan sungguh Dialah Yang Maha Berkuasa. Jika sesiapa pernah menonton The 10 Commandments mungkin mendapat gambarannya. Cuba bayangkan bagaimana Laut Merah yang lebarnya 900m dengan kepanjanga 1800m dibukakan menjadi satu jalan. Allah-Akbar. Maka Allah telah menyelamatkan jasad Firaun untuk tatapan masyarakat dunia zaman-berzaman lamanya. Namun, ramai dari kalangan kita yang hanya memiliki perasaan kagum semasa melihat sekujur jasad itu. Kagum dengan teknologi meraka. bagaimana kita pada hari ini masih dapat melihat tubuh manusia dari ribuan tahun lampau. malah ada yang menjadikannya sebagai fashion icon. Kini mumia itu ditempatkan di muzium Mesir.
Saya juga sering lupa bahawa itu adalah laknat Allah kepada Firaun yang angkuh. Apa yang lebih menyeksakan daripada mati dan tidak dikebumikan dengan sempurna, malah menjadi tatapan umum sepanjang zaman. Masih menjadi buah mulut dari hari ke hari. Kita lupa bahawa, Allah telah menyimpan sekurur jasad itu agar kita mengambil pelajaran darinya. Agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama.
'Maka pada hari ini kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran
bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia
lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.'' (QS Yunus: 92).
Ada yang menceritakan bahawa, di saat akhir hayat Firaun, di saat nyawa telah dikerongkong, barulah dia ingin mengaku ada kuasa yang lebih hebat darinya, mengaku kewujudan Allah yang esa. Dan di saat itu pintu taubat telah tertutup, dan apa yang tinggal hanyalah kemurkaan Allah. Moga kita dijauhkan, Nauzubilah. Diceritakan, Syaitan yang dalam perjanjian dengan Allah untuk terus menghasut manusia ke hari kiamat berkata, "Sejahat aku sekalipun, aku tidak mengaku diri sebagai tuhan". (not the exact word)
Kini manusia sibuk mencari rahsia the preserved human. Dan Al-Quran yang telah membongkar rahsia mumia itu sendiri sejak seribu tahun yang lampau. Hanya dengan kemajuan sains hari ini mereka dapat mengenal pasti bahawa jasad itu iselamatkan dari laut. Ini tele dengan penemuan garam di tubuh Firaun itu. Sama-sama kita renungkan, dan berdoa agar dijauhkan dari azab di dunia dan di akhirat, Amin. Bukan sains yang mereka miliki menjadi as-sebab mumia itu masih dapat bertahan, namun kerana Allah hasa mention it clearly in Quran, namun kerana ALlah telah menjadikannya sebagai pengakaran bagi kita yang masih hidup ini.

No comments:

Post a Comment