Rasaku Rasamu

Bila diketepikan,
(mungkin bukan dalam erti kata sebenar)
diri cuba mencari kebaikan disebaliknya,
menilai2 mungkin ada sebab ia berlaku sedemikian rupa,
berfikir2 pasti punya alasan dia memilih jalan itu,
merenung jauh pasti kerana alasan yang kukuh dia memilih untuk berlaku sedemikian:)
mungkin itu
dan mungkin ini
segala alasan tersusun satu persatu

kita mampu mereka segala alasan,
menenangkan hati, meredakan rasa
demi menjaga sekeping hati,
menjaga sebuah persahabatan,
memelihara sebuah ukhwah yang sungguh2 kita katakan kerana Allah Azzawajalla
tapi bila diuji sedikit hati mula melenting,
*hmm benarkah itu ukhwah kerana Allah*

jika benar kita berukhwah keranaNYA
pasti kita bahagia dengan jalan yang telah dipihnya melalui bantuan DIA,
melihat dia tersenyum, seharusnya kita jua mengukirkan senyuman yang sama,
pasti kita masih mampu mengeluarkan buah bicara indah,
menyambut jegembiraan yang lahir dari hatinya:)
pasti kita mampu berlapang dada dalam segala hal sekali pun
kerana jika tidak,malulah duhai diri!!
kerana itulah serendah2 nilaian ukhwah *berlapang dada*

.::Carilah 70 alasan untuk membenci sesuatu,
nescaya anda akan menemui kebahagiaan dalam segala hal::.
*Insya Allah*

No comments:

Post a Comment