Hari ni sedang tengok video yang cantik gambarnya, dan mata saya terus tertarik dengan lakaran langit tersebut. Lantas minda terkenang akan satu analogi yang pernah abah berikan. Tentang seekor burung dan sangkar yang terbuka.
Jika seekor burung yang tinggal di dalam sangkar, namun open caged. Tapi open caged ni lain sikit, bukan pinu dia yang terbuka, tapi bahagian atas sangkar itu yang terbuka sedangkan semua pintu atau horizontally 360degree nye masih tertutup. Apa yang menariknya, burung itu masih tidak akan terbang mencari kebebasan. dan dia masih akan berada dalam sangkar itu.
Kenapa agaknya? saya pun tak pasti, tapi perbandingan itu berkait rapat dengan saya dan mungkin kita semua.
Kita sebagai manusia sering kali dilanda masalah bukan, ada masanya masalah itu berat hingga rasa tak daya kita mencari jalan keluarnya. Sama seperti burung dalam sangkar itu, dia dalam masalah dan tiada pintu keluar. Tapi dia tak sedar bahawa pintu atas itu sentiasa terbuka. Jika dia tak sedari, maka dia akan terus terperangkap. Manusia juga seperti itu, jka kita tak sedar bahawa rahmat Allah itu tidak pernah putus, dan Allah sentiasa ada di atas sana, maka mohonlah padaNya. Insya Allah akan jalan keluarnya dan burung itu bila menyedarinya akan terus terbang lari kawasan yang terperangkap itu.
No comments:
Post a Comment